Hampir seminggu selepas aku dan H balik beraya di kampung. Mood Raya still ada altho dah masuk kerja. :)
Sepanjang di kampung. Aku seperti biasa akan sedih skit, maklum sebab raya ini kami masih berdua. Tapi setakat mana aku nak bersedih. Benda yang di luar jangkauan aku. Zuriat ini adalah ketentuan Allah. So aku sebagai hamba yang kerdil ni, kena la terima segala yang telah ditentukanNya.
During Raya, masa visit one of the aunties, dengar la suara2 bertanya aku masih tak dikurniakan baby lagi ke? Mertua aku jawab senang je, mmg takde lagi. Doa2 kan la. Aku buat2 tak dengar je. Mertua aku actually ada bertanya kalau aku nak ikhtiar berurut dengan bidan kampung. Bila aku tanya H, H kata buat kat KL dulu. Nak balik kampung jauh sangat untuk treatment tu.
Dah suami aku cakap gitu. Aku ya kan je la kan.
Raya tahun ni, altho rasa sunyi, tapi aku rasa tak stress seperti sebelum ini. Maybe aku dah pasrah dan berserah segalanya kepada yang satu.
Berdoa tanpa henti untuk mendapat zuriat yang soleh dan solehah.. amin..
No comments:
Post a Comment