Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, August 27, 2012

New me

Salam Aidilfitri.. pejam celik dah abis cuti raya aku ni and now aku dah masuk opis. Lama sungguh tak datang and lost nak buat apa ni. end up aku rasa nak coretkan citer2 aku ni kat sini. Maklum lama sungguh tak update blog ini. 

Last Thursday, adik aku dah sah menjadi suami orang. :) dan aku pula? berjangkit la jugak. Lelaki yang mak aku kenalkan dulu, J. Aku dah buat keputusan untuk terima dia. Bukan paksaan, tapi bila dah banyak kali meluangkan masa bersama dia, aku rasa selesa dan tak salah untuk aku cuba. Hidup ini macam perjudian pun ye. Apa yang kita buat,pilih pada hari ini, akan datang kemungkinan akan jadi yang baik or maybe jadi yg tak baik. Tapi apa yang berlaku samada baik or not, semuanya ada hikmah disebaliknya.

So masa majlis adik, mak dan kakak dia dah jumpa aku, and aku rasa they are nice ppls.. :). Aku pulak terasa seperti diterima baik oleh mereka, sama macam mak n ayah or family aku terima J. Hope segalanya akan jadi baik selepas ini.

My ex bf pulak, sampai skrg masih mengharapkan aku. Tapi aku langsung tidak menipu Z dan J. Kedua2 aku cerita benda yang betul. Z kena terima kenyataan yang aku akan jadi milik orang lain selepas ini. J pula aku ceritakan bukan untuk memburukkan keadaan, tapi untuk cuba menjadi org yang jujur. And alhamdulillah dia matang untuk terima semuanya. 

So now aku kena start fikirkan tema dan majlis yang bakal berlangsung pada Hari Raya Qurban nanti. InsyaAllah aku akan bertunang dengan J. Semoga segalanya akan berjalan lancar. Amin.. :)