Monday, April 28, 2014

Jumpa Doktor lagi- 2nd cycle on Clomid

24.04.2014, Jumpa my gynea. Dah 2 hari asyik spotting je. Aku dah buat UPT, tetapi negative. So sepatutnya Hari ke2 period kena jumpa doktor. So aku gagahkan diri pergi je la altho mcm tak period pun. Pagi2 aku dah sampai PHKL. Lepas ambil nombor, aku menunggu je. Macam takde selera nak makan pape. So tunggu je la.
 
Hari ini memang extra ramai patient. So aku sabar je la menunggu. Then tiba giliran aku. Doktor tanya bila end makan duphaston. So aku ckp la 23hb. Then buat TVS. Doktor anggar 26hb akan period. Doktor cakap cyst aku semakin mengecil. Alhamdulillah :)
 
Doktor bagi lagi Clomid, kali ini kena ambil selama 8 hari, dos seperti bulan sebelumnya.Then aku mintak tambah metformin sebab metformin dah nak abis. Then doktor suruh aku buat blood test , yang ni untuk check vitamin d.
 
Hari ini nak buat blood test susah skit, tak macam 2 kali yang sudah. Tukar2 tangan nak carik blood vein. Alhamdulillah akhirnya berjaya. :)
 
Sebelum balik stop untuk beli ubat di farmasi hospital, then terus balik rumah.
 
Note : Rezeki daripada Allah, so kena sabar dan jangan berhenti berusaha. InsyaAllah , Allah ada perancangan yang terbaik untuk hamba2 Nya.

No comments:

Post a Comment