Monday, May 12, 2014

Jumpa Doktor lagiiiii

Sabtu lepas 10 May aku pi jumpa DA di Pantai. Memang dah buat appointment untuk datang Sabtu. Ramai jugak orang. So aku sampai dah lewat skit, so no 11. Ermm.. standard la kalau aku dpt nombor, memang mcm tu :)
 
Sementara menunggu giliran, aku dan H lepak kat starbuck bawah tu. Pekena caramel macchiato dan chocolate tuxedo cake. Maklumla dah nak start diet atkin. So belasah la dulu segala kek bagai.
 
Dalam pukul 11 aku masuk bilik DA. seperti biasa buat TVS. Cycle kali ini hanya ada 1 telur sahaja di belah kiri. Endometrium nipis, 4.0 mm sahaja. So doktor prescribe progynova dan vitamin D untuk aku. Yang vitamin D sebab hari tu buat blood test untuk tengok vitamin D dalam badan. Doktor cakap tak cukup bagus. So sbb tu kena amik vitamin D. Vitamin D bagus untuk kesuburan. Disebabkan belum ovulate, so Dr suh aku baby dance selang sehari.
 
Aku tanyakan berkenaan cyst aku di sebelah kanan, alhamdulillah dah takde :), tapi doktor ada cakap, sekiranya telur tak keluar jugak, maybe kena buat ovary drilling. huhu. Nanti la aku fikirkan. Macam takut plak.
 
Berbanding dengan bulan lepas ada 2 telur di sebelah kanan dan kiri, bulan ini hanya 1 je, frust ke? Ermm tak jugak, sebab kali ini sebelum aku melangkah pergi hospital, aku dah set dalam kepala aku. Rezeki daripada Allah, kalau sampai masa nak bagi aku preggy, preggy la. Sebelum itu, aku hanya boleh berusaha dan berdoa sahaja.
 
Sebelum balik, singgah ke farmasi Pantai untuk membeli ubat :)

No comments:

Post a Comment