Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ya Allah lama sungguh tak update blog. Banyak platform skrg untuk dijadikan tempat simpanan memori maya atau tempat untuk kita berkongsi dengan kawan-kawan online.
Alhamdulillah pada 19.06.2021, anak perempuan saya dah masuk setahun 6 bulan. Dah banyak ragam dan kerenah sikecik ni. Bertatih dan berjalan seawal umur 10-11 bulan, panggil mummy dan daddy, belum lagi setakat hari ini. Kalau ikut mummy, setahun 2 bulan dah boleh la 1-2 perkataan. Takpe la.. perkembangan anak2 bukan sama kan. So kita tunggu Hafiya punya fasa.
Nur Hanan Hafiya lahir Dec 2019. Masa tu duk bising ngan influenza A, sekejap lps tu Covid 19 pulak sampai la skrg. So Hafiya generasi anak yang membesar dengan sekeliling orang kena pakai face mask, face shiled, kedai makan dan tempat2 awam perlu ada penjarakkan fizikal. 2 tahun berhari raya di KL, cuma tahun ini, Mak Tok dan Tokki beraya bersama kami di KL :).
Siapa sangka Covid 19 ni mengubah cara hidup normal kita. Banyak company yang mengamalkan WFH. Begitu juga Kerajaan. Sekatan Jalan Raya dimerata tempat untuk mengelakkan orang ramai rentas daerah atau negeri tanpa keperluan penting. Serangan musuh yang kita tak nampak ni, memang buat semua org tertekan. Rasa takut nak sedut udara segar kat luar. Rasa seram nak berada dengan org lain di dalam lif yang sama. Paranoid.
Tapi hidup perlu diteruskan. Doa kepada Allah tanpa henti agar cepat-cepat berlalu covid 19 ini. Semoga usaha untuk vaksin kepada semua rakyat Malaysia berlaku dengan aman dan segera. Boleh mencapai imuniti berkelompok. Semoga kita semua dapat melindungi diri sendiri, keluarga dan masyarakat kita.
Kepada Hafiya, semoga lepas ni, kita boleh pi travel ek.. tak sabar nk bawak awak travel dan berjalan dengan bebas. InsyAllah sekiraya diizinkan Allah. :)
No comments:
Post a Comment