Wednesday, April 2, 2014

Meet my gynea at PHKL- 31 Mac 2014

Entry TTC.

31 Mac, seperti yang telah dijadualkan, aku ke Pantai Hospital untuk berjumpa Dr Adilah. Hati berdebar2 maklum ada 2 result test darah aku akan dibaca nanti. Huhu.

Giliran aku sampai. Masuk tengok dr Adilah. Hati ni sejuk sikit. Wajah dr sangat tenang and cantik! :)
So doktor tengok result blood test aku. Overall semua ok, kecuali protin aku tinggi, dan semestinya kolestrol aku yang tinggi jugak. Doktor suh jaga makan. Bimbang cepat dpt penyakit nanti.

Sekali lagi lakukan scan (tvs). Doktor kata ada 2 kantung telur di ovari kanan dan kiri. Yang kanan besar skit dari kiri. Then doktor tak happy dengan ketebalan dinding rahim aku. Katanya baru 4.7mm. Bagusnya kalau 10mm. Huhu.. separuh pun tak sampai. 

Then doktor prescribed ubat baru untuk aku makan. 

1) Metformin 
2) Progynova

Doktor juga pesan kena bersama dengan suami selang sehari. Btw progynova tu nak tebalkan dinding rahim. So doktor kata, mana la tahu kalau dengan izin Allah menjadi telur aku disenyawakan. :)

Positif2! Usaha tangga kejayaan. Doa non stop kepada Allah agar dimudahkan urusan dan dikurniakan cahayamata. Amin

So next appointment ialah 7 April 2014. 

No comments:

Post a Comment