Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, September 12, 2013

William Restaurant, Setapak

Ok.. dah lama tak masuk entry makan2. Disebabkan aku tgh diet protin ni, so aku masak hari2 la kat umah. Dah ilang idea nak masak apa, and aku craving nak makan western. Sabtu malam, terus la ajak H pi William kat PJ. Sampai situ nak order platter. Tapi sbb tak ingat ari tu aku order apa.. so main pesan je la. Maklum kat sini x de menu. Sekali datang yg salah.. ermm.. tapi makan la jugak.
 
Nak dijadikan cerita, aku tak puas hati dengan kesilapan mengorder tu, aku request ngan H nak pegi William againnn.. hado? tgh diet2 tu.. huhu. H bagi idea pegi William kat Danau Kota, Setapak. Altho aku cam takut nak pi.. maklum la kot2 tak kena selera lagi kan. Tapi aku ikut je la. Then google jalan nak kesana. Area situ H tau, so senang la. Tak yah nak google beria.
 
So William kat Danau Kota ni senang je nak pi. Masuk ikut Columbia Hospital. Straight je.. and then dah nampak William belah kanan. William kat sebelah Dominos pizza. Terus masuk and aku teruja sebab sini ada menu. Leh la pilih betul2. Portion kat sini besar jugak tapi tak sebesar kat PJ. So aku order Premium chicken+beef+lamb... RM20 je. Terbaik. I loike. H pulak amik Lamb Chop RM20 jugak. Memang best la. Tak sempat amik pic di pertama kali pegi ni.
 
Tak abis lagi entry William Danau Kota ni, percaya ke tidak, esok malam tu kami pergi lagi..huhu.. Tapi kali ni bawak 2 org adik laki aku.. Judin n Fakhrul. Kami pergi selepas melawat anak kawan mak and ayah yang dimasukkan ke IJN. Kawan ayah tu merangkap jurunikah aku dan H hari tu. Memang family frens. Hope anak dia selamat dan sihat kembali.
 
Kali ini ke William, aku amik pic.. So kat bawah ni aku sempat la snap beberapa pic.

 
 

Nasi goreng ketam.. Atas tu ada soft shell crabs
 
 
Minuman kami.. Honey lemon, honey lemon with mints, chocolate avacado
 
 
Chicken parmesan... Best2..
 
 
Premium chicken.. Ok la.. Last visit amik premium chicken + lamb + beef lagi best..
 
 

Mix platter.. Yg ni lebih kurang dengan premium chicken+ lamb+beef.. Cuma ada tembahan ribs.

Ok .. Tu je la makanan kami malam tu... And the price sgt berpatutan...


Tuesday, September 3, 2013

X Box Kinect

Ok.. semangat nak bersenam berkobar2, niat di hati nak beli treadmill, tak beli2 jugak. Too expensive. So aku decide nak beli x box kinect ni. At least aku leh la menari ke.. men game yang interaktif yang boleh menggerakkan badan aku yg debab ini.
 
Hari Sabtu lepas, lepas makan2 kat open house umah adik H, aku ajak H pi Low Yatt. Niat dihati nak usha2 je dulu. Maklum tengah kering. So kami pergi la. Tengok2..tanya2.. fikir2..
 
Tadaaaa : X box Kinect telah ku beli. Fokus2, ini untuk benda baik. Untuk bersenam katanya. So termasuk semalam.. aku masih ber kinect. Bersenam dengan kinect ni pada aku fun. Tak bosan dan aku rasa happy. Dan yang paling best, bebas.. dalam umah sendiri kan.
 
Hari ini dah ilang skit lenguh2 di badan, maklum la, teruja .. last sabtu dpt kinect ni.. beria aku menari.. sudahnya badan sakit. Otot2 aku terkejut gamaknya. :)
 
So jangan putus asa Jirah.. terus kan diet dan jangan lupa bersenam. Gambatte!!!

Diet Atkin

Huhu.. dah lepas raya ni, banyak jemputan untuk ke rumah2 terbuka. Kenduri kawin pun ada. Aku pun semakin mengembang la..huhu. Tak boleh jadi ni, hari tu mak call sembang2 ckp dia jumpa kawan aku kat kg. Dia dah kurus. Terus aku buzz tanya. Katanya dia buat diet Atkin. Apakah? Maklum aku ni memang tak tahu langsung pasal diet Atkin ni. Then aku google la.. selain tu kawan aku ni dah add aku dalam group FB diet Atkin tu. Baca review2 kat dalam tu, tengok pic2 sebelum selepas.. huaaa.. mcm best nya.
 
Aku terus la google2 resepi. Apa yang boleh dan tak boleh makan. Then aku baca kena bersenam jugak. Tak boleh nak diet makan je. So persediaan aku nak mulakan diet ni, aku telah buat sedikit pelaburan.
 
1) Beli magic pan ( non stick pan.. senang nak bakar ayam,ikan and pape je la )
2) Kinect x box ( Yang ni konon2 leh bersenam secara interaktif)
 
Hari ni hari kedua aku diet atkin ni. Sbb takut dengan cabaran makanan.. so aku bermula dengan berpuasa. Bukak puasa aku makan dengan makanan2 yang dibenarkan dlm diet ini iaitu hanya protin. So far so good.
 
Berat hari pertama : 80kg
 
Hope dapatla penurunan berat badan aku ni. aminnn :)

Friday, August 16, 2013

Aidilfitri 2013

Sudah seminggu aku balik KL dan mula kerja seperti biasa. Last week cuti seminggu untuk aidilfitri di Kampung. Tahun ini tahun pertama aku beraya dengan H sebagai isteri gitu.. and tahun ni jugak aku beraya tanpa adik tersayang yang telah pergi. Semoga roh adik bersemadi dengan aman dan ditempatkan di kalangan org2 soleh dan solehah.
 
Oleh kerana telah bergelar isteri, raya tahun ni kena berkejar kesana sini between kampung aku dan H. Nasib baik sejam perjalanan je. Boleh la jugak nak ulang alik. Altho letih, tapi kami berjaya jugak beraya bersama keluarga kami. Aku ada jugak la buat perangai masa kat umah H, tetiba syahdu. Tapi Alhamdulillah H faham dan sabar.huhu.
 
So diet aku seperti biasa la, bila time2 perayaan ni, ke laut la. Semua la aku belasah. Segala nasi2 yang ada, ketupat palas, nasi impit , sate all.. rendang lemang.. hehe.. And balik KL, hasilnya, naik la berat badan berganda2.

