Wednesday, April 9, 2014

Alhamdulillah.. Cyst mengecil

Entry TTC
 
Hari ini, 09.04.2014 pegi jumpa gynea untuk check saiz cyst samada membesar atau mengecil.
 
Pagi2 tadi aku dah ke PHKL untuk amik no giliran. Kali ini aku nak jadi org pertama. Sbb tak nak cuti. 735 aku sampai PHKL, aku terus naik ke tingkat 4, aku drop kad rawatan dengan mengepilkan no.giliran. No ni aku amik di atas kaunter. Ada banyak set nombor giliran disitu. Siap2 diikat getah. So aku amik kad pink yang ada no dan nama doktor aku. So aku amik no 1. :)
 
Lepas tu terus berkejar ke opis, takut terlambat clock in. Nasib baik sempat. Tak lewat.
 
12.30 doktor datang, so by 1230 aku sampai PHKL. Ada ramai jugak hari ini. Tetiba Ida, nurse doktor tanya aku, boleh tak aku bagi laluan pada patient no.5. Katanya patient no 5 sakit. Then aku bagi je la. Tak rugi la lewat jumpa doktor skit pun. Aku dah perasan patient no 5 ni. Memang la nampak sakit. Tapi tu la.. manusia kan.. dah sah2 nampak aku ni dah bagi laluan kat dia.. tapi dia tak senyum pun. Ermm.. tau la sakit. Tapi kena la senyum jugak at least. ishk2.
 
So aku masuk bilik doktor after her. Berdebar2 tak yah cakap. Terus naik atas katil. Doktor cakap bagus sbb aku tak sakit, mungkin dah mengecil. So aku pun di scan seperti biasa.
 
Doktor : Bagus. Cyst ni dah mengecil ke 3.1. Last hari tu 4 kan?
Me : 3.5 doktor
Doktor : Haa.. dah tak yah jumpa lagi la pasni. Dah mengecil ni. Tapi ubat duphaston kena sambung makan la.  Dinding rahim dah 15mm.
Me : Alhamdulillah...
Doktor : So makan ubt duphaston sampai hari ke 15, then beli upt, check positif tak? Kalau tak pregnant, then boleh datang balik CD2.
Me : InsyaAllah
 
Aku rasa lega skit. Memang aku takut kalau kena operate.Huhu. So lepas ni aku akan sambung minum air bacaan launazalna tu jugak. Yang berkuasa hanya Allah.Aku hanya berikhtiar, Allah yang menentukan segala2nya. Semoga hasil positif la hendaknya.
 
Otw balik terus call H. Jom makan kat luar tonite? huaaa... (mood : lega sangat)
 
And now dah boleh happy skit, esok nak jenjalan Langkawi. :)

No comments:

Post a Comment