Thursday, May 16, 2013

Lai chi kang - home made

Semenjak dua menjak ni.. Panas sungguh. Nak sleep pun susah memalam.. Nak2 bilik aku mengadap matahari petang..huhu... Memang gelisah nak tido.

2 hari lepas keluar jalan2 cari lai chi kang, konon nak sejukkan badan. Satu kl pusing2 cari, end up kecewa, kedai yg kami pegi tak de plak lai chi kang.

Esoknya balik keje terus singgah Giant and beli bahan2 nak buat lai chi kang. Gigih gittew. Takpe, sanggup. Usha2 resepi dlm blog2 org. Then yakin la nak buat. Antara bahan2 yang aku dpt kat giant ialah :

1) buah kembang semangkuk ( kena rendam 24 jam )
2) dried longan
3) red dates
4) gula kundur
5) gula melaka
6) gula batu tebu (mcm gula batu biasa, just color dia brown skit)
7) barli ( direbus dulu )

Then smlm, aku pun mulakan la misi mereneh lai chi kang. Senang je nak buat.

1) isikan air sebanyak yang kita nak ke dlm periuk, masukkan gula batu tebu, gula melaka. Secukup manis la.
2) masukkan dried longan, red dates. Masak sekejap then masukkan buah kembang semangkuk, gula kundur dan barli.

Then dah boleh minum... Aku ska minum suam2. H seperti biasa la, kena ada ais. So aku buat manis skit, so that bila nak minum, aku just tambah air masak bg kurang manis, and kalau yang ska letak ais, bila tambah ais, rasa da sedang elok dan sedia diminum.. Slurppp..

Note : sepatutnya kena letak daun pandan, kasi wangi skit, tapi semalam aku lupa nak beli. So tak letak la. And satu yg tertinggal, white fungus. Next time kalau nak buat, aku nak letak yang tu..baru lagi lengkap lai chi kang. Kat bawah ni lai chi kang in progress.. ;)

Lai Chi Kang dalam proses

No comments:

Post a Comment