So pic dibawah diambil pagi raya. Fakhrul n family tak sampai lagi Dungun. Diorang turn Johor dulu kali ini.


With mak n ayah, judin n tirah

Monday, July 29, 2013

Puding roti bakar bersama sos kastard

Last week ada makan2 buka puasa with family H. So kami berbuka puasa di Kajang, umah kakak iparku. :) pk2 nak bawak apa.. Takkan nak pegi berlenggang mak limah je. So aku decide nak buat puding roti. Google2 jumpa la.. Tapi biasa la.. Aku ska alter resepi. So aku ubah skit2. Hasilnya not bad la,, eatable..

Bahan2
Untuk puding  ( bahan a )
7-8 keping roti
Butter untuk sapuan roti
*Fresh milk or full cream milk , mana2 yg suka la 450ml
*Gula 4 sudu besar
*Telur 2 biji
*1 sudu kecil Esen vanilla
*1 sudu Serbuk kayu manis 

Untuk sos kastard ( bahan b )
1 tin susu cair..ideal f&n ke.. Mana2 yg suka
1/4 tin air, guna tin susu tadi
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar gula

Cara2 :

Untuk bahan2 bertanda *, satukan. Pukul sebentar. X perlu guna mixer, just nk satukan bahan. Whisk sebentar sampai bersatu. Ketepikan sementara

Sapukan butter ke semua roti. Ala2 nak buat sandwich.
Potong roti kepada 4. 

Susun roti dlm acuan. Taburkan kismis sebanyak yg disukai. Kemudian curahkan bahan2 yg dipukul tadi. Kemudian ulang langkah yang sama sehingga habis kepingan roti. Lapisan paling atas.. Taburkan gula kasar untuk hiasan. 

Bakar selama 30 minit dalam suhu 160 darjah atau sehingga masak.

Untuk sos kastard pula,
Satukan semua bahan b. Kacau semua bahan agar tidak berketul. Setelah masak, tapis sebelum dihidangkan untuk mengelakkan ada ketulan tepung kastard yang tidak hancur.


So boleh la dimakan ketika panas atau sejuk. Gituuu.. So pic puding aku seperti dibawah :





Thursday, July 25, 2013

Buffet Ramadhan 2013

Tahun ni ada jugak buffet Ramadhan yang aku pergi. Maklumla.. time2 macam ni la semua makanan mcm semua bestttt.. maklum la puasa katanya. huhu.. so setakat hari ni aku pergi ke :
 
1) Buffet Ramadhan 2013 di TUPAI-TUPAI Restaurant
 
Aku pergi ke restoran ni bersama2 staf kat office. Kami buat gathering and sekaligus berbuka puasa bersama2 kat sini. Kat sini harga berpatutan la jugak dengan kemudahan surau yang ada. So kita makan pun bertenang la. Kat sini lauk2 melayu dan kuih2 melayu. Ada jugak ikan bakar dan jugak pasta.
 
Harga untuk dewasa ialah RM55 dan untuk budak pulak ialah RM25
 
2) Buffet Ramadhan 2013 di Kelab Komuniti Cyberjaya ( Bayou cafe )
 
Aku pergi 2 kali setakat ini. Kat sini pulak aku pegi dengan suami dan kawan2 aku. Kali kedua pulak dengan family aku.  Makanan kat sini pulak lebih kepada masakan arab dan melayu. Ada nasi beriayani, kambing bakar. Pasta pun ada jugak. Seleksi makanan.. ok la.. banyak jugak pilihan lauk.
 
Harga untuk dewasa ialah RM45nett
 

3)Buffet Ramadhan 2013 di Restoran Sultan Cyberjaya
 
Kat sini pulak aku pegi dengan family jugak. Fakhrul yang perkenalkan. Katanya dia dengar good review pasal restoran arab ni selain restoran saba di cyberjaya. so kami book tempat and pergi. Makanannya banyak jugak and pada aku, semua yang aku makan best.. ermmm... cuma semua berasas daging la.. standard la kalau masakan arab kan.
 
Harga untuk dewasa kat sini ialah RM25. and sangat berbaloi rasanya. Budak2 plak aku tak tya sbb kami tak bawak budak ari tu.. yang ada pun aqiff.. sah2 tak dikira lagi.
 
 
Tu je la citer2 buffet ramadhan kali ini.

Ramadhan 2013

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke 16 berpuasa. Lagu raya pun dah start berkumandang kat radio2. Aku plak, tahun ni berpuasa pertama kali sebagai isteri..gittew.. Perasaan? Happy semestinya. Tapi tanggungjawab lebih skit. Kalau puasa2 lepas, bersahur and berbuka puasa ikut tekak sendiri je. Kali ini dah ada suami, kena la disiplin skit. Bangun sebelum subuh nak masak sahur. Balik kerja nak masak lauk berbuka. Aku suka je masak. Tak prefer sangat dengan lauk2 kat Bazar Ramadhan, kecuali kuih2 manis. Beli kat bazar ok, tapi lauk, rasanya lagi suka masak.
 
Masak pulak tak la selalu sangat. Ada jugak yang berbuka puasa kat luar dan ada juga mak aku yang masak memandangkan mak and ayah banyak kali gak ada kat rumah. So aku tak masak la :)
 
Altho aku gembira dengan Ramadhan kali ini, tapi kat hati kecik aku ni, terasa kehilangan yang teramat. Tapi aku tahu semua itu ketentuan Ilahi. Menangis air mata darah pun, adik tersayang takkan ada kembali. Apa yang boleh aku buat ialah sedekahkan ayat2 suci Al quran untuk beliau. Perginya cukup sempurna. Dan aku redha. Al Fatihah buat adikku puteri lindungan bulan, Hanisah Muhd Shah.

Sunday, June 16, 2013

Kedah 160613

Hari ni da sampai Kedah. Tengahari tadi check out kat Penang and pi lunch ngan adik ipar aku sekeluarga. Semalam tak sempat jumpa, so hari ni la pi makan. Diorang bawak aku and H makan ket Kampung Pertama. Masa duk folo kereta dia, aku ngan H da berteka-teki nak makan mana ni.. cam jauh je. Lalu ikut Permatang Pauh bagai.. and akhirnya sampai ke Kedai Makan Nasi Campur Permai Tepian, Kampung Pertama. Masa nak sampai tu punya la banyak kereta parking.. kitorang siap ingat ada kenduri kawin kat situ. Tapi sebenarnya da sampai ke kedai makan yang dimaksudkan. Perghhh ramai giler manusia, siap kami kena tunggu org selesai makan baru leh dapat tempat.
 
