Tahun ni ada jugak buffet Ramadhan yang aku pergi. Maklumla.. time2 macam ni la semua makanan mcm semua bestttt.. maklum la puasa katanya. huhu.. so setakat hari ni aku pergi ke :
1) Buffet Ramadhan 2013 di TUPAI-TUPAI Restaurant
Aku pergi ke restoran ni bersama2 staf kat office. Kami buat gathering and sekaligus berbuka puasa bersama2 kat sini. Kat sini harga berpatutan la jugak dengan kemudahan surau yang ada. So kita makan pun bertenang la. Kat sini lauk2 melayu dan kuih2 melayu. Ada jugak ikan bakar dan jugak pasta.
Harga untuk dewasa ialah RM55 dan untuk budak pulak ialah RM25
2) Buffet Ramadhan 2013 di Kelab Komuniti Cyberjaya ( Bayou cafe )
Aku pergi 2 kali setakat ini. Kat sini pulak aku pegi dengan suami dan kawan2 aku. Kali kedua pulak dengan family aku. Makanan kat sini pulak lebih kepada masakan arab dan melayu. Ada nasi beriayani, kambing bakar. Pasta pun ada jugak. Seleksi makanan.. ok la.. banyak jugak pilihan lauk.
Harga untuk dewasa ialah RM45nett
3)Buffet Ramadhan 2013 di Restoran Sultan Cyberjaya
Kat sini pulak aku pegi dengan family jugak. Fakhrul yang perkenalkan. Katanya dia dengar good review pasal restoran arab ni selain restoran saba di cyberjaya. so kami book tempat and pergi. Makanannya banyak jugak and pada aku, semua yang aku makan best.. ermmm... cuma semua berasas daging la.. standard la kalau masakan arab kan.
Harga untuk dewasa kat sini ialah RM25. and sangat berbaloi rasanya. Budak2 plak aku tak tya sbb kami tak bawak budak ari tu.. yang ada pun aqiff.. sah2 tak dikira lagi.
Tu je la citer2 buffet ramadhan kali ini.
No comments:
Post a Comment