Monday, March 24, 2014

Selamat Hari Ulangtahun pertama - Hazirah & Hafizu

22 hb 2014 genap setahun aku dan H bersatu. Dalam masa setahun ni macam-macam perkara yang berlaku. Suka & duka, gelak tawa, sob sob sedih, happy2!!.. Semua tu diharungi dengan hati terbuka. Altho aku banyak sangat buat karenah ngan H ni. Teringat 1st time raya aku nangis.. raya qurban buat muka.. huhu. Tapi H cuba bersabar dan menjadi suami yang sabar.
 
Ermm.. last week, kakak ipar aku ada note something di FB sempena anniversary kami. Kata2 tu sangat terkesan. "Semoga saling sefahaman.. bersabar dan redha dalam perhubungan". Simple je pesanan, tapi aku rasa sangat mendalam maksudnya.
 
Dalam perkahwinan ini akan ada susah dan senangnya. Bila kita senang, kita kena share with husband kita. Same goes to husband. Kena tahu tanggungjawab dan pandai mendidik isteri dan seterusnya kalau dah ada anak2, perlu membimbing anak2.
 
Setahun ni aku tahu H sangat sabar dan baik dengan aku. Tq sayang. Saya akan cuba betulkan diri saya. Mungkin mengambil masa.. but i start to change. Walaupun tak nampak.. tapi aku tahu aku telah cuba berubah.
 
Semoga perkahwinan kita akan berkekalan sehingga ke syurga. Saya sayang awak..Mohd Hafizu Abdul Latif. Terima kasih atas segala kasih sayang dan perhatian yang dicurahkan kepada saya selama ini. Semoga berkekalan kasih sayang kita. Dan semoga Allah memakbulkan doa kita untuk hadirkan zuriat yang soleh dan solehah kelak. Amin..

No comments:

Post a Comment