Monday, April 14, 2014

KL City Airport Shuttle Coach to Subang Skypark

Entry ini nak bagitahu kepada sesiapa yang nak pergi ke Subang Airport dengan bas. Sebab aku gigih mencari info ini ialah, aku malas nak parking kereta kat Subang Airport. So aku google2, rupanya ada shuttle bus yang pergi ke Subang Airport ni.
 
Actually ada 4 lokasi untuk menaiki shuttle bus ini. Iaitu di Terminal Pekeliling, Plaza Damas, e-Curve dan Kelana Jaya LRT. So sbb Terminal Pekeliling yang paling hampir dengan aku, so aku dan H decide nak naik bas kat situ. So pepagi, mintak tolong adik aku hantar ke terminal pekeliling. Mula2 aku mencari jugak kaunter jualan tiket , tapi tak jumpa, sekali tengok bas dah ada.
 
H terus ke bas dan bertanya pakcik driver tu. Dia kata tak payah beli tiket, just naik, tiket ala2 kita naik rapid kl. beli kat atas terus. Senang la. So aku dan H naik. Sebab pagi agaknya, Hanya 3 penumpang je termasuk kami. :)
 
Sampai di Kelana Jaya LRT naik seorang aunty. Tu je penumpangnya :) So tambang kami daripada Terminal Pekeliling ke Subang Skypark ialah RM10.40 each person. Ok la tu :)

Sangat mudah la nak ke SUbang Airport menaiki KL City Airport Shuttle Coach ni. Bas yang selesa, baru, tempat letak barang yang banyak. :)

10 comments:

  1. Assalamualaikum kak Hazirah...saya Rahah..ingin b'tanya..tambang naik shuttle coarch dari Pekeliling ke subang airport ialah RM 10.40 seorg seperti yg akak tulis..soalan saya...semasa kita nak balik dari subang airport ke pekeliling...adakah naik bas yg sama di tempat kita diturunkan semasa kita datang ???? atau bagaimana?? harap dpt balas dgn segera...sebab saya nak beli tiket MALINDO AIR utk ke Penang....selamat b'puasa utk akak sekeluarga... Terima kasih...

    ReplyDelete
  2. assalam nak tanya.. dari pekeliling ke subang airport berapa lama ya naik shuttle?

    ReplyDelete
  3. Sorry sebab tak reply. Ada masalah dengan blog ni.. password issues :) Sorry la.
    Hope kalian dapat jawapan hari tu dan telah selamat bercuti dan guna perkhidmatan KL city airport ni. Sorry again

    ReplyDelete
  4. salam, nak tanya..kalau naik bas dari lrt kelana jaya, berapa lama masa nak smpai ke skypark subang?

    ReplyDelete
  5. Assalam.
    Soalan sya : dr LRT Kelana Jaya-masih jumpa jem x? ...brp lama masa yg diambil utk ke Subang Skypark?
    Act. sya nk bajet masa nk smpi ke airport tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply. Saya tak pasti dengan masa daripada LRT Kelana Jaya. Tapi seingat saya hari tu, tak lama. Sbb Kelana Jaya dan Subang dah hamper.

      Delete
  6. salam bas no berapa dari lrt kelana jaya ke subang airport skypark?

    ReplyDelete
  7. Salam akak. nak tya..Tunggu Bus dari kelana jaya ke skypark sebelah mana ya? Mmg betul2 bwh station lrt kelana jaya @ seberang jalan?

    ReplyDelete
  8. betul2 bwh station LRT...tggu kt sebelah kaunter pertanyaan bas rapid

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete