Friday, March 21, 2014

Honeymoon @ Krabi

Baru perasan aku tak pernah masukkan cerita aku jenjalan ke Krabi. Entry basi la ni. Tapi just nak ingatkan balik, maklum la esok ((22.03)  ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. :)

So feeling2 nak citer pasal pi Krabi. Aku dan H pergi Krabi September 2013. Bukan berdua tapi berempat, pergi dengan kawan aku dari JB , Shireen and hubby. Mula2 tengok kat Groupon ada promo bagus untuk hotel di Krabi. So kami decide nak beli dan seterusnya mencari flight ticket. Kami naik AA.
Dalam shuttle from airport to Ananta Burin

Ni masih kat LCCT KL :)

Kami pergi 3 hari 2 malam. Sebenarnya bila kira2 balik mcm tak cukup. Sepatutnya 4 hari 3 malam. :) Tapi nak buat mcm mana kan. Dah beli tiket return pun.

Flight kitorang tengahari.  Dalam 2 jam dah sampai Krabi. Di airport Krabi dah ada driver yang menunggu. Feeling2 VIP la gitu. Kami berempat naik van besar. Shuttle ni kami dah book dengan hotel. So dari airport ke hotel takes us 20 minutes gitu.

Sampai je hotel. Hotel ini namanya Ananta Burin. Kami check in dan masuk bilik masing2. Bilik kami sebelah2. Rehat sebentar dan tanak buang masa kami terus keluar nak jenjalan dan cari makan. Lapor. Lepas Asar kami keluar. Aku dah suruh H tanyakan motosikal sewa kat kaunter hotel. Then ada sorang budak pompuan melayu sapa aku, dia kata jangan sewa motosikal dengan hotel, mahal sebab kira by hour. Dia bgtau suh kami tanya kat tourist center kat luar. Tak jauh pun, depan hotel je. :)

Ni view dari bilik kami :)

Dalam bilik kami. X la besar mana, tapi ok. :)

Nasib baik budak tu bagitau, true enuff, kami sewa motosikal kat tourist center tu, 24 jam hanya 20 ringgit sahaja. Murah la tu. Kami amik 2 motosikal. Wahhh terus la kami merempit. :) Takde la merempit tapi pelan2 bawak susur jalan sepanjang pantai krabi dan jenjalan town.

My hero .. hehe.. H ngan motosikal yang kami sewa

Sempat lagi aku nak bergambar time merempit ni :)

Aku dan H berpecah dengan kawan aku. Just janji malam nak pi dinner sesama.

Dinner malam tu kami pergi ke kedai dekat town. Tak la jauh sangat. So bila jenjalan tu, tengok satu kedai ni cam best je. Udang besar2. So decide nak mkn situ. Kami order banyak sangat kot, sampai minah salleh meja sebelah kami teruja tengok lauk2 yang kami order. hahaha.. mcm sebulan tak mkn je. Tapi pape pun, lauk yg kami order tu mmg best. Harga plak ok la.. tak mahal sangat and tak murah.

Kami berempat sebelum makan.. Dah habis makan tak amik sbb mmg licin.. hehe. Yang amik pic ni minah salleh yang teruja tengok kami makan banyak. :)

Haa.. nasi pun bentuk tapak seleiiimannn

Kami yang DEMOK.. hehe
Kat sini aku gian plak nak try bawak motor sendiri. Pepagi aku dan H jenjalan, try bawak motor sendiri. Best!.. H ckp kat KL tak leh bawak motor. Kat Krabi je dia bg sebab tak sibuk ngan org. :)

Lepas gian nak try gak bawak motosikal
Kat Krabi ni best la jugak, nak kata sebab pantai tak la jugak sbb aku pun dari kecik dekat je ngan pantai dan pulau. Org ganu katakan.. :). Tapi kat sini cam tenang je. And mlm2 ada pondan cantik2 jenjalan kat town.. haha.. Jakun lak aku tengok tu. H suh je aku bergambar ngan diorang. Tapi aku segan. hahaha.. Sebab diorang cantik!!!..Aku yang original pompuan ni pun kulit tak sehalus diorang. hehe. Kalau nak amik pic ngan diorang, kita kena bayar. Kalau tak silap dalam 10 hinggit duit kita kot. Bukan free2 ya :).

Walaupun dari jauh.. sempat gak snap pic pondan2 vogue tu..huhu
Then kat Krabi ni, tak sah kalau tak join island hopping. Ok, yang ni kami pegi ke 4 islands, So dari satu island ke satu island tu dlm 15-20 minits. Aku mabuk2 gak. Hahaha.. nasib ada ubat mabuk yg Shireen bawak.  Ada satu pulau yang kami tak pegi iaitu Phi Phi Island. Kalau tak silap island ni yang citer James Bond tu. Tapi kami tak pi. Tak per la. Takde rezeki. And satu lagi tak sempat nak tgk gajah. huhu.. Kata H, next time la kita dtg lagi. Gituuuuuu... Bila ntah?

H melayan snorkelling

Kami :)
3 hari 2 malam kat Krabi, pada aku ok la altho ralat jugak tak sempat tgk gajah tu. :) Anyway percutian ini sangat menghappy kan aku.
 
So bawah2 ni aku letak je la ngan gambar2. Memori ku.

Dalam tuk tuk.. pengangkutan disana :) Ni masa otw nak ke Pulau

Menghadapi masalah nak isi minyak motor, nasib ada pakcik yang nolong.. hehe

Sempat tu posing ngan topi. And aku beli dengan harga 15 hinggit sahaja. Murah sungguh kat sini.. :)

Ni masa stop kat one of the pulau, lupa nama apa.. sempat tu cari port pelik2 nak bergambor

Rasa dah posing bagus dah.. sekali my camera man, tgn ketor ke apa ni..hehe

Sebelum pi Krabi ada yang tulis2 kat blog, kalau sampai Krabi kena makan pac cake nutella choc ni. Ermm.. rasa dia biasa2 je. Mcm roti canai letak nutella.. huhu.. not my tatste sgt la.

Ni tak yah cite , pulut mangga.. my fav. So aku ska.. hehe
Tu la citer kami kat Krabi. 

Note : Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang pertama En.Mohd Hafizu Abdul Latif. I love u sooooo muchhhh.

No comments:

Post a Comment