Biras aku and H pi pilih lauk, aku ngan adik ipar duk sembang2 je. Tu dia... laki2 ni amik lauk, penuh meja. hohoho teruja ngan lauk yang banyak. Lauk2 pun best. Kari kepala ikan lagi, mentang2 la kat Penang. :) Nasi putih kat sini free je, tak kisah nak makan seperiuk pun, dia hanya caj lauk, and surprisingly murah giler.. punya la penuh meja kami amik lauk tadi.. kira2 hanya RM50 je. Kalau ada kat KL kedai camni sah2 aku buat kedai tu as dapur kedua aku.. :)
 
Now sorang2 kat hotel room, tadi mcm sedih je...poyo plak.. dulu beres je sesorang. Now bila dah kawin, bila kena duk sorang2 camni.. mcm empty.. :( . H dah balik tadi, aku hantar dia kat airport Alor Setar. Kali ni lak dia nak kena attend training. huhu. Tak la jauh sangat daripada town, aroung 10km gitu je kot. Tq to GPS la. Sekarang da kurang sedih skit. Tunggu masa nak sleep. Esok meeting pagi2. pas meeting leh drive balik key elll.. :)

Ok la.. nak sleep dulu.

Note : I miss my H soooo much. :) mood : gediksss

Saturday, June 15, 2013

Penang 150613

Short trip ke Penang, aku ada meeting and dtg awal sehari untuk jenjalan. Dah lama teringin nak mkn nasi kandar kat Penang. Terus la tadi sampai je Penang terus ke Georgetown cari nasi kandar line clear, sesat skit nak sampai.. Tapi at last jumpa dulu. Makan beria.. Puas hati. 

Pas makan terus pi check in hotel. Kali ni aku book kat gurney hotel. Tepi pantai. Nasib ada kosong, last 2 days call semua hotel kat penang penuh manjang.. Nasib la dpt bilik ni. Altho mcm menyampah skit masa check in tadi.. Sistem diorang slow kot.. Penat berdiri nak check in. Huh. Tapi pape syukur sbb dah leh rehat ni.
                           

Sambil2 tgu time nak kuar mkn malam ni.. Aku merajinkan diri menulis blog ni. Tak tahu nak wat pape.. h tgh layan maharaja lawak yg lama.. Penat drive tadi..hehehe.. So aku layan je game2 kat i pad ni. Mlm ni tgu adik ipar aku dtg amik kat hotel. She stay at bayan lepas.. So leh la pi jenjalan tanpa gps.. Hehe.. Kalau tak, sesat je nak bertekak ngan H.. ;)

Ermm tetiba nak caramel ice blanded.. Eeeee... Turun bawah beli dulu. Tata

Thursday, June 13, 2013

Sakit badan

Huhu lately sakit2 badan la plak.. Lenguh tu tak yah ckp la. Kul 9 da sleepy.. Apa tah yang x kena ngan badan ni. Umur 32 tp mcm da 60 thn lagaknya. Kalau kata sakit, H sure cakap aku ngada2 n over..huhu..

Last month da mula amik supplement, konon nak kasi sihat skit. Tak tahu la berjaya ke tak, tapi ikhtiar kan bgs. So aku borong la supplement dr farmasi. Gitu citernya. Masuk bulan kedua ni, so far ok la, selain ngantuk tu still ada.. 

Stress pun ye jugak.. Sometime leh buat badan x sihat. Otak asik pk yg bukan2. So kena amalkan healthynlifestyle ni.. Elakkan stress. Supaya badan sihat gitu.

Dah hampir 3 bln kawin ni... Hari tu tetiba sentap ngan sorang auntie H ni, tgh ramai org, beria lak tya aku da pregnant ke belom. Huh..tahu le anak dia yg kawin saing ngan aku da preggy. Badan org lain lain makcik oii.. Tapi aku jawab ok je la depan dia..altho in reality dlm hati ni.. Mcm kena ramas jantung je rasa. X tau y aku over sensitive.. Tapi aku ttp ngan pertanyaan2 yg aku rasa kurang happy ni.

Sebelum kawin, org semua tya bila nak kawin.. Dah kawin ni, tanya bila nak anak lak..kalau anak leh buat sendiri.. Amik beli kat mall, telah and push.. Kan senang. So sblm tiba masa Allah nak bg.. Sabar je la.. 

Mood hari ni : stress.. Huhu

Wednesday, June 5, 2013

Mood pape tah....

Hari ni terlewat bangun. Mcm lipas kudung aku bersiap. Alhamdulillah sampai dengan selamatnya kat opis yg disayangi ini.. Sayang gittew... Aku mmg mcm ni kalau terlebih sleep.. Akan jadi mengarut. Smlm, pukul 8 da sleep. Nasib sempat masak spaghetti untuk dinner. Pukul 1130 H kejutkan utk solat isyak.. Pening. Rasa mcm tanak bangkit je.. Uiii banyak sungguh syaitan yg berbisik. 

Mood swing lagi.. Rasa mcm tak puas hati dengan semua benda. Ishk.. Penat sungguh mood gini. Sebulan sekali jadi gini.. Hormon2!!! Camne ntah. Mcm2 benda aku. Dalam hidup ni, bukan semua yang kita nak, kita akan dapat. Keep ingat mcm tu. anasir jahat yg berbisik kat telinga ni mmg merimaskan. Kena dekatkan diri pada Allah.. Kena belajar untuk bersyukur dengan apa yg aku dpt setakat hari ini. So that boleh tempis suara2 jahat tu. 

Bismillahirrahmanirrahim... ya Allah.. Berikan aku kekuatan dan kesabaran untuk menempuh hari2 mendatang. Kurniakan aku rezeki yg halal dan tabahkan hati aku dengan segala cubaan dan dugaan. Amin..

Ok.. Nak start keje!

Tuesday, June 4, 2013

I need house...

Semenjak dua menjak ni.. Asik termimpi nak stay umah landed.. Maklum la.. Kecik2 dulu kat kg, mana la tinggal kat umah tinggi ni. Actually ok je stay apartment.. Guarded, facilities like ada swimmimg pool and kedai all. Tapi yg tak berapa ska ialah parking lot. Setiap rumah ada satu parking, altho aku ada 2 parking.. But still x cukup.. Tamak gittew.. And yg tak best bil nak ajak tetamu datang umah. With limited parking ni.. Mcm malas nak invite org dtg.ermmm..gitu la citernya.

