Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 10, 2016

Ultrasound di LPPKN

Salam Selasa (10.05.2016),
 
Hari ini tarikh aku ke LPPKN untuk membuat ultrasound. Nak tengok saiz telur, ok ke tak, membesar bagai juara ke tak.
 
Pepagi aku dan Suami ke LPPKN. Hari ini sekali lagi half day untuk settlekan urusan LPPKN ni.
 
7.30pagi aku sampai dan terus drop appointment card. Kemudian nama dipanggil dan aku terus ke bilik untuk Ultrasound.
 
Doktor H bagitau telur2 tak membesar seperti yang diperlukan sekiranya nak proceed dengan IUI, so doctor prescribe ubat cucuk untuk 2 kali cucuk lagi.. ermm.. positif!!! Aku pasti ok.
 
So Jumaat nanti kena dating lagi untuk Ultrasound again, kalau telur cantik, so IUI akan dilakukan pada hari Isnin (16.05.2016). Semoga dipermudahkan urusan ini.
 
So hari ini harga yang terlibat ialah : RM228.00
 
Balik LPPKN aku terus buat urusan bank untuk amik surat beranak Golfish. Alhamdulillah dipermudahkan :)
 
Ya Allah, semoga lancar segala urusan aku untuk mendapatkan zuriat ini. Amin....

No comments:

Post a Comment