Tuesday, September 3, 2013

X Box Kinect

Ok.. semangat nak bersenam berkobar2, niat di hati nak beli treadmill, tak beli2 jugak. Too expensive. So aku decide nak beli x box kinect ni. At least aku leh la menari ke.. men game yang interaktif yang boleh menggerakkan badan aku yg debab ini.
 
Hari Sabtu lepas, lepas makan2 kat open house umah adik H, aku ajak H pi Low Yatt. Niat dihati nak usha2 je dulu. Maklum tengah kering. So kami pergi la. Tengok2..tanya2.. fikir2..
 
Tadaaaa : X box Kinect telah ku beli. Fokus2, ini untuk benda baik. Untuk bersenam katanya. So termasuk semalam.. aku masih ber kinect. Bersenam dengan kinect ni pada aku fun. Tak bosan dan aku rasa happy. Dan yang paling best, bebas.. dalam umah sendiri kan.
 
Hari ini dah ilang skit lenguh2 di badan, maklum la, teruja .. last sabtu dpt kinect ni.. beria aku menari.. sudahnya badan sakit. Otot2 aku terkejut gamaknya. :)
 
So jangan putus asa Jirah.. terus kan diet dan jangan lupa bersenam. Gambatte!!!

No comments:

Post a Comment