Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, May 9, 2014

Tak perasan..

Semalam, H belikan durian. Yayyyy.. bestnya. The day before aku mengadu nak makan Durian cheese cake, so H tetiba rasa nak belikan durian untuk isteri dia yg demok ini :)

Lepas dinner, kami terus menyantap durian2 tersebut. Nikmat sungguh rasanya. Pastu tengok H makan beria. Ingat dulu2 dia ada cakap dia tak la suka sangat durian. Kalau ada makan, kalau takde tu, tak ada usaha pun nak carik. Berbeza dengan aku, kalau teringin, sanggup drive sesorang pi carik durian.
 
Itu la kami. Berbeza. Tapi semalam bila tengok dia makan beria. Aku bersuara :)
 
Me : Syg dulu cakap tak ska makan durian sangat kan. Tapi after kawin, bila kita makan durian, syg yang makan banyak.. :)
H : Dulu lain.. takde orang nak makan bersama, lepas kawin, tengok isteri suka makan, saya pun join la sekali. Bila berdua ni, lagi best makannya :)
 
Ermm.. betul la. Ada benda2 yang kita tak buat sebelum kawin, tapi bila dah kawin, siang malam bersama, kita akan cuba buat benda2 yang pasangan kita suka buat. Sama juga dengan pasangan kita. Aku tak perasan perkara2 macam ni. Bila difikir2, aku pun dah start memancing and even dah ada joran pancing sendiri.
 
So moral of the story, kita kena muhasabah diri selalu. Sekiranya boleh menggembirakan pasangan, cuba la berbuat demikian. Ganjaran besar daripada Allah kalau kita berbuat kebaikan kepada manusia lain. Tetiba nak berceramah jumaat lak.. :) sharing is caring.

No comments:

Post a Comment