Wednesday, May 4, 2016

Persediaan untuk IUI - LPPKN

Dah lama tak update kat sini, bukan malas update, tapi mmg takde benda nak update. So smlm 3.05.2016, tarikh aku ke LPPKN untuk tahun ini. Punya lama nak menunggu masa yang sesuai nak ke sini. Tunggu Period datang, dah datang, doctor cuti, atau aku plak takde. So masa yang tak diizinkan Allah. Takpe, bersangka baik dengan segala yang berlaku :)
 
So smlm, 7.30 pagi aku dan suami dah ada di LPPKN, tunggu nama dipanggil doctor, dan doctor H memberi penerangan IUI. Dia juga bagitahu cara2 nak makan pil dan nak inject kat perut tu.
 
Lps keluar bilik doctor, tunggu kaunter ubat bukak dan bila dah amik ubt dan membuat pembayaran, aku ke bilik nurse kat belakang untuk diajar cara2 nak cucuk perut huhu. Seram jugak tengok cara2 nak bancuh ubt dan cucuk2 ni. Tapi takpe la.. usaha itu tangga kejayaan kan.
 
So apa yang dibekalkan dan jadual ubt seperti di bawah :
 
1) Clomid - Ambil pukul 10mlm, 2 biji sekali makan. Pengambilan selama 5 hari (3.05-7.05.2016)
2) Gonal F Injection - Cucuk selang sehari, Pukul 10 malam. Cucuk sebanyak 3 kali (4.05 / 6.05 / 8.05)
Total harga hari ini : RM346.00
 
So next appointment ialah pada 10.05.2016 (Selasa) untuk ultrasound. Then nanti baru doctor akan maklumkan untuk teruskan IUI atau perlu consume ubt2 lain lagi :)
 
Ya Allah, semoga perjalanan kami untuk mendapatkan zuriat yang soleh/solehah ini berjalan lancar dan dirahmati Allah..Amin.

No comments:

Post a Comment