Sudah seminggu aku balik KL dan mula kerja seperti biasa. Last week cuti seminggu untuk aidilfitri di Kampung. Tahun ini tahun pertama aku beraya dengan H sebagai isteri gitu.. and tahun ni jugak aku beraya tanpa adik tersayang yang telah pergi. Semoga roh adik bersemadi dengan aman dan ditempatkan di kalangan org2 soleh dan solehah.
Oleh kerana telah bergelar isteri, raya tahun ni kena berkejar kesana sini between kampung aku dan H. Nasib baik sejam perjalanan je. Boleh la jugak nak ulang alik. Altho letih, tapi kami berjaya jugak beraya bersama keluarga kami. Aku ada jugak la buat perangai masa kat umah H, tetiba syahdu. Tapi Alhamdulillah H faham dan sabar.huhu.
So diet aku seperti biasa la, bila time2 perayaan ni, ke laut la. Semua la aku belasah. Segala nasi2 yang ada, ketupat palas, nasi impit , sate all.. rendang lemang.. hehe.. And balik KL, hasilnya, naik la berat badan berganda2.
So pic dibawah diambil pagi raya. Fakhrul n family tak sampai lagi Dungun. Diorang turn Johor dulu kali ini.
So pic dibawah diambil pagi raya. Fakhrul n family tak sampai lagi Dungun. Diorang turn Johor dulu kali ini.
With mak n ayah, judin n tirah |
No comments:
Post a Comment