Ok. Now nak masukkan cerita aktiviti kami sepanjang berada di Rebak Island Resort.
Day 1 :
Aku dan H keluar ke town. Kami decide nak ke Kuah, nak beli chocolate dan bekalan makanan. So pukul 1.45 kami dah naik bot. Sampai ke port langkasuka, kami menaiki teksi untuk ke Kuah. Tambang teksi ke Kuah ialah RM 30. So balik pun kami banyar RM30. So di Kuah kami beli la apa yang patut. Pastu dah nak balik. Penat jugak. Sebab dah sampai Kuah kami jalan kaki je.
|
Bergaya dalam keletihan :) |
|
Balik dari Kuah, dah setel beli choc |
Sampai hotel, kami rehat sekejap, pastu keluar bilik, kami jenjalan kat pantai. Kata bercuti nak rehat kan. So pusing2 resort sekejap, then ke lobi. Kat area sini diletakkan, meja chess, ada congkak, ada meja ping pong, karom, dan beberapa game lain lagi. So aku ber ping pong dengan H, Lawan congkak, dan Main karom.
|
Ber ping pong dengan En.suami |
Malam pulak kami just lepak bilik. Ingatkan nak pi dengar live band, tapi dua2 dah malas. So lepak tengok tv je la sambil makan choc. hehe
Day 2 :
Breakfast di sediakan. So pagi2 kami dah pi breakfast, not bad, makanannya ok, and yang best ada freshly squeeze juice. Ada peria juice jugak. H terus minum. Katanya isteri dah lama tak buat. hehe.. Hint tu.. okiesss noted.
Aku ska croissant yang di buat kat situ. sangat best, lembut je. Chef yang masak siap jalan2 bawak croissant yg baru di bakar ke meja2 customer. Bagus betul layanannya. Taste la..
Lepas breakfast kami pergi ke meja aktiviti. Nak tengok apa yang boleh kami buat. So hari tu kami pilih untuk :
1) Berbasikal - Fuhhh penat sungguh, lamanya aku tak mengayuh beskal ni. Berpeluh alllll
2) Berkayak - Yang ni pun lawak. Aku dan H pusing2 kayak.. berangan nak pi jauh, sudahnya 20 minit dah surrender. Guane tuuuu
3) Mandi Laut - So feeling2 basah selepas kayak, kami terus la mandi. Tak lama pun sbb aku memang tak ska sangat air laut. melekit.
4) Swimming pool - Macam kat umah takde kan? hehehe.. pulun la mandi kat sini plak. Lama jugak aku mandi. Lama tak swimming. Lepas gian sini la.
|
Kat cafe - SENARI namanya |
|
Punya lama nak makan idli.. kat sini jumpa. yay.. |
|
My soulmate :) |
|
H :)
|
Aku yang keletihan.. serius letih berbasikallll.. hehe
Lepak dalam hammock ngan En Suami :) |
Sebelum berkayak
men carom
|
Petang kami dah rehat kat bilik. 2-2 dah bosan. Ermm.. Apa lagi, naik bot ke Langkasuka port dan seterusnya amik cab ke Chenang plak. Harga murah skit, RM 20 sehala. Sebab Chenang dekat skit. So aku makan petang kat situ dan tapau KFC wat balik hotel, kot2 lapar malam nanti.
Kat Chenang ni aku just jalan2 tengok org jual2, dan tgk kat pantai org main water sport. Tapi aku dan H tak rasa nak main semua tu. Target percutian kali ni nak rehat katanya. So next visit la duk area Chenang ni. Kali ini tak yah dulu :)
So sampai hotel H sempat lagi berswimming, aku just lepak tepi tengok dia swimming sambil men i pad.
Kat sini complimentary wifi di bilik dan public area.
|
Layan live band |
|
After swimming
|
Day 3 :
Breakfast kat hotel, kemudian rehat je kat bilik. By pukul 12 tengahri check out dan amik boat 12.45. Pukul 1 dah sampai airport. So disebabkan flight kami pukul 6.40pm, so kami sewa kereta kat airport untuk kill time 3-4 jam ini. :) So kami sewa viva elite, RM 60 . Sekejap je kan. Minyak dah ada. Ok la tu.
So kami jenjalan ke Chenang again, Beras Terbakar dan pusing2 langkawi. Pastu kami siap singgah makan laksa kat tepi jalan ngadap laut gittew. :) Not bad jugak makanannya.
So pukul 5.30 kami sampai airport dan serah kereta. Lepak2 sekejap sementara tunggu masa berlepas balik KL.
Pukul 7.45pm selamat sampai Subang Airport dan En Wandi kawan kepada H yang ambil kami. Tq Wandi ya :)
So berakhir dulu percutian kami kali ini. :)
|
Ni kat mood deck.. kalau nak romantic dinner kat sini, kena book la :) |
|
My mr hubby
Viva yang di sewa sementara tunggu flight ptg :)
|
Sempat ke Dataran Lang
Makan laksa langkawi berdekatan dengan airport
Menunggu boarding time. :) |
|