So aku duk usha2 umah2 yg baru nak bina.. Mak aiii.. Kalau x de 600k keatas.. Tak yah la berangan. Somemoreeeee jauhnya dari kl. dah la mahal bulan 2 nak byr rumah.. Nnti mahal nak bayar tol.. Minyak all.. Ishk.. Tutup la niat ku.

Balik kg hari tu, duk sembang2 ngan biras.. Katanya try tgk rumah lama yg org nak jual. Ermm.. Betul jugak tu.. Usha2 lagi.. Mahal la jugak.. Tapi ada la yg dalam bajet. And lokasi pun x la jauh sangat. Berangan2... InsyaAllah ada rezeki can get. Hopefully dpt ler aku landed house. Aminnnn...

Kena usaha carik lagi. Bukan senang nak dpt umah kat kl ni. Yang aku nampak sekarang ni.. Mintak keje area kg la.. Build my dream house kat kampung.. Erkk.. Punya la nak umah landed.. Sanggup nak carik keje kat kg gittew.. But seriously.. I need house!!! 

Anyway aku bersyukur dengan umah skrg.. Just i need some space.. And laman..and tanah.. And ... Bla..bla yg best tentang umah landed.

Ok la.. Tu je entry hari ni.. Motip??.. I need house lerrr.. ;)

Wednesday, May 29, 2013

Dinner @ Cerana restaurant

Semalam aku dinner kat luar lagi.. Altho niat tanak makan beria..huhu. Tapi sbb malas nak masak, aku pi dinner luar jugak la. Mula2 ingat nak lepak jamil je, jamil ni kedai makan kat cheras jugak. And aku ska sbb mee hoon goreng singapore kat situ. Then H bagi cadangan, nak makan kat Cerana. Aku tak penah sampai sini. Just dengar je dari H pasal Cerana ni. So semalam sampai la aku kat sini.

Masuk je dalam restoran ni, mcm x sangka je, ada fountain all, siap ada org nyanyi2 gittew. So kami amik tempat selamat, bawah bumbung, mana la tau kot2 ujan lak kan. Smlm tak ramai org, maybe weekdays.

Sampai je menu, terus la study menu. Mula2 tanak nasi, tapi sbb terpandangkan ada asam pedas, so aku tukar fikiran. Nasi lagi lerrr smlm.. And aku sangat hepi dengan rasa asam pedas tu.. Best2. So aku leh recommend la kalau ada org nak makan situ. Sayur campur, biasa je. Semalam kami amik ayam cashewnut, tapi sbb ada asam pedas, ayam cashewnut tu tenggelam. X abis pun, kami tapau je. Hidangan besar, so kalau makan 4 org pun ok.

Masa makan takde nyamuk.. Dah sudah makan.. Banyak lak nyamuk.. Soooo kami terus la balik. And sleep dalam kekenyangan.. Erkkkkk

Thursday, May 16, 2013

Lai chi kang - home made

Semenjak dua menjak ni.. Panas sungguh. Nak sleep pun susah memalam.. Nak2 bilik aku mengadap matahari petang..huhu... Memang gelisah nak tido.

2 hari lepas keluar jalan2 cari lai chi kang, konon nak sejukkan badan. Satu kl pusing2 cari, end up kecewa, kedai yg kami pegi tak de plak lai chi kang.

Esoknya balik keje terus singgah Giant and beli bahan2 nak buat lai chi kang. Gigih gittew. Takpe, sanggup. Usha2 resepi dlm blog2 org. Then yakin la nak buat. Antara bahan2 yang aku dpt kat giant ialah :

1) buah kembang semangkuk ( kena rendam 24 jam )
2) dried longan
3) red dates
4) gula kundur
5) gula melaka
6) gula batu tebu (mcm gula batu biasa, just color dia brown skit)
7) barli ( direbus dulu )

Then smlm, aku pun mulakan la misi mereneh lai chi kang. Senang je nak buat.

1) isikan air sebanyak yang kita nak ke dlm periuk, masukkan gula batu tebu, gula melaka. Secukup manis la.
2) masukkan dried longan, red dates. Masak sekejap then masukkan buah kembang semangkuk, gula kundur dan barli.

Then dah boleh minum... Aku ska minum suam2. H seperti biasa la, kena ada ais. So aku buat manis skit, so that bila nak minum, aku just tambah air masak bg kurang manis, and kalau yang ska letak ais, bila tambah ais, rasa da sedang elok dan sedia diminum.. Slurppp..

Note : sepatutnya kena letak daun pandan, kasi wangi skit, tapi semalam aku lupa nak beli. So tak letak la. And satu yg tertinggal, white fungus. Next time kalau nak buat, aku nak letak yang tu..baru lagi lengkap lai chi kang. Kat bawah ni lai chi kang in progress.. ;)

Lai Chi Kang dalam proses

Wednesday, May 15, 2013

Sharing is Caring

Now dah nak masuk 2 bulan aku jadi isteri. Ayat tak leh blah. So far so good. Ermm sebenarnya better daripada dulu. Now ada teman nak bercakap, teman nak bergaduh (gaduh2 manja katanya) pendek kata dah tak seorang lagi la.
 
Mula2 memang la rasa pelik, nak kena share banyak benda, tapi perlahan2, sharing is better.. sharing is caring.. :) Dulu before kawin, H kata tak yah la rajin sangat nak masak. Weekend ok la masak. Weekdays makan je la pape yg beli kat kedai. Tapi sekarang, aku lebih ska masak. Dulu punya malas, altho masak tak la meriah dan best pun. Tapi aku happy kot.
 
Sebab aku takut nak masak dulu ialah sbb takut berat badan naik.. and terbukti la.. now berat dah naik.huhu.. takut la jugak. Tapi kena la perlahan2 start jaga makan balik. Dah citer pasal masak, skrg ni aku menyampah skit sbb aku cepat ngantuk.. pukul 9pm dah start ngantuk.. apa kes la .. huhu.. kadang2 tengah sembang, tengah tengok tv citer yang aku ska.. tetiba je zzzzzz...
 
Maybe sbb aku dah lama tak bersenam.. asyik makan je. InsyaAllah akan cuba bersenam la.. nak swimming, tapi kolam asik tutup je.. hangin....
 
Ohh lupa.. konon2 aku ni asyik melepek je.. so aku pi beli supplement untuk bg cergas skit. Untuk permulaan aku just amik Fish oil, Zinc dan Acid Folic. Harap2nya ada la perubahan skit.

