Monday, December 24, 2012

Prosedur Ujian Saringan HIV untuk Bakal Pengantin

24.12.12 - Alang2 kat kampung ni, aku decide nak pi buat ujian HIV ni. Kalau kat KL, nanti nak kena cuti bagai, so berniat nak settle alang2 H pun balik kampung jugak.

Aku dah call Klinik Kesihatan Kerteh dan dimaklumkan ujian boleh dilakukan pada 2-3pm. So aku pi dengan H awal skit. Lunch dulu kat MC D dengan Athirah. Memang dah janji dengan Thirah nak lunch sama2 sbb lepas tu nak pi tempah kek.

Settle tempah kek, aku dan H pergi ke Klinik Kesihatan Kerteh. Huhu.. sedih nya, cannot do the test coz we did not bring the form from Pejabat Agama. Judin kata takde form, so aku gamble je la pi. Maybe prosedur dah berubah in 2 months kot. So aku dah stress. Ingat nak settle jugak by today. Kesian jugak dengan H yang sakit gigi tu.. da drive jauh2 tapi tak dapat settle.

Jam dah pukul 3pm, decide nak amik form kat Pejabat Agama Daerah Dungun. Alang2 dah tak leh buat ujian HIV tu. 3.20pm sampai Pejabat Agama, aku terus beli borang. 2 set dengan harga RM2. Dapat penerangan daripada pegawai di Pejabat Agama sedikit sebanyak. Now kat tangan aku ada borang untuk buat HIV test tu. Aku ajak H pegi ke Klinik Kesihatan Kuala Dungun. Gamble je, mana tau still boleh buat ujian tu. 

Alhamdulillah, sampai ke klinik, tengok jadual kat situ, ujian boleh dilakukan sampai pukul 5. Allah membukakan jalan untuk kami. Pukul 5pm, selesai urusan kami. Yayyy... Ujian HIV dan talassemia dah settle. Alhamulillah....

Note : Tengah tunggu kat klinik tu, H suh baca satu quote kat dinding klinik. SENYUM ITU PENAWAR... and terus aku leh senyum meleret. Stress ilang.. :)

No comments:

Post a Comment