Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 24, 2014

Bersiaran kembali

Huhu.. Funny pasal aku ni. Lama tak update blog because forgot password. huhu. Macam mana baru bermimpi dan mendapat ilham baru ingat my password and now can log to blog :)
 
Tengok2 tadi ada yang bertanya berkenaan KL City Airport yang aku ada citer sebelum ni. Hope orang yang bertanya tu dah mendapat jawapan la. Memandangkan soalan di ajukan pada Julai. Sorry sangat2.
 
Banyak je yang berlaku sepanjang aku tak hapdate kat sini. Last month sangat sibuk dengan kerja and ditambahkan lagi dengan adik ipar aku yg bongsu kawin :) Alhamdulillah. Tahniah pada adik ipar ku Abd Fatah dan isterinya Siti Rahmah :)
 
Banyak je nak update ni, so kena fikir dulu what to update kan. So stop sini dulu. And dah salin password blog siap2 supaya aku tak lupa lagi..huhu

Wednesday, August 6, 2014

Kesunyian

Hampir seminggu selepas aku dan H balik beraya di kampung. Mood Raya still ada altho dah masuk kerja. :)
 
Sepanjang di kampung. Aku seperti biasa akan sedih skit, maklum sebab raya ini kami masih berdua. Tapi setakat mana aku nak bersedih. Benda yang di luar jangkauan aku. Zuriat ini adalah ketentuan Allah. So aku sebagai hamba yang kerdil ni, kena la terima segala yang telah ditentukanNya.
 
During Raya, masa visit one of the aunties, dengar la suara2 bertanya aku masih tak dikurniakan baby lagi ke? Mertua aku jawab senang je, mmg takde lagi. Doa2 kan la. Aku buat2 tak dengar je. Mertua aku actually ada bertanya kalau aku nak ikhtiar berurut dengan bidan kampung. Bila aku tanya H, H kata buat kat KL dulu. Nak balik kampung jauh sangat untuk treatment tu.
 
Dah suami aku cakap gitu. Aku ya kan je la kan.
 
Raya tahun ni, altho rasa sunyi, tapi aku rasa tak stress seperti sebelum ini. Maybe aku dah pasrah dan berserah segalanya kepada yang satu.
 
Berdoa tanpa henti untuk mendapat zuriat yang soleh dan solehah.. amin..

Tuesday, July 8, 2014

Urut Tradisional with Kak Cici

Gitu tajuknya... actually aku dah stop jumpa doktor dulu. Aku rasa nak berehat dulu dari taking pills. :) So last month, sebelum puasa tetiba ada kawan aku nak berurut secara berjemaah.. haha.. Actually tukang urut ni kawan kepada kawan aku. So kawan aku ni mengaturkan sesi urut di rumah dia. So kami bertiga on that day yang berurut. Uiii gagah sungguh kak cici ni. Altho panggil kak.. aku bajet dia da tua. Tapi takpe la kan.. :) Dia ni asal dari Indonesia, tapi dah menetap kat sini la. Kahwin dengan orang Malaysia.
 
Turn aku yang kedua selepas kawan aku. So berkemban la masa nak kena urut tu. H pegi mancing ngan husband one of my friend yang turut berurut tu. So ni ala2 ladies time la. No man. Yang best kak cici ni urut tak sakit sangat. And dia pandai buang angin dlm badan. Sebelum aku urut, berminggu-minggu aku asyik sakit kepala. Bila H picit kepala, dia kata tangan dia sesemut. Macam tu la. H selalu rasa kalau aku berangin semacam. After urut ngan kak cici.. alhamdulillah kuasa Allah, kepala dah tak sakit dah. Agaknya angin berkumpul kat kepala kot. Ishkk.
 
Then bila sampai ke perut, kak cici kata rahim aku tinggi skit, so sbb tu payah skit nak preggy. Ermm.. takpe la.. Aku layankan je. Then dia urut2 perut. Katanya aku kena urut lagi. Ok la.. Nanti aku mmg dah rancang nak continue urut dengan dia. H pun nak join sekali :)
 
Disamping usaha, doa kepada Allah jangan putus. Segala usaha yang kita lakukan, sekiranya Allah membenarkan ia berlaku, maka berlaku la. Sekiranya belum sampai masa lagi, percaya lah pada ketentuan Allah. Hanya Dia yang maha mengetahui.

Wednesday, May 28, 2014

Empress in the palace

Lately ni ada hobi baru. Watching hong kong drama series. Dulu2 aku memang melekat depan tv kalau citer2 hong kong ni. So now dah melekat balik, tapi tak la seteruk dulu kalau dah menonton, tak gerak pi mana2 dah. Now kalau kena masak pun, aku record je citer tu. Kan senang :) So episod semalam mmg best dan memberi aku mood ceria skit. Antara dialog dalam scene yang aku tertarik semalam :
 
Gundik Hua : Kenapa saya tidak hamil2 lagi? Adakah sebab saya pernah keguguran dulu?
Tabib : Kalau diikutkan, keguguran dulu dah lama dan tidak ada kesan yang buruk. Puan boleh hamil bila2 masa.
Gundik Hua : Kenapa saya tidak hamil?
Tabib : Maaf sy bercakap, hamil ini adalah takdir dan rezeki, Akan datang bila ia datang. Puan terlalu inginkan anak?
Gundik Hua : Sudah tentu lah saya ingin hamil
Tabib : Itu la.. Jangan terlalu gopoh. Kena ada mood yang baik. Sekiranya sabar dan tidak terlalu fokus, sekejap je mungkin sudah hamil.
 
