Huhu.. dah lepas raya ni, banyak jemputan untuk ke rumah2 terbuka. Kenduri kawin pun ada. Aku pun semakin mengembang la..huhu. Tak boleh jadi ni, hari tu mak call sembang2 ckp dia jumpa kawan aku kat kg. Dia dah kurus. Terus aku buzz tanya. Katanya dia buat diet Atkin. Apakah? Maklum aku ni memang tak tahu langsung pasal diet Atkin ni. Then aku google la.. selain tu kawan aku ni dah add aku dalam group FB diet Atkin tu. Baca review2 kat dalam tu, tengok pic2 sebelum selepas.. huaaa.. mcm best nya.
Aku terus la google2 resepi. Apa yang boleh dan tak boleh makan. Then aku baca kena bersenam jugak. Tak boleh nak diet makan je. So persediaan aku nak mulakan diet ni, aku telah buat sedikit pelaburan.
1) Beli magic pan ( non stick pan.. senang nak bakar ayam,ikan and pape je la )
2) Kinect x box ( Yang ni konon2 leh bersenam secara interaktif)
Hari ni hari kedua aku diet atkin ni. Sbb takut dengan cabaran makanan.. so aku bermula dengan berpuasa. Bukak puasa aku makan dengan makanan2 yang dibenarkan dlm diet ini iaitu hanya protin. So far so good.
Berat hari pertama : 80kg
Hope dapatla penurunan berat badan aku ni. aminnn :)
No comments:
Post a Comment