Monday, December 10, 2012

Shopping @ Jakel Shah Alam

Sabtu lepas aku heret my bestfren ke Jakel. Nak kena carik baju nikah. Bila kira2, aku tak beli lagi kain untuk nikah. Disebabkan aku ni bersaiz yg sangat comel, so aku nak kena tempah semua baju.huhu. hazab la skit, tapi sbb bila pk2 balik, ni untuk majlis perkahwinan.. aku sanggup la mengeluarkan duit skit untuk baju2 ni semua. Kalau ikutkan, aku dah banyak berjimat la, tapi bila kira2 balik.. mahal wei beli baju nikah ni.

Aku berkenan dengan chiffon beaded, kainnya best giler, design lak, simple giler sbb aku pk, pasni aku nak pakai lagi, so tak leh la beli yg over. Disebabkan Jakel tengah sale ni, so aku dapatla beli kain dengan harga yang berpatutan, altho aku rasa cam mahal, tapi aku pejamkan mata je la. Demi kain2 yang aku berkenan. Semalam bila duk kira2, total baju aku dan baju en tunang, plus ngan tempah2, dlm RM3000. Maybe aku tak nampak sangat sbb beli secara berperingkat. Untuk baju reception kedua2 belah pihak, kami dah beli untuk dijadikan hantaran tunang. So bila nak tempah baju, aku hanya tambah lace untuk baju aku, dan beli baju nikah untuk aku dan J.

So untuk tempahan pulak, tunggu la gaji bulan 1 or 2. hehe.. hazab la jugak, tapi kena la sacrifice skit. pasni kena control makan, sbb takut baju tak muat.. huhu

Sesapa yang bajet nan hado cam aku ni yang bercadang nak buat baju nikah,reception.. better beli secara berperingkat, so tak la nampak beban sangat.

Same goes to beli barang hantaran, pun beli secara berperingkat, tak la menggeletar sangat masa nak membayar nanti. :)

No comments:

Post a Comment