Gitu la dialog nya lebih kurang la.. Aku pun x ingat detail.. tapi dialog tu buat aku berfikir panjang la. Betul la kan.. zuriat itu rezeki dari Allah, sampai masa nak sampai, ada la. :)

Thursday, May 15, 2014

Jumpa my gynea

Hari ini dijadualkan untuk berjumpa doktor. Pagi-pagi lagi aku dah singgah Pantai untuk amik nombor giliran. Doktor mula pukul 11.30pagi. Aku dapat no 1, maklum 730pagi dah tercongok kat Pantai Hospital.
 
Pukul 11.30 aku sampai. Tanya Ida, pembantu doktor, katanya patient no 2 dah masuk. So lepas ni giliran aku la. 5 minit lepas tu aku masuk jumpa doktor. Terus buat tvs. Doktor nak tengok telur dah keluar daripada kantung ke belum or istilah perubatannya ovulasi ke belum. So tak perlu cucuk perut bagai, sebab last jumpa hari tu doktor cakap kalau tak ovulasi kena cucuk, huhu..Then doktor tanya bila last bersama suami. Dah jawab, doktor cakap suh bersama lagi malam ini.
 
Alhamdulillah telur dah keluar daripada kantung, nampak kantung tu dah kecut. Endometrium pulak 8.0mm, 5 hari lepas 4.0 je. So doktor prescribe Duphaston kali ini, kena ambil starting 18.05.2014. Progynova plak just sambung je sampai habis pil tu.
 
Sekejap je, 10 minit aku selesai dan singgah farmasi untuk beli Duphaston.

Monday, May 12, 2014

Jumpa Doktor lagiiiii

Sabtu lepas 10 May aku pi jumpa DA di Pantai. Memang dah buat appointment untuk datang Sabtu. Ramai jugak orang. So aku sampai dah lewat skit, so no 11. Ermm.. standard la kalau aku dpt nombor, memang mcm tu :)
 
Sementara menunggu giliran, aku dan H lepak kat starbuck bawah tu. Pekena caramel macchiato dan chocolate tuxedo cake. Maklumla dah nak start diet atkin. So belasah la dulu segala kek bagai.
 
Dalam pukul 11 aku masuk bilik DA. seperti biasa buat TVS. Cycle kali ini hanya ada 1 telur sahaja di belah kiri. Endometrium nipis, 4.0 mm sahaja. So doktor prescribe progynova dan vitamin D untuk aku. Yang vitamin D sebab hari tu buat blood test untuk tengok vitamin D dalam badan. Doktor cakap tak cukup bagus. So sbb tu kena amik vitamin D. Vitamin D bagus untuk kesuburan. Disebabkan belum ovulate, so Dr suh aku baby dance selang sehari.
 
Aku tanyakan berkenaan cyst aku di sebelah kanan, alhamdulillah dah takde :), tapi doktor ada cakap, sekiranya telur tak keluar jugak, maybe kena buat ovary drilling. huhu. Nanti la aku fikirkan. Macam takut plak.
 
Berbanding dengan bulan lepas ada 2 telur di sebelah kanan dan kiri, bulan ini hanya 1 je, frust ke? Ermm tak jugak, sebab kali ini sebelum aku melangkah pergi hospital, aku dah set dalam kepala aku. Rezeki daripada Allah, kalau sampai masa nak bagi aku preggy, preggy la. Sebelum itu, aku hanya boleh berusaha dan berdoa sahaja.
 
Sebelum balik, singgah ke farmasi Pantai untuk membeli ubat :)

Friday, May 9, 2014

Tak perasan..

Semalam, H belikan durian. Yayyyy.. bestnya. The day before aku mengadu nak makan Durian cheese cake, so H tetiba rasa nak belikan durian untuk isteri dia yg demok ini :)

Lepas dinner, kami terus menyantap durian2 tersebut. Nikmat sungguh rasanya. Pastu tengok H makan beria. Ingat dulu2 dia ada cakap dia tak la suka sangat durian. Kalau ada makan, kalau takde tu, tak ada usaha pun nak carik. Berbeza dengan aku, kalau teringin, sanggup drive sesorang pi carik durian.
 
Itu la kami. Berbeza. Tapi semalam bila tengok dia makan beria. Aku bersuara :)
 
Me : Syg dulu cakap tak ska makan durian sangat kan. Tapi after kawin, bila kita makan durian, syg yang makan banyak.. :)
H : Dulu lain.. takde orang nak makan bersama, lepas kawin, tengok isteri suka makan, saya pun join la sekali. Bila berdua ni, lagi best makannya :)
 
Ermm.. betul la. Ada benda2 yang kita tak buat sebelum kawin, tapi bila dah kawin, siang malam bersama, kita akan cuba buat benda2 yang pasangan kita suka buat. Sama juga dengan pasangan kita. Aku tak perasan perkara2 macam ni. Bila difikir2, aku pun dah start memancing and even dah ada joran pancing sendiri.
 
So moral of the story, kita kena muhasabah diri selalu. Sekiranya boleh menggembirakan pasangan, cuba la berbuat demikian. Ganjaran besar daripada Allah kalau kita berbuat kebaikan kepada manusia lain. Tetiba nak berceramah jumaat lak.. :) sharing is caring.