Tuesday, April 30, 2013

Megi Ketam Bistro Dungun

Dah lama tak masukkan entry makan2 ni, bukan aku stop makan.. tapi tak sempat nak mengulas tempat makan.. sbb banyak sangat makan!! ishk.
 
Malam aku kat Dungun, aku ajak H pegi megi ketam bistro belakang UITM lama berdekatan dengan Pantai Teluk Lipat. Usaha nak cari megi ketam tu beria la jugak, sbb aku ingat2 lupa. Last masa cuti kawin ari tu, aku sempat 2 kali tetiba terjumpa kedai ni. Gittewww.. sbb terjumpa gitu, so untuk berjumpa kali ini, aku kena ikut jalan yg aku pegi tempoh hari and trace balik la jalan nya. huhu.. pelupa sungguh.
 
H dah kecoh2 kat sebelah..hehe.. aku drive je.. aku yakin aku akan jumpa. Andddd.. at last jumpa la jugak. Ramai jugak org malam ni. Kat situ bukan ada megi ketam je, banyak lagi makanan lain, goreng2, ikan bakar, seafood all la.
 
Ini la dia megi ketam ku .. slurpp
Sebab keinginan nak mencuba megi ketam, so aku cuba la. Kat sini harga megi ketam ikut berat ketam tu, so diorang buat ikut gred .. dari Gred A yang paling berat hingga ke Gred F kot. So aku amik yang sederhana, semangkuk megi dengan ketam seekor tu harga RM21. Nak mencuba katanya. Rasa megi ni best.. bak kata H, kuah megi ni leh buat termimpi2 la.. :) Ketam tu ok la, aku dapat yg penuh isi..best2. So kalau tanya aku kesedapan megi ketam ni, aku bagi 4 bintang out of 5 stars :)
 
Balik Dungun nanti nak pi lagi. :)

Pooh Balik Kampung

Jumaat lepas (26 April) aku cuti sbb nak hantar cik pooh balik kampung. Bertahun cik Pooh duk KL berkhidmat ngan aku. Banyak sungguh budi Cik Pooh. Tapi sbb cik pooh tak sihat ari tu dan mencuakkan aku, so aku terpaksa ganti dengan Goldfish dan buat keputusan nak hantar Pooh balik kampung. Lepas ni Pooh nak berkhidmat ngan ayah and mak plak. Kata mak leh guna Pooh nak bawak pi ngaji. :)

Pagi Jumaat, aku drive goldfish dengan ayah kat sebelah. Mak pulak nak balik petang ngan Judin. Pooh plak H yang bawak. Tq la kat H yang sudi drive Pooh dari KL ke Dungun. Bengkok pinggang katanya. huhu...
 
H drive Pooh :)
Kelakar pun ya, selepas Hentian Temerloh, tetiba indicator minyak Pooh menyala.. i need drink!!!.. H panik dan call aku, tanya kalau dah blink2 tu, bape jauh lagi leh jalan. Ermm.. aku belasah je kata sejam. Aku pun lupa, tapi seingat aku, setengah jam boleh je.. Tapi aku jawab je sejam, tanak H panik. Hehe.. So H dah bukak tingkap, off aircond.. bila turun bukit, free gear..hehe.. punyala cuak. Aku plak sambil drive Goldfish doa tak berenti.. jgn la mati sebelum sampai Hentian Gambang. At last sampai juga ke Hentian Gambang... terus isi minyak.. Alhamdulillah... :)
 
So petang tu kami sampai dengan selamatnya ke Dungun.

Sunday, April 14, 2013

Weekend

Bestnya cuti hujung minggu... pejam celik esok dah Isnin. Mcm cepat sangat berlalu. Tak puas lagi nak bangun lewat skit. Now dah jadi isteri ni, keja umah cam dah ada skit2.. ermm.. so far so good, just badan cepat penat. Hadoiii.. baru je 3 minggu. Aku rasa aku kurang bersenam dan buat aktiviti yang sihat. Walaupun ketika tulis ni.. aku baru je pas dinner.. nasi bagai..huaa..

Now lepak je dlm bilik, kaki dah lenguh..nak kata jogging tak jugak. Lepak je. Ishkkk.. nak tengok tv pun tak dapat.. ada orang nak tgk bola. tetiba pk nak pasang decoder kedua dlm bilik. Tapi tv takde.. hehe.. guane tu.. Kalau pasang decoder, kena bayar another 5o hengget kat Astro. Tapi sbb aku dah potong P1, ehem2..

Cakap pasal perbelanjaan, aku rasa tolak tambah..hutang2 bulanan still sama. Mcm aku terpk nak tambah decoder tu, baru berangan leh potong perbelanjaan utk p1 sbb dah potong, aku dah berangan nak amik 2nd decoder lak.. So sbnrnya sama sahajork.. Tolak p1 tambah Astro.

Bila la aku leh berjimat cermat skit. Nanti la akan aku cuba jadi insan yg berjimat..gittewww.. Huh.. malas la nak tulis banyak2.. tido je la.. Bosannnn..

Thursday, April 11, 2013

Cuti di Cameron

5-7 April 2013, sampai jugak aku  ke Cameron. Dah lama niat nak merehatkan diri dan otak yg dah sedia penat ni. Maklum beberapa bulan lepas macam-macam yg berlaku dlm hidup aku, So aku dah berangan-angan nak pi somewhere dan berehat. So aku pegi dengan H,  Jumaat dah cuti, gerak dlm pukul 10 pagi gitu. H drive. So aku just duk sblh jadi co pilot je la.

Sampai Cameron sempat singgah Kea Farm, teringin sweet potatoes..huhu. Nasib la ada. Pastu terus pi check in kat Strawberry Park Resort.

Sebelum pegi H dah tya, nak bawak jaket tak, kan sejuk nnti, aku confident jawab, tak yah, sbb cameron dah tak sejuk cam dulu. Sudahnya, masa aku pi ari tu, tetiba lak ujan. Huhu.. Sejuk giler.. Amik all the blanket dlm wardrobe. Balut badan. Terus aku hibernate. Most of the time aku sleep.. Giler x leh tahan sejuk.. Huh..
 
Salah satu sbb aku nak pi cameron kali ni ialah nak pi Boh Plantation kat Sg Palas, tapi malangnya tak kesampaian jugak kali ni, sbb half way kitorang naik bukit tu, kena pusing balik sbb ada pokok tumbang. Sudahnya minum teh di Bharat Tea je la.
 
