Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, April 3, 2014

Kesan Metformin pada aku :(

Entry TTC

Hari ni dah  3 hari aku makan metformin. Last meet dengan dr, dia suh aku mkn 2 kali sehari. Sepatutnya 3, tapi dia takut kesan ubat ni buat aku ceri beri all.. so dia suh aku amik 2 kali je. Aku google2 blog TTC lain, ada jugak yang makan pil ini. Aku baca kesan sampingan yang diorang lalui. Badan lain2 kan, so kesannya pun berbeza. Tapi overall daripada bacaan aku, kesan yang aku alami ini lebih kurang dengan rakan TTC lain.
 
Kesan2 pada badan aku setelah aku makan metformin :
1) Loya dan rasa nak muntah- Setakat ini aku tak muntah lagi. Just rasa mcm nak muntah je. Malam aku akan bangun sebab mmg tak selesa. Tidur aku terganggu
 
2) Hilang selera makan - Yang ni aku ok je, sbb bagus la jugak. leh aku kecikkan skit perut ni. hehe.. seterusnya mengurangkan kilogram aku yg terlebih2 ni.
 
3) Membuang - Yang ni pun aku tak kisah sangat, sbb membuang je.. perut tak sakit.
 
So itu la kesan2 nya. Cuma ada satu yang aku tak sure, adakah kesannya daripada pengambilan metformin ni. Bila nak bersama dengan suami, miss v kekeringan.huhu...
 
Ya Allah permudahkan urusan kami dan kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah.. Aminnn

No comments:

Post a Comment