Tuesday, July 8, 2014

Urut Tradisional with Kak Cici

Gitu tajuknya... actually aku dah stop jumpa doktor dulu. Aku rasa nak berehat dulu dari taking pills. :) So last month, sebelum puasa tetiba ada kawan aku nak berurut secara berjemaah.. haha.. Actually tukang urut ni kawan kepada kawan aku. So kawan aku ni mengaturkan sesi urut di rumah dia. So kami bertiga on that day yang berurut. Uiii gagah sungguh kak cici ni. Altho panggil kak.. aku bajet dia da tua. Tapi takpe la kan.. :) Dia ni asal dari Indonesia, tapi dah menetap kat sini la. Kahwin dengan orang Malaysia.
 
Turn aku yang kedua selepas kawan aku. So berkemban la masa nak kena urut tu. H pegi mancing ngan husband one of my friend yang turut berurut tu. So ni ala2 ladies time la. No man. Yang best kak cici ni urut tak sakit sangat. And dia pandai buang angin dlm badan. Sebelum aku urut, berminggu-minggu aku asyik sakit kepala. Bila H picit kepala, dia kata tangan dia sesemut. Macam tu la. H selalu rasa kalau aku berangin semacam. After urut ngan kak cici.. alhamdulillah kuasa Allah, kepala dah tak sakit dah. Agaknya angin berkumpul kat kepala kot. Ishkk.
 
Then bila sampai ke perut, kak cici kata rahim aku tinggi skit, so sbb tu payah skit nak preggy. Ermm.. takpe la.. Aku layankan je. Then dia urut2 perut. Katanya aku kena urut lagi. Ok la.. Nanti aku mmg dah rancang nak continue urut dengan dia. H pun nak join sekali :)
 
Disamping usaha, doa kepada Allah jangan putus. Segala usaha yang kita lakukan, sekiranya Allah membenarkan ia berlaku, maka berlaku la. Sekiranya belum sampai masa lagi, percaya lah pada ketentuan Allah. Hanya Dia yang maha mengetahui.

No comments:

Post a Comment