Tak tahu nak citer apa sangat, tapi yg paling penting ialah, aku pi sana makan mcm tak penah jumpa makanan..huhu.. Orang kata lepas kawin bahagia..sebab tu gemuks.. :)
 
Anyway, aku happy dengan percutian ini. Tq to H yang sabar dengan kerenah aku yg macam2 ni. Next time kita pi jenjalan lagi ye :)


Tak abis2 ngan phone.


Tadaaa.. walaupun amik pic dengan mengiring cenggini pun, masih nampak gemuk..so mmg sah la, aku gemuk.


Dari dlm bilik, kat luar tu kabus je all the time


Breakfast.. nampak cam ok je.. amik roti, tapi not in the picture.. nasi lemak, nasi goreng, semua aku belasah..huhu


Ini dinner kitorang mlm kedua, steamboat.. tomyam nyer terbaek...


H pose ala2 bz ngan phone di ladang teh.

Thursday, April 4, 2013

My new goldfish- 2 April 2013

Alhamdulillah, At last dapat jugak kereta pertama. Maklum sebelum ni, pooh ialah pemberian daripada ayah.  Tapi disebabkan pooh tak sihat sangat and aku da fobia nak bawak. So aku buat keputusan nak beli kereta lain. Setelah difikir2, tanya pendapat H, Kengkawan.. so aku decide untuk beli preve. Altho ada yang ckp y preve, y tak almera, y tak vios.. jawapannya.. aku just nak preve. Aku hope preve ni, maintenance nanti tak mahal memandangkan kereta nasional. And aku bukan la nak drive preve ni untuk berlumba ke apa.. bak kata H, drive nak pi Brickfield je. :)
 
2hb April, Salesman Proton dah call.. cakap kereta boleh amik. Yoohoooo.. Happy. :) So lunch hour, aku pi ngan H. Sian dia, sbb sepanjang takde pooh, aku bawak demok.. and H kena bawak motor pi keje. Dah la petang2 ujan je lately ni. So now, aku da tak kaco demok.

My new car.. Goldfish

H Tengah check goldfish
 
Btw, tgh pk2 nak bagi nama apa kat kereta ni.. so aku decide nak bg nama goldfish. My goldfish :)

Thursday, March 28, 2013

22.03.2013 - My Big Day

Alhamdulillah, tanggal 22.03.2013 aku sah menjadi isteri kepada Mohd Hafizu. Segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Majlis nikah berlangsung pada jam 1030am, Jumaat. Resepsi dibuat hari yang sama, iatu Jumaat dan sebelah petang, after solat jumaat. Penat dengan persiapan majlis, aku leh senyum lega lepas segala selesai.

Majlis sambut menantu pula diadakan pada 23.03.2013. Majlis dirumah H pun berlangsung dengan lancar, alhamdulillah. 2 malam aku dirumah mertua. Not bad, altho aku x pernah ramai2 macam tu, tapi rasanya aku ok je. Maklum family aku x sebesar family H. So pasni kena la belajar nak bergaul mesra ngan semua org ;).

Majlis kat umah aku, boss2 aku dan kengkawan ramai yg datang. Sama jugak dengan kawan H. And x sangka juga, sampai jugak cik yeen n suami ke umah H, walaupun jauh. Sanggup travel dari jb.

Tq pada semua yg dtg memeriahkan majlis kami.



After nikah :)


Pelamin .. altho tersalah hantar.. tapi aku terima je la.


With Arina. Orang kuat yang banyak membantu aku.. tq sbb fly semata2 nak temankan aku. :)


With Cik Yeen.. tq jugak sbb sampai ke majlis.. belah joey. Jauh2 dari JB pun sampai..


Bersama family aku


Bersama family H

Saturday, March 16, 2013

Cuti kawen

Now da kat kg. Sabtu , pukul 3 pagi sampai. Balik dengan Fakhrul. Penuh barang bawak balik..huhu. Susah juga preparation kat kl, majlis kat tempat lain. Kena buat checklist betul2. Kalau tertinggal, alamatnya kena la beli baru..huhu.

Tadi aku start buat doorgift lagi. Gigih sungguh sampai terkena glue gun...huhu.. Sakit bangetttt..tapi sbb mmg rajin sgt nak buat..redah je la. Butik pengantin pun da pegi tadi.

Lambatnya setel semua ni. Lagi tak berlangsung majlis, lagi tu la ada je benda nak buat and otak berfikir. Huhu.

Pelamin pulak da siap pasang. Ahad mlm dah pasang. Gile awal.. Tapi aku malas nak reschedule sbb kesian lak dengan org yg pasang pelamin, katanya banyak sangat job, sampai kena pasang awal2. So takpe la. Kalau kita senang kan org, org pun senangkan urusan kita jugak. One more thing,, diorang silap hantar pelamin. Pun aku x kisah.. Janji kaler tak salah. Huhu.

So kat bawah ni aku nak letak je pic preparation aku nak tawen ni.. And tak lupa tgn aku kena glue gun tu. Tanda kawen.huhu




Tanda, kena glue gun huhu



Gelas Ikea, after dihias.. ni untuk tetamu belah H yang datang nanti.


Hantaran, in progress


Arissa


Bilik Pengantin. Simple sahajorkkk

Sunday, March 10, 2013

Minggu bz

Huhu.. Hari ni pepagi aku da bangun.. Potong langsir. Smlm baru cari n beli kain kat Tewah Mines. Benang lak takde. Haru. Tapi hari ni memang dah janji dengan H mak jumpa. So boleh ajak dia cari benang.

Disebabkan smlm pooh sakit balik.. Nasib aku x tersadai tepi jalan, so hari ni aku ajak H temankan aku pi usha kereta. Aku mcm teringin ngan preve. Kata org spec bagus n sesuai dengan harga. So after brunch, aku and H pi showroom proton. Hati da berkenan.altho takut gak ngan komitmen bulanan.. Tapi bila pk2 balik.. Its about the time.. Dah 7 tahun pooh ngan aku. Now da mula meragam. So aku kena la berani.. Tahan la nafsu nak membeli belah..huhu.. Nanti kena byr kereta.

Lepas proton masuk perodua.. Pastu aku mintak H bawak pi toyota.. Berangan nak pakai vios plak.. Tapi bila tgk2, preve jugak jadi pilihan.. Memikirkan komitmen bulanan.. So aku rasa nam amik preve.

