Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, April 28, 2014

Post Mortem - Perkahwinan

Uii tajuk macam serius je. :) Takde pape pun.. saja bikin gempak.
 
Last Saturday, pagi-pagi sambil tunggu H nak pegi exam CWA, sembang sekejap dengan H. Sesi meluahkan perasaan gitu. Perkahwinan ini memerlukan suami/isteri untuk berinteraksi. Sekiranya  ada rasa tak puas hati dengan pasangan, kita kena berterus terang. Jangan pendam. Memendam perasaan ini bahaya. Sebab bila dah tak terpendam, akan meletup.
 
Aku dan H selalu jugak bersembang. Then pagi ini dia bagitau la apa yang dia rasa sepanjang kahwin dengan aku. Bukan tak pernah ada session mcm ni, cuma ada lagi pertambahan kepada isu2-isu berbangkit dari session terdahulu. Gittewwww :)
 
So aku dengar la luahan perasaan si suami ni. Then aku cuba digest apa yang dikatakan. Memang betul apa yang di katakan. So sebagai isteri aku kena terima seadanya. Sekiranya aku boleh ubah, aku akan cuba. Mana-mana yang aku rasa tak perlu ubah tu, then aku akan just go with it la.. cuma jangan melampau. Kena ingat tempat isteri di mana. Walau apa-apa pun syurga isteri itu terletak pada suaminya.
 
Note : Apa-pun tahniah sebab En H dah lepas exam CWA. Dah boleh jadi financial adviser la pasni. :)

No comments:

Post a Comment