Thursday, July 25, 2013

Ramadhan 2013

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke 16 berpuasa. Lagu raya pun dah start berkumandang kat radio2. Aku plak, tahun ni berpuasa pertama kali sebagai isteri..gittew.. Perasaan? Happy semestinya. Tapi tanggungjawab lebih skit. Kalau puasa2 lepas, bersahur and berbuka puasa ikut tekak sendiri je. Kali ini dah ada suami, kena la disiplin skit. Bangun sebelum subuh nak masak sahur. Balik kerja nak masak lauk berbuka. Aku suka je masak. Tak prefer sangat dengan lauk2 kat Bazar Ramadhan, kecuali kuih2 manis. Beli kat bazar ok, tapi lauk, rasanya lagi suka masak.
 
Masak pulak tak la selalu sangat. Ada jugak yang berbuka puasa kat luar dan ada juga mak aku yang masak memandangkan mak and ayah banyak kali gak ada kat rumah. So aku tak masak la :)
 
Altho aku gembira dengan Ramadhan kali ini, tapi kat hati kecik aku ni, terasa kehilangan yang teramat. Tapi aku tahu semua itu ketentuan Ilahi. Menangis air mata darah pun, adik tersayang takkan ada kembali. Apa yang boleh aku buat ialah sedekahkan ayat2 suci Al quran untuk beliau. Perginya cukup sempurna. Dan aku redha. Al Fatihah buat adikku puteri lindungan bulan, Hanisah Muhd Shah.

No comments:

Post a Comment