Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 28, 2018

Visit ke Yayasan Jabal Nur

Daripada last entry, aku dibekalkan ubat2 oleh doctor, antaranya norculut, clomid dan vitamin. Jadi bermula 20.07.2018, aku terus amik norculut 2 biji siang, 2 biji malam selama 7 hari. 3 hari selepas tu, iaitu 30.07.2018 aku period dengan heavy sangat2.. tak pernah aku tukar pad 9 keping sehari. Nak pitam dengan darah sendiri. huhu.

So seperti yang disarankan doctor. Hari keempat aku terus consume hormone pil Clomid untuk cycle pertama. Hopefully Berjaya la ya :). Aku amik clomid untuk 5 hari. Masa 1 st day period, dah kena call klinik untuk set kan appointment jumpa doctor untuk scan telur. So next appointment ialah 16.08.2018 ( CD18 ).

16.08.2018 : Visit to Yayasan Jabal Nur

So kali ni pepagi aku dan suami ke klinik. Lepas scan, doctor maklumkan yang telur ada di kedua2 belah (kanan dan kiri), So hari ini jugak aku dicucuk dengan Pregnyl kat bontot :). Doktor kata untuk pecahkan telur. yg pecahkan ni, sbnrnya aku mcm dengar tak dengar. release? lebih kurang camtu la.so doctor sarankan untuk bersama , baby dancing(BD) selang sehari. Maksudnya cuba secara normal dulu.

Perjumpaan kali ini, doctor masih lagi bekalkan norculut dan clomid. Seperti arahan sebelumnya, sekiranya selepas amik norculut, tak period after 10 days, cepat2 buat UPT. Kalau period, ambil clomid pada CD4 untuk 2nd cycle.

Kos pertemuan kali ini ialah : RM220

Hopefully tak perlu la amik 2nd cycle ni ya. Hari ni masa aku masukkan entry ni( 28.08), dah 6 hari selepas aku stop norculut. Semoga aku hamil kali ni. Amin....