After tgk keta, aku n H pi cyberjaya. Jumpa arina. Memang tujuan utama nak amik kerepek kat umah arina. Mulanya aku order daripada arina.. Sbb aku ska kerepek yg dia jual.. Sekali, bila tanya harga.. Katanya nak bagi percuma.. Alhamdulillah.. Semoga dimurahkan rezeki n dipermudahkan segala urusan..my fren.. Tq arina ;)

Balik umah aku start jahi langsir.. Tapi penat nak habiskan today.. So aku buat operasi kerepek.. Yessss.. Da siap untuk H.aku nyer esok2 la aku buat. Kalau x pun, aku pack kat kg. kat bawah pic kerepek yg aku siap bungkus untuk H.





Tuesday, February 26, 2013

Pooh Sakit Mengejut

Tu dia tajuk entry aku..huhu. Semalam sejarah la aku kat tepi npe. Pepagi bangun dengan awal nak pi keje. Banyak benda yang aku nak setelkan. So by 7am da kuar umah. Tetiba pooh tetiba termati enjin. Erkkk.. Aku hidupkan balik, and gerak skit lagi, Disebabkan aku da tak sedap hati, aku lencong ke NPE. Nasib la sempat buat mcm tu, kalau tak, mau aku tersadai kat jalan Sg Besi tu and menjadi penyebab org2 lain jam nak pi keje..huhu.
 
Menggelupur kat tepi jalan, Nak call sapa? Terus call H, and adik2. Nasib la semua org ada. Sementara menunggu H dan Judin sampai, ada mamat India ni stop and kata nak tolong. Aku tak kuar kereta langsung. Takut la plak.. serius mcm nak nangis pun ada. Tapi sabor je la. Then Judin sampai, tgu sekejap ngan dia, then sampai la H. Judin pi keje dulu sbb dia ada meeting.
 
Aku dan H terus ke workshop. Sbb awal lagi and workshop tutup, aku pi breakfast dulu. serius tak sedap nasi lemak pagi tu. duk pk kan si POOH je.. ishk. Tapi nasib baik la semua ada membantu. H masuk half day keje, Fakhrul lak tolong masa kat workshop. Macam mana la kalau takde diorang? huhu..
 
Petang smlm pooh da leh amik. Kata mekanik tu, kena tukar condenser, contact point dan spark plug. Btw smlm nye abg yg bawak tow truck tu sesat nak jumpa kami kat tepi jalan, mula2 panas hati, tapi bila tgk kos nya yang tak mahal sangat tu.. leh la smile. :)
 
Flag Man terlantik

Pooh nak kena tow.. :(
 
 
 

Sunday, February 24, 2013

A good day to die hard

Tadi aku pi tgk movie ngan H. Da lama rasanya x tgk movie. Huhu. Lps tgk movie, lepak jap kat abc. Apa lagi, menu aku roti tisu dan teh halia. Ermm.. Diet ntah ke mana.. Lepak2 sambil sembang.. H cakap, majlis kawin da tak sampai sebulan.. In 3 weeks times..huhu.. Tetiba rasa sesak lak dada. Mcm banyak benda lagi aku tak buat ni. Berdebar2. Sabar jirrah.. Tarik nafas dan cuba bertenang.. Ermm.. Sleep dulu.. Huhu.. Tata.

A good day to die hard : pada aku ok la.. Tak mengecewakan, altho aku lg suka die hard 4.

Friday, February 22, 2013

Keganasan

Uiii.. Da lama x update ni.. Hantaran kawin x siap2 lagi, tersadai depan tv je..huhu. Mcm nak kena buat kat kg. takde mood nak buat kat sini. Anyway.. Tadi aku keluar makan dengan judin, tira dan hafizu. Pegi 2 kereta sbb judin and tira nak pi serdang and aku pulak, mcm x de rancangan. Tapi on the way balik, hafizu ajak jumpa kawan dia kat q bistro. So pegi la kejap, meet his fren and wife. Wife kawan dia tu pun kawan sama belajar dengan hafizu. So sembang2.. Masa nak balik ada insiden kurang menyenangkan berlaku.. Huhu.. Sampai skrg buat aku sentap .. Altho tak de kena mengena ngan aku pun.

Seorang lelaki ni tendang2 cermin sisi belah driver myvii putih depan kedai mamak ni. Alkisahnya dia nak kuar, tapi myvii ini telah block kereta dia. Myvii ni block 2 kereta. Sepanjang aku kat situ, tak plak aku dengar bunyi hon.. Nk tarik perhatian owner, tapi tetiba tgk mamat ni dah naik minyak dan tendang2 myvii.. Pecah la cermin, and mamattu angkat handbrake dan tolak kereta tu..huhu..

Macam mana la perasaan owner kereta tu nanti bila tgk kereta dia camtu jadinya. Orang2 kat kedai plak tadi, terpegun tak terkata.. Semua tgk je, takde plak yg nak halang mamat tu, agaknya semua takut.. Aku plak.. Feeling lebih2, mcm kereta tu aku punya.

Tapi area situ, org mmg suka block kereta org.. Aku penah jugak terkena, 2 ke 3 kali jugak, tapi what i did was...hon la banyak2 kali.. And kadang2 sakit hati, bila owner dtg, langsung x mintak, maaf, masuk kereta dan blah.. Siol jugak org2 yg ska block kereta org ni.

So moral of the story yg aku dpt tadi ialah ....
1) jgn block kereta org, cari la parking jauh skit takpe, janji parking yg tak menyusahkan org ramai.. Sbb we never know, kita block kereta sapa.. Buatnya block kereta otg yg baran mcm mamat tadi? Menyesal pun x guna.. Damage has been done!!!
2) kalau nak block sangat pun.. Kalau boleh amik table yg paling hampir dengan kereta.. So that, bila da nampak owner kereta nak keluar, cepat2 amik kunci kereta dan say sorry pada owner kereta tu.. Nescaya owner tu akan senyum sampai ke telinga sbb kita org2 yg bermoral.
3)kalau nak lari pi kedai runcit ke, dobi ke, or amik barang ka kawanke, bila da block kereta org, tulis la no telefon kat depan cermin tu, sbb walau kita baru je block, maybe org tu masa kita block seminit, dia plak dah selesai urusan n nak keluarkan kereta.. X ke hangin org tu?

Huhu.. Gitu la citer aku mlm ni.. Lega skit, dari tadi duk dup dap.. Sakit dada tgk keganasan di depan mata tadi. Huhu.. Semoga dapat balasan daripada Allah.. Ngantuksss. Sleep dulu.. Salammm

Thursday, February 7, 2013

Wedding card - done

Semalam dah amik kad kahwin di Pertama Complex, My one card nama kedai yg aku tempah kad ni. Dah call siap2 takut diorang tutup kedai. Jalan jam nak kesana. Hati da cuak kalau pi2 tutup, alhamdulillah, 6.40 sampai dan berjaya collect kad tersebut.

