Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, June 6, 2016

Tiada rezeki kali ini

Selamat berpuasa kepada semua umat islam di Malaysia dan seluruh dunia :). Hari ini hari pertama berpuasa walaupun aku tak puasa lagi sebab Cik P dah dating menjengah :)
 
Ok, nak update cerita IUI aku. Pada 31.05.2016 dah ada spotted skit. So aku masih berharap lagi, hope2 tu adalah implantation blood. Tapi musnah harapan bila 3hb, darah dah banyak. So memang sah period. So IUI aku untuk kali ini gagal. Hati ni sedih la jugak. Tapi semua ini adalah dugaan dari Allah. So aku sebagai hambanya kena bersabar dan tidak boleh berputus asa. Kena cuba lagi.
 
Untuk IUI ini, bulan puasa, LPPKN tidak membuat prosedur ini, so InsyaAllah, aku nak mencuba lagi lepas raya nanti. Hope dipermudahkan, iaitu mendapat slot untuk buat IUI ni.
 
Walaupun begitu, sepanjang Ramadhan ni, aku berharap juga kalau dapat preggy secara normal. Mana tahu kan? Kalau Allah nak bagi.. :) Aminnn
 
Tu je la cerita IUI aku untuk kali ini. :)

No comments:

Post a Comment