Tuesday, April 30, 2013

Megi Ketam Bistro Dungun

Dah lama tak masukkan entry makan2 ni, bukan aku stop makan.. tapi tak sempat nak mengulas tempat makan.. sbb banyak sangat makan!! ishk.
 
Malam aku kat Dungun, aku ajak H pegi megi ketam bistro belakang UITM lama berdekatan dengan Pantai Teluk Lipat. Usaha nak cari megi ketam tu beria la jugak, sbb aku ingat2 lupa. Last masa cuti kawin ari tu, aku sempat 2 kali tetiba terjumpa kedai ni. Gittewww.. sbb terjumpa gitu, so untuk berjumpa kali ini, aku kena ikut jalan yg aku pegi tempoh hari and trace balik la jalan nya. huhu.. pelupa sungguh.
 
H dah kecoh2 kat sebelah..hehe.. aku drive je.. aku yakin aku akan jumpa. Andddd.. at last jumpa la jugak. Ramai jugak org malam ni. Kat situ bukan ada megi ketam je, banyak lagi makanan lain, goreng2, ikan bakar, seafood all la.
 
Ini la dia megi ketam ku .. slurpp
Sebab keinginan nak mencuba megi ketam, so aku cuba la. Kat sini harga megi ketam ikut berat ketam tu, so diorang buat ikut gred .. dari Gred A yang paling berat hingga ke Gred F kot. So aku amik yang sederhana, semangkuk megi dengan ketam seekor tu harga RM21. Nak mencuba katanya. Rasa megi ni best.. bak kata H, kuah megi ni leh buat termimpi2 la.. :) Ketam tu ok la, aku dapat yg penuh isi..best2. So kalau tanya aku kesedapan megi ketam ni, aku bagi 4 bintang out of 5 stars :)
 
Balik Dungun nanti nak pi lagi. :)

No comments:

Post a Comment