Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 9, 2014

Dugaan- cyst pulak..

Entry TTC

7 April 2014, aku berjumpa lagi my gynea. Kali ini doktor nak tengok kesan metformin dan progynova pada badan aku.
 
Kali ini pergi pada waktu petang. Mak aiii kebetulan hari ini memang extra skit ramainya patient nak jumpa my gynea ni. Aku sampai dapat no 28. Bila aku tanya pada nurse, nombor pada masa tu ialah 17. HUhu.. aku ingat dapat cepat. End up aku terpaksa half day la hari ini.
 
Jam 3.30, tiba masa aku masuk bilik doktor. Sementara menunggu tadi aku dah 2 kali wiwi.. Sangat takut pulak.
 
Masuk je dlm bilik, doktor tanya aku ambil ubat yang diminta makan tu tak? Sejujurnya jawab la. Aku memang amik. makan dan cucuk kat lil girl tu.
 
Doktor mula scan. Yang bagusnya doktor kata telur dah keluar daripada kantung telur. Dinding rahim juga menebal kepada 10mm. Aku dah boleh stop cucuk ubat tu.
 
Perkhabaran yang tak bestnya ialah. Disamping benda2 positif tadi, doktor kesan ada cyst yang contain darah di sebelah kanan ovari aku. Huhuhu.. 3.5x3.5. Doktor suruh aku datang Khamis sebab nak tengok ukuran. Kalau membesar, mungkin terpaksa operate ( Ya Allah.. mintak dijauhkan), tapi ada juga kes cyst itu mengecil sendiri. Ya Allah permudahkan segala urusanku. Amin.
 
Kali ini aku dibekalkan dengan Duphaston untuk menguatkan rahim. Ubat ini untuk 15 hari. Harga ubat ialah RM156.00.
 
Down gile. Takut sangat. Aku call mak maklumkan berkenaan ini. Mintak di doakan yang terbaik. Balik rumah juga aku terus baca ayat lauanzalna untuk dibuat air. Semoga dengan izin Allah, cyst ini tidak membesar dan terus hilang.
 
So next meet ialah 09.04.2014 sbb aku tak boleh dtg Khamis tu sbb nak jenjalan Langkawi. huhu. Semoga ada berita baik untuk aku dan H. Amin.

No comments:

Post a Comment