Thursday, March 6, 2014

Appointment with my Gynea

Pertama kali nak masukkan entry bab me and usaha nak preggy ni. Bulan ni 22 March 2014 akan genap setahun usia perkahwinan aku. Until today takde tanda preggy. So aku sangat berharap untuk mendapat baby sebenarnya. Sama juga dengan suami aku. Both of us sangat mengharap kehadiran anak2 dalam rumahtangga kami. Selama setahun ni dah usaha tapi aku tak jumpa dengan gynea. Bila aku tanya doktor-doktor sebelum ini, diorang akan cakap usaha dulu secara biasa. Memang agak sukar sebab period aku yang ting tong tak ikut time ni.

Dari zaman sekolah period dah problem. Tapi tak layan sangat. Sebab mak aku pun sama je kekdahnya. period pain tu tak yah cakap la. Tahan je. So last month sembang dengan mak, then dia kata try la jumpa gynea. Sebab dulu dia pun jumpa gynea bila tak preggy. Maklum dia lagi hebat setahun tak period..rilek je. huhu. Tapi alhamdulillah dia berjaya dapatkan kami adik beradik ni. :)

Badan lain2 kan.. altho sama keturunan. So aku kena la usaha jugak. So bila google2 blog TTC lain aku tengok ramai yang recommend Dr Adilah Ahmat. Ermm then aku google2 lagi. Dia pun katanya akan bg nasihat islamik gitu. So aku cam tertarik. Then aku terus buat appointment dengan Ida, nurse Dr Adilah di Pantai Hospital KL.

So 4 March 2013 aku pergi. Husband temankan. tq !!. Berdebar2 sebelum jumpa doktor. Bila dah jumpa doktor altho sedih jugak, tapi rasa happy sebab aku dah start langkah pertama. Mula2 doktor tanya sejarah aku, then tanya jugak suami.. merokok..penyakit apa yang ada.. Then lepas tu aku kena scan untuk tengok keadaan ovari and rahim.

Sebelum tu doktor ada tanya pernah dengar tak pasal PCOS. Then aku jawab mmg tahu dan aku rasa diri aku mmg ada PCOS. Then masa scan doktor cakap kalau ada lebih 10 dot2 itam kat area ovari aku tu bermakna sah PCOS. Resultnya memang aku PCOS. Sad.

Then doktor bagi aku ubat dan ajar cara2 nak makan. Untuk first met ini aku dibekalkan Duphaston 10mg untuk 10 hari dan Clomid 50mg untuk 5 hari. Kemudian aku kena pergi test darah. Kali kedua nanti ialah bila CD3 period, kena lagi datang untuk test darah. Then jumpa doktor balik pada CD12 insyaAllah. Ya Allah lancarkan segala urusan ku ini.

Lupa nak cerita, masa aku tunggu doktor kat luar, aku sembang dengan seorang pesakit doktor ni jugak. Dia dapatkan rawatan daripada 2010. Dia ada anak umur 7 tahun tapi gagal nak dapat 2nd baby. Yang bestnya banyak jugak info dia cerita kat aku, perjalanan usaha yg dia dan suami lakukan. Then masa aku di farmasi menunggu ubat , aku jumpa dia lagi.

She's pregnant!!!.. Alhamdulillah.. Happy tengok dia. Hope aku pun ada rezeki nanti. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment