Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, March 21, 2014

Blood Test - PHKL

21.03.2014, Salam Jumaat. Hari ini pepagi aku dan H pergi Pantai Hospital. Previous visit dengan Dr Adilah, Dr dah bekalkan aku dengan Duphaston yang perlu diambil 10 hari. After habis ubat tu, period akan datang dalam tempoh menunggu seminggu. Aku berhenti makan duphaston pada 14.03.2014. Then period datang pada 19.03.2014( Rabu)
 
Doktor dah pesan untuk buat blood test again pada CD3 which is today la, Jumaat. So tadi da setel amik darah. Aku dan H awal datang sebab tanak ramai org. Pukul 7.20 dah sampai hospital. Kaunter bukak jam 8.30pg. So H breakfast kat kantin hospital. Aku tengok je la, sbb tak amik darah lagi. Start kul 12 semalam aku dah kena puasa.
 
8.30 aku terus pegi kaunter daftar dan ke Lab untuk blood test. Sekejap je. Then terus keluar dan balik office. Alhamdulillah selesai urusan hospital untuk hari ini. Next appointment kena jumpa Dr Adilah untuk consultation dan tengok result blood test aku pada CD13 which is 31.03.2014.
 
Malam ini aku akan mula amik clomid untuk 5 hari. Semoga dipermudahkan urusan dan sihat. Maklum aku terbaca kat blog2 TTC lain, ada yang mabuk teruk during taking clomid. Semoga aku tak alami effect sebegitu.

Ps : Happy sbb esok our 1st anniversary. Love u En Pijuemon. :)

Sunday, March 16, 2014

Berjangkit... nanti ada anak sendiri.

Semalam pergi majlis akikah anak buah belah H. So aku and H pergi after servis goldfish kat Taman Midah. Pukul 11 pagi dah sampai Wangsa Melawati. Then join sekali dengar marhaban and berendoi. Kemudian cukur jambul. Anak kepada adik H yang kahwin awal 2 bulan daripada kami. Rezeki mereka datang dulu, by now baby mereka dah berumur 4 bulan, kami masih berdua lagi. :)
 
Aku lepak ngan mak mertua aku. Dia datang dari Terengganu untuk majlis ini. Ye la, cucu kan. Kena la datang. During majlis tu, aku pegang la baby sapa tah kat situ. H pun sama2 dukung baby tu. Then aku dengar mak mertua aku sembang dengan seorang makcik ni. Tu dah setahun kahwin, kena la pegang2 baby tu, nanti leh jangkit. huhu. Jangkit ek? Rezeki tak datang lagi la mak... Kami dah usaha. Semua baby yang kami kenal dah pegang, tapi belum masa kami lagi. Mari la sama2 doa agar kami dikurniakan anak. :) Positif jirah... Kalau ada perancangan Allah untuk hadirkan cahaya mata, InsyaAllah akan datang nanti.
 
Kami akan usaha lebih lagi. Duphaston dah abis makan, hari ni hari kedua selepas aku amik pil tu, Dr kata dalam masa seminggu akan period dan aku akan amik clomid plak. So tunggu dulu.
 
Ya Allah hadirkanlah cahaya mata untuk kami. Amin...
 
With Fateh Haziq

Thursday, March 6, 2014

Appointment with my Gynea

Pertama kali nak masukkan entry bab me and usaha nak preggy ni. Bulan ni 22 March 2014 akan genap setahun usia perkahwinan aku. Until today takde tanda preggy. So aku sangat berharap untuk mendapat baby sebenarnya. Sama juga dengan suami aku. Both of us sangat mengharap kehadiran anak2 dalam rumahtangga kami. Selama setahun ni dah usaha tapi aku tak jumpa dengan gynea. Bila aku tanya doktor-doktor sebelum ini, diorang akan cakap usaha dulu secara biasa. Memang agak sukar sebab period aku yang ting tong tak ikut time ni.

Dari zaman sekolah period dah problem. Tapi tak layan sangat. Sebab mak aku pun sama je kekdahnya. period pain tu tak yah cakap la. Tahan je. So last month sembang dengan mak, then dia kata try la jumpa gynea. Sebab dulu dia pun jumpa gynea bila tak preggy. Maklum dia lagi hebat setahun tak period..rilek je. huhu. Tapi alhamdulillah dia berjaya dapatkan kami adik beradik ni. :)

Badan lain2 kan.. altho sama keturunan. So aku kena la usaha jugak. So bila google2 blog TTC lain aku tengok ramai yang recommend Dr Adilah Ahmat. Ermm then aku google2 lagi. Dia pun katanya akan bg nasihat islamik gitu. So aku cam tertarik. Then aku terus buat appointment dengan Ida, nurse Dr Adilah di Pantai Hospital KL.

So 4 March 2013 aku pergi. Husband temankan. tq !!. Berdebar2 sebelum jumpa doktor. Bila dah jumpa doktor altho sedih jugak, tapi rasa happy sebab aku dah start langkah pertama. Mula2 doktor tanya sejarah aku, then tanya jugak suami.. merokok..penyakit apa yang ada.. Then lepas tu aku kena scan untuk tengok keadaan ovari and rahim.

Sebelum tu doktor ada tanya pernah dengar tak pasal PCOS. Then aku jawab mmg tahu dan aku rasa diri aku mmg ada PCOS. Then masa scan doktor cakap kalau ada lebih 10 dot2 itam kat area ovari aku tu bermakna sah PCOS. Resultnya memang aku PCOS. Sad.

Then doktor bagi aku ubat dan ajar cara2 nak makan. Untuk first met ini aku dibekalkan Duphaston 10mg untuk 10 hari dan Clomid 50mg untuk 5 hari. Kemudian aku kena pergi test darah. Kali kedua nanti ialah bila CD3 period, kena lagi datang untuk test darah. Then jumpa doktor balik pada CD12 insyaAllah. Ya Allah lancarkan segala urusan ku ini.

Lupa nak cerita, masa aku tunggu doktor kat luar, aku sembang dengan seorang pesakit doktor ni jugak. Dia dapatkan rawatan daripada 2010. Dia ada anak umur 7 tahun tapi gagal nak dapat 2nd baby. Yang bestnya banyak jugak info dia cerita kat aku, perjalanan usaha yg dia dan suami lakukan. Then masa aku di farmasi menunggu ubat , aku jumpa dia lagi.

She's pregnant!!!.. Alhamdulillah.. Happy tengok dia. Hope aku pun ada rezeki nanti. InsyaAllah.

Thursday, January 2, 2014

Penurunan Kadar Kolestrol!! - Omega Guard Shaklee

Lamanya tak update diari maya ni. :) So hari ini feeling2 happy sebagai permulaan tahun baru 2014. Tajuk entry tu yang buat aku happy sebenarnya. Last few years.. aku sokmo2 takut dengan paras kolestrol aku. Tinggi sungguh. Dulu masa aku buat blood test.. resultnya.. mak aii.. 7.8 total cholestrol. Pastu sempat makan ubat 28 hari, pastu aku stop because ubat tu buat aku pening. Pastu tak buat pape.. buat2 lupa je pasal kolestrol, altho mak sokmo2 bising suh aku pi hospital amik ubat.
 
Bulan 10.2013, aku gagahkan diri buat blood test lagi. Kali ni bacaan kolestrol ialah 7.3. Ermm ada penurunan. Happy jugak altho sbnrnya itu masih tinggi dan tahap bahaya. Border ialah 5.2. banyak lagi tu. Pastu aku ckp ngan doktor nak cuba bersenam and jaga makan. Aku tanak amik ubat lagi. And doktor bagi aku masa selama 6 bulan. Nanti if still tinggi, aku kena jugak amik ubat. Next check is April 2014.
 
Doktor kata, penurunan ini disebabkan aku mula exercise. Lately ni mmg aku banyak bersenam, aku just bersenam kat umah dengan kinect xbox. Aku zumba je. 20 minit satu sesi.. biasa 3 kali seminggu. And jaga makan jugak. So aku akan cuba continue cara ini. Hope kolestrol turun lagi.
 
After aku check darah, aku terus amik Omega Guard daripada Shaklee, supplement ini katanya untuk perbaikkan kadar kolestrol. So bermula Nov, aku makan omega guard dan bersenam seperti biasa. Last week, aku try check cholestrol di CARING farmasi.
 
6.19!!! wahhh... ni turun banyak.. alhamdulillah.. bila tanya pada ahli farmasi tu, katanya bacaan itu 99% accurate. Ermm.. happy2.. So aku bertekad akan menyambung makan Omega Guard dan maintain bersenam. Harap2 dapat la turun lagi.
 
Now, aku dah mula promote Omega Guard pada kengkawan yang sama masalah ngan aku. Testimoni atas diri sendiri, rasa yakin nak promote pada orang lain.
 
Pada sesiapa yang rasa nak mencuba Omega Guard atau apa2 supplement shaklee yang lain, boleh la call Hazirah 019 6592900. Harga yang diberikan mmg harga ahli je. Share pada semua orang untuk kesihatan bersama :)

 
 

Thursday, September 12, 2013

William Restaurant, Setapak

Ok.. dah lama tak masuk entry makan2. Disebabkan aku tgh diet protin ni, so aku masak hari2 la kat umah. Dah ilang idea nak masak apa, and aku craving nak makan western. Sabtu malam, terus la ajak H pi William kat PJ. Sampai situ nak order platter. Tapi sbb tak ingat ari tu aku order apa.. so main pesan je la. Maklum kat sini x de menu. Sekali datang yg salah.. ermm.. tapi makan la jugak.
 
Nak dijadikan cerita, aku tak puas hati dengan kesilapan mengorder tu, aku request ngan H nak pegi William againnn.. hado? tgh diet2 tu.. huhu. H bagi idea pegi William kat Danau Kota, Setapak. Altho aku cam takut nak pi.. maklum la kot2 tak kena selera lagi kan. Tapi aku ikut je la. Then google jalan nak kesana. Area situ H tau, so senang la. Tak yah nak google beria.
 
So William kat Danau Kota ni senang je nak pi. Masuk ikut Columbia Hospital. Straight je.. and then dah nampak William belah kanan. William kat sebelah Dominos pizza. Terus masuk and aku teruja sebab sini ada menu. Leh la pilih betul2. Portion kat sini besar jugak tapi tak sebesar kat PJ. So aku order Premium chicken+beef+lamb... RM20 je. Terbaik. I loike. H pulak amik Lamb Chop RM20 jugak. Memang best la. Tak sempat amik pic di pertama kali pegi ni.
 
Tak abis lagi entry William Danau Kota ni, percaya ke tidak, esok malam tu kami pergi lagi..huhu.. Tapi kali ni bawak 2 org adik laki aku.. Judin n Fakhrul. Kami pergi selepas melawat anak kawan mak and ayah yang dimasukkan ke IJN. Kawan ayah tu merangkap jurunikah aku dan H hari tu. Memang family frens. Hope anak dia selamat dan sihat kembali.
 
Kali ini ke William, aku amik pic.. So kat bawah ni aku sempat la snap beberapa pic.

 
 

Nasi goreng ketam.. Atas tu ada soft shell crabs
 
 
Minuman kami.. Honey lemon, honey lemon with mints, chocolate avacado
 
 
Chicken parmesan... Best2..
 
 
Premium chicken.. Ok la.. Last visit amik premium chicken + lamb + beef lagi best..
 
 

Mix platter.. Yg ni lebih kurang dengan premium chicken+ lamb+beef.. Cuma ada tembahan ribs.

Ok .. Tu je la makanan kami malam tu... And the price sgt berpatutan...


Tuesday, September 3, 2013

X Box Kinect

Ok.. semangat nak bersenam berkobar2, niat di hati nak beli treadmill, tak beli2 jugak. Too expensive. So aku decide nak beli x box kinect ni. At least aku leh la menari ke.. men game yang interaktif yang boleh menggerakkan badan aku yg debab ini.
 
Hari Sabtu lepas, lepas makan2 kat open house umah adik H, aku ajak H pi Low Yatt. Niat dihati nak usha2 je dulu. Maklum tengah kering. So kami pergi la. Tengok2..tanya2.. fikir2..
 
Tadaaaa : X box Kinect telah ku beli. Fokus2, ini untuk benda baik. Untuk bersenam katanya. So termasuk semalam.. aku masih ber kinect. Bersenam dengan kinect ni pada aku fun. Tak bosan dan aku rasa happy. Dan yang paling best, bebas.. dalam umah sendiri kan.
 
Hari ini dah ilang skit lenguh2 di badan, maklum la, teruja .. last sabtu dpt kinect ni.. beria aku menari.. sudahnya badan sakit. Otot2 aku terkejut gamaknya. :)
 
So jangan putus asa Jirah.. terus kan diet dan jangan lupa bersenam. Gambatte!!!

Diet Atkin

Huhu.. dah lepas raya ni, banyak jemputan untuk ke rumah2 terbuka. Kenduri kawin pun ada. Aku pun semakin mengembang la..huhu. Tak boleh jadi ni, hari tu mak call sembang2 ckp dia jumpa kawan aku kat kg. Dia dah kurus. Terus aku buzz tanya. Katanya dia buat diet Atkin. Apakah? Maklum aku ni memang tak tahu langsung pasal diet Atkin ni. Then aku google la.. selain tu kawan aku ni dah add aku dalam group FB diet Atkin tu. Baca review2 kat dalam tu, tengok pic2 sebelum selepas.. huaaa.. mcm best nya.
 
Aku terus la google2 resepi. Apa yang boleh dan tak boleh makan. Then aku baca kena bersenam jugak. Tak boleh nak diet makan je. So persediaan aku nak mulakan diet ni, aku telah buat sedikit pelaburan.
 
1) Beli magic pan ( non stick pan.. senang nak bakar ayam,ikan and pape je la )
2) Kinect x box ( Yang ni konon2 leh bersenam secara interaktif)
 
Hari ni hari kedua aku diet atkin ni. Sbb takut dengan cabaran makanan.. so aku bermula dengan berpuasa. Bukak puasa aku makan dengan makanan2 yang dibenarkan dlm diet ini iaitu hanya protin. So far so good.
 
Berat hari pertama : 80kg
 
Hope dapatla penurunan berat badan aku ni. aminnn :)