Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, March 16, 2014

Berjangkit... nanti ada anak sendiri.

Semalam pergi majlis akikah anak buah belah H. So aku and H pergi after servis goldfish kat Taman Midah. Pukul 11 pagi dah sampai Wangsa Melawati. Then join sekali dengar marhaban and berendoi. Kemudian cukur jambul. Anak kepada adik H yang kahwin awal 2 bulan daripada kami. Rezeki mereka datang dulu, by now baby mereka dah berumur 4 bulan, kami masih berdua lagi. :)
 
Aku lepak ngan mak mertua aku. Dia datang dari Terengganu untuk majlis ini. Ye la, cucu kan. Kena la datang. During majlis tu, aku pegang la baby sapa tah kat situ. H pun sama2 dukung baby tu. Then aku dengar mak mertua aku sembang dengan seorang makcik ni. Tu dah setahun kahwin, kena la pegang2 baby tu, nanti leh jangkit. huhu. Jangkit ek? Rezeki tak datang lagi la mak... Kami dah usaha. Semua baby yang kami kenal dah pegang, tapi belum masa kami lagi. Mari la sama2 doa agar kami dikurniakan anak. :) Positif jirah... Kalau ada perancangan Allah untuk hadirkan cahaya mata, InsyaAllah akan datang nanti.
 
Kami akan usaha lebih lagi. Duphaston dah abis makan, hari ni hari kedua selepas aku amik pil tu, Dr kata dalam masa seminggu akan period dan aku akan amik clomid plak. So tunggu dulu.
 
Ya Allah hadirkanlah cahaya mata untuk kami. Amin...
 
With Fateh Haziq

No comments:

Post a Comment