Thursday, May 15, 2014

Jumpa my gynea

Hari ini dijadualkan untuk berjumpa doktor. Pagi-pagi lagi aku dah singgah Pantai untuk amik nombor giliran. Doktor mula pukul 11.30pagi. Aku dapat no 1, maklum 730pagi dah tercongok kat Pantai Hospital.
 
Pukul 11.30 aku sampai. Tanya Ida, pembantu doktor, katanya patient no 2 dah masuk. So lepas ni giliran aku la. 5 minit lepas tu aku masuk jumpa doktor. Terus buat tvs. Doktor nak tengok telur dah keluar daripada kantung ke belum or istilah perubatannya ovulasi ke belum. So tak perlu cucuk perut bagai, sebab last jumpa hari tu doktor cakap kalau tak ovulasi kena cucuk, huhu..Then doktor tanya bila last bersama suami. Dah jawab, doktor cakap suh bersama lagi malam ini.
 
Alhamdulillah telur dah keluar daripada kantung, nampak kantung tu dah kecut. Endometrium pulak 8.0mm, 5 hari lepas 4.0 je. So doktor prescribe Duphaston kali ini, kena ambil starting 18.05.2014. Progynova plak just sambung je sampai habis pil tu.
 
Sekejap je, 10 minit aku selesai dan singgah farmasi untuk beli Duphaston.

No comments:

Post a Comment