Friday, February 22, 2013

Keganasan

Uiii.. Da lama x update ni.. Hantaran kawin x siap2 lagi, tersadai depan tv je..huhu. Mcm nak kena buat kat kg. takde mood nak buat kat sini. Anyway.. Tadi aku keluar makan dengan judin, tira dan hafizu. Pegi 2 kereta sbb judin and tira nak pi serdang and aku pulak, mcm x de rancangan. Tapi on the way balik, hafizu ajak jumpa kawan dia kat q bistro. So pegi la kejap, meet his fren and wife. Wife kawan dia tu pun kawan sama belajar dengan hafizu. So sembang2.. Masa nak balik ada insiden kurang menyenangkan berlaku.. Huhu.. Sampai skrg buat aku sentap .. Altho tak de kena mengena ngan aku pun.

Seorang lelaki ni tendang2 cermin sisi belah driver myvii putih depan kedai mamak ni. Alkisahnya dia nak kuar, tapi myvii ini telah block kereta dia. Myvii ni block 2 kereta. Sepanjang aku kat situ, tak plak aku dengar bunyi hon.. Nk tarik perhatian owner, tapi tetiba tgk mamat ni dah naik minyak dan tendang2 myvii.. Pecah la cermin, and mamattu angkat handbrake dan tolak kereta tu..huhu..

Macam mana la perasaan owner kereta tu nanti bila tgk kereta dia camtu jadinya. Orang2 kat kedai plak tadi, terpegun tak terkata.. Semua tgk je, takde plak yg nak halang mamat tu, agaknya semua takut.. Aku plak.. Feeling lebih2, mcm kereta tu aku punya.

Tapi area situ, org mmg suka block kereta org.. Aku penah jugak terkena, 2 ke 3 kali jugak, tapi what i did was...hon la banyak2 kali.. And kadang2 sakit hati, bila owner dtg, langsung x mintak, maaf, masuk kereta dan blah.. Siol jugak org2 yg ska block kereta org ni.

So moral of the story yg aku dpt tadi ialah ....
1) jgn block kereta org, cari la parking jauh skit takpe, janji parking yg tak menyusahkan org ramai.. Sbb we never know, kita block kereta sapa.. Buatnya block kereta otg yg baran mcm mamat tadi? Menyesal pun x guna.. Damage has been done!!!
2) kalau nak block sangat pun.. Kalau boleh amik table yg paling hampir dengan kereta.. So that, bila da nampak owner kereta nak keluar, cepat2 amik kunci kereta dan say sorry pada owner kereta tu.. Nescaya owner tu akan senyum sampai ke telinga sbb kita org2 yg bermoral.
3)kalau nak lari pi kedai runcit ke, dobi ke, or amik barang ka kawanke, bila da block kereta org, tulis la no telefon kat depan cermin tu, sbb walau kita baru je block, maybe org tu masa kita block seminit, dia plak dah selesai urusan n nak keluarkan kereta.. X ke hangin org tu?

Huhu.. Gitu la citer aku mlm ni.. Lega skit, dari tadi duk dup dap.. Sakit dada tgk keganasan di depan mata tadi. Huhu.. Semoga dapat balasan daripada Allah.. Ngantuksss. Sleep dulu.. Salammm

No comments:

Post a Comment