Perut lapar, aku yg tgh diet katanya ni sempat singgah kat Pizza hut kat Maju junction. H nak makan situ, aku yg tgh lapar ni, tolak batu dan kayu je..huhu..Btw, boleh tahan la resepi baru Pizza.. Lupa apa nama pizza tu, tapi yg ada ketam n ceri tu.. 3 daripada 5 bintang for the taste.. Tapi aku ska minumannya.. Passion fruit.

Kat bawah ni rupa kad aku.



Friday, February 1, 2013

Short trip : Singapore 1 Februari 2013

Yoohooo... Singapore again. Setiap kali masuk Singapore, aku akan kata, tanak la dtg lagi.. X tahu nak buat apa pun kat sini. Tapi dalam tanak2 tu, kali ni masuk kali ke3. Last year dtg dengan Arina pi USS. Kali ni dtg sbb ayah mmg dah lama ajak pi sini. Ayah nak jalan2 kat Arab Street. So hari ni kebetulan cuti hari wilayah, so sampai la kami disini. Gerak awal2 dari kl tadi sbb nak kena sampai awal. Y nk sampai awal, sbb nak hantar judin n tirah pi USS. Aku dah beli tiket siap2 untuk diorang kat travel agency Bank Rakyat. Hotel pulak, dah tanya kak mahani, katanya Landmark Village Hotel kat Victoria Street ni best sbb dekat dengn Arab Street dan senang nak cari kedai makan. And betul, aku dah check in dan hotel ni dekat dengan Arab Street dan juga dekat dengan Masjid Sultan.

Ini pertama kali aku drive nak masuk Singapore, before just naik bas. Kami masuk melalui Tg Pelepas. Cuak la jugak, maklum kali pertama. Tapi dengan bantuan gps. Kalau takde gps, idok la aku berani nak drive sini. Jangankan Singapore, dlm Malaysia yg aku tak tahu pun aku x berani nak drive.. so thanks to gps la..

Not so bad la, mula2 kat kastam malaysia, just tunjuk passport je, them bila sampai kastam singapore, ada borang yg kena isi, kitorang isi dlm kereta je. Selesai urusan passport, pemeriksaan kereta, dan seterusnya kena stop and isi borang nak apply auto pass. Kad ini di tag kan dengan plat kereta kita, so bila lalu kat erp, akan deduct from this card. Kad ni jugak boleh digunakan untuk parking. Bayaran 10 dollar untuk kad itu, harga kad ialah 6 dollar dan baki duit dlm kad ialah 4 dollar. Untuk top up kad ini, boleh di buat di 7 eleven.

Pukul 7 ptg gerak amik judin n tirah di uss. Jalan nampak sesak, tapi moving..so ok je la. Alhamdulillah selamat sampai hotel.. Mlm plak mkn je area hotel. Malas nak drive. Huhu.. X sabar nak balik umah. ;)

Judin gigih mengisi borang nak dapatkan auto pass card. With Tirah


Masjid Sultan


Ayah bergambar berlatarbelakangkan  Restoran Zam Zam yang kitorang makan beriani dan murtabak. Best.


Ni la rupa murtabak ayam yang aku order. Ni yang paling small, SGD 6


Mak and ayah kat Arab Street


Ni la auto pass, expired 2019.

Friday, January 25, 2013

Doorgift- Bahulu Pecah 8

Supplier bahulu pecah 8 dah email draft kotak bahulu. Aku setuju je dengan design tu. H yang nak color dark grey. Aku setuju je sbb ok la. Not bad and sama theme ngan baju reception kami pun. Design mcm kat bawah ni. Kena bank in another amount then baru leh print kotak. So last week da bank in and setuju dengan design di bawah ni.



Wedding card

Hari tu aku survey kad kahwin kat pameran pengantin di sacc shah alam. Bajet untuk kad mmg aku berkira sikit. Kalau boleh nak yang palinggggg murah. So dapatla yang berpatutan and within budget allocation utk kad kahwin. Yay..

Kedai kad ni kat Pertama Complex. Banyak je pakej yg ditawarkan. Menarik, tapi aku x perlukan any doorgift box sbb dah beli siap2. Kebanyakan pakej yg ditawarkan akan diberikan sekali kotak doorgift. Juga dengan vip card hard cover. Disebabkan aku tak perlukan kad yg berkulit keras itu, so aku maintain ngan bajet aku. Aku tempah seribu kad dan kad utk 2 pihak.

Tadi aku da reply email kedai ni.. Diorang da submit 1st draft, tapi utk inlay ada pembetulan. Utk cover, just nice, no typo error or silap mana2. Kat bawah ialah design kad aku. Simple n ekonomi.. ;)

Cover Kad

Bunting

Inlay
So tadi da email untuk maklumkan takde kesalahan dah.. boleh print dan 2 minggu lagi collect kad. Settle.

Monday, January 21, 2013

Baju Pengantin

Baju pengantin aku dan H da siap. Semalam pegi fitting and alter apa yg patut di butik D Zihni bangi. Overall aku ok la dengan baju2 tu walaupun untuk recep tu.. Mcm ralat je. Suppose aku kena buat singkat kot sbb kain pun ada patching lace. So bila pakai tu, baju tu cam sarat skit. Tapi sbb aku ni jenis tak nak banyak sangat ubah2 walaupun banyak lagi masa kalau nak alter, aku decide nak maintain aje mcm tu.

Baju H pun ada yg kena alter. Minor je la, sbb kat leher sengkak. So dah ubah button, boleh la pakai. Itu pun baju recep.. Ermmm tgh pk2 lagi samada nak tukar baju recep dengan majlis akad nikah. And baju2 smlm pun mcm ketat skit, sbb aku makan tak hingat sebulan ni..huhu.. Org nak kawin makan jaga.. Tapi aku ni.. Lagi menjadi2..

Dah letak baju dlm wardrobe ni.. Aku kena la jadikan semangat nak kurangakan berat.. Katanya.. Huuhu.. Semoga bejaya la.. Kalau tanak malu pakai baju ketat2. Semua baju aku tempah sbb badan aku yg kuwusss ni..huhu..

Kat bawah ni aku snap pic baju yang aku tempah tu..



Baju recep or akad ( x decide lagi )


Baju Majlis at H's house


Baju akad yg sepatutnya :)


Grey for H


Baju Majlis Bertandang


Baju nikah