Entry ini nak bagitahu kepada sesiapa yang nak pergi ke Subang Airport dengan bas. Sebab aku gigih mencari info ini ialah, aku malas nak parking kereta kat Subang Airport. So aku google2, rupanya ada shuttle bus yang pergi ke Subang Airport ni.
Actually ada 4 lokasi untuk menaiki shuttle bus ini. Iaitu di Terminal Pekeliling, Plaza Damas, e-Curve dan Kelana Jaya LRT. So sbb Terminal Pekeliling yang paling hampir dengan aku, so aku dan H decide nak naik bas kat situ. So pepagi, mintak tolong adik aku hantar ke terminal pekeliling. Mula2 aku mencari jugak kaunter jualan tiket , tapi tak jumpa, sekali tengok bas dah ada.
H terus ke bas dan bertanya pakcik driver tu. Dia kata tak payah beli tiket, just naik, tiket ala2 kita naik rapid kl. beli kat atas terus. Senang la. So aku dan H naik. Sebab pagi agaknya, Hanya 3 penumpang je termasuk kami. :)
Sampai di Kelana Jaya LRT naik seorang aunty. Tu je penumpangnya :) So tambang kami daripada Terminal Pekeliling ke Subang Skypark ialah RM10.40 each person. Ok la tu :)
Sangat mudah la nak ke SUbang Airport menaiki KL City Airport Shuttle Coach ni. Bas yang selesa, baru, tempat letak barang yang banyak. :)