Friday, February 1, 2013

Short trip : Singapore 1 Februari 2013

Yoohooo... Singapore again. Setiap kali masuk Singapore, aku akan kata, tanak la dtg lagi.. X tahu nak buat apa pun kat sini. Tapi dalam tanak2 tu, kali ni masuk kali ke3. Last year dtg dengan Arina pi USS. Kali ni dtg sbb ayah mmg dah lama ajak pi sini. Ayah nak jalan2 kat Arab Street. So hari ni kebetulan cuti hari wilayah, so sampai la kami disini. Gerak awal2 dari kl tadi sbb nak kena sampai awal. Y nk sampai awal, sbb nak hantar judin n tirah pi USS. Aku dah beli tiket siap2 untuk diorang kat travel agency Bank Rakyat. Hotel pulak, dah tanya kak mahani, katanya Landmark Village Hotel kat Victoria Street ni best sbb dekat dengn Arab Street dan senang nak cari kedai makan. And betul, aku dah check in dan hotel ni dekat dengan Arab Street dan juga dekat dengan Masjid Sultan.

Ini pertama kali aku drive nak masuk Singapore, before just naik bas. Kami masuk melalui Tg Pelepas. Cuak la jugak, maklum kali pertama. Tapi dengan bantuan gps. Kalau takde gps, idok la aku berani nak drive sini. Jangankan Singapore, dlm Malaysia yg aku tak tahu pun aku x berani nak drive.. so thanks to gps la..

Not so bad la, mula2 kat kastam malaysia, just tunjuk passport je, them bila sampai kastam singapore, ada borang yg kena isi, kitorang isi dlm kereta je. Selesai urusan passport, pemeriksaan kereta, dan seterusnya kena stop and isi borang nak apply auto pass. Kad ini di tag kan dengan plat kereta kita, so bila lalu kat erp, akan deduct from this card. Kad ni jugak boleh digunakan untuk parking. Bayaran 10 dollar untuk kad itu, harga kad ialah 6 dollar dan baki duit dlm kad ialah 4 dollar. Untuk top up kad ini, boleh di buat di 7 eleven.

Pukul 7 ptg gerak amik judin n tirah di uss. Jalan nampak sesak, tapi moving..so ok je la. Alhamdulillah selamat sampai hotel.. Mlm plak mkn je area hotel. Malas nak drive. Huhu.. X sabar nak balik umah. ;)

Judin gigih mengisi borang nak dapatkan auto pass card. With Tirah


Masjid Sultan


Ayah bergambar berlatarbelakangkan  Restoran Zam Zam yang kitorang makan beriani dan murtabak. Best.


Ni la rupa murtabak ayam yang aku order. Ni yang paling small, SGD 6


Mak and ayah kat Arab Street


Ni la auto pass, expired 2019.

No comments:

Post a Comment