Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 30, 2014

Penghujung 2014 dan permulaan 2015, Rawatan di LPPKN

Lama sungguh tidak menulis di blog TTC ni. Aku dedicated blog ini untuk rekodkan usaha aku dalam usaha menjadi seorang ibu :)

Last 2 months aku pergi klinik. Then sembang dengan seorang pakcik ni. Aku memang selalu berjumpa dengan dia untuk ambil ubat mak and ayah. Dia duk tanya kenapa aku tidak usaha lebih sikit untuk mendapatkan anak. Aku tak mention yang aku ada mendapatkan rawatan di Hospital. Then dia suggest LPPKN.

Dah hampir beberapa bulan, aku tergerak untuk call LPPKN. Aku call awal bulan 12 2014. Yang menjawab tu kata jadual appointment untuk 2015 masih belum keluar. Dan minta aku untuk call di hujung bulan 12 atau awal tahun 2015.

Semalam aku dah call LPPKN again, fuhhh.. dah penuh untuk bulan 1 2015 dan aku mendapat appointment pada penghujung bulan 2 iaitu 27.02.2015. Ok la daripada tak dapat kan. So aku dah siap2 pesan kat H untuk save the date. Klinik Kesuburan di LPPKN mention syarat2 untuk aku datang 27.02.2015 :

1) Bawa mykad (Suami/Isteri)
2) Kad nikah/sijil nikah yang sah
3) Sediakan bayaran +- RM200
4) 3-5hari, suami tidak boleh mengeluarkan mani (Untuk test pada 27.02.2015)

Dimaklumkan juga pada hari tersebut kena siap2 apply cuti sendiri kerana prosedur akan mengambil masa setengah hari dan LPPKN tidak akan memberikan cuti. Nanti suami akan membuat ujian sperma dulu dan selepas itu baru akan buat ujian darah kepada isteri. Sekiranya ujian sperma suami yang bermasalah, maka ujian darah isteri akan ditangguh dahulu kerana akan buat rawatan kepada suami. Itu yang dimaklumkan semalam kepada aku.

Dan disebabkan suami kena keluarkan mani pada tarikh lawatan nanti, better siap2 bawak towel untuk dia mandi la in case tak sempat balik rumah nak solat :)

Itu la langkah pertama aku dan H untuk memulakan rawatan di LPPKN. Semoga memberi sinar dan harapan yang cerah kepada kami. InsyaAllah.

Mereka mention juga