Hari ini dah Ahad. Semua baju2 dah unpack dan laundry done. Cuti2 Malaysia dah berakhir sbb esok dah masuk keje :). Tapi nak cerita pasal cuti2 anniversary ini.
Actually bulan Januari aku duk tengok2 kat offer groupon. Sekali terpikat dengan satu promo ini. 3 hari 2 malam penginapan di Rebak Island Resort including flight tickets for 2(Fireflyz) dengan harga RM1188. Terus tanya H, nak ke tak? H kata ok. Januari lepas aku beli la groupon ini.
Aku set nak April after anniversary date kami. So kami bertolak hari Khamis pagi. Pada mulanya nak parking kereta kat Subang Airport, tapi bila google2 mcm mahal lak. Maklum sebelum ini naik kat lcct, kereta boleh parking dengan amannya di TBS. So ini pertama kali nak parking kereta kat Subang. Sudahnya kami tak parking di Subang. Kami decide nak naik bas ke Airport. Ini pun aku google jugak. Rupanya ada bas untuk ke Subang Airport yang dipanggil KL City Airport. Klik kat sini untuk citer KL City Airport Shuttle Coach
Ni dalam bas KL City Airport, maklum hanya 2 orang je penumpang.. so duduk pun suka hati je la kan. :) |
Pagi2 Khamis kami minta tolong adik aku hantarkan ke Terminal Pekeliling untuk ambil bas ke Airport. So kami sampai di Airport dalam pukul 830 gitu. Terus pi breakfast dan lepak2 di cafe sementara menunggu boarding time.
Sempat lagi snap pic sebelum berlepas :) |
So dari Subang ialah pukul 10.50pagi dan kami sampai di langkawi International Airport jam 12.05tgahri. Sampai je kat Airport dah ada driver yang memang dah dimaklumkan ketibaan kami pada hari itu. So altogether ada 6 orang dalam van shuttle itu. Satu chinese couple, 2 indian lady dan kami :). And semuanya beli via groupon :)
Jam 1230 kami tiba di port langkasuka untuk naik bot ke Rebak Island Resort. Dari airport ke port langkasuka hanya mengambil masa 5 minit je.
Kami naik bot dari port langkasuka ke hotel kami di pulau Rebak. Perjalanan mengambil masa 15 minit. Laju jugak botnya, so memang sekejap je la. Sampai di hotel, terus check in dan masuk ke bilik. Wuhuuu..memang biliknya sangat cantik dan cozy. Sesuai dengan tema percutian kami :)
So aku attach picture je la. panjang sangat nak cerita. Nanti aku cerita jalan2 ke town pulak.
Ini la resort penginapan kami untuk 3 hari 2 malam |
No comments:
Post a Comment