Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 17, 2015

Kunjungan ke LPPKN - Kali ke 2

16.03.2015 - Ok, sambung cerita TTC di LPPKN. Seperti yang dimaklumkan oleh nurse masa lawatan pertama kami, Antara hari ke 2-5 period, kena dating bersama suami ke klinik untuk membuat ujian darah. So aku dan H pun pergi seperti ke sana. Untuk ambil darah ni, tak perlu pergi pagi. Sbb pagi2 kebiasaannya klinik sibuk. So belah petang ni tak ramai org sangat. Untuk ambik darah ni, tak perlu call untuk appointment, walk in dan ambil no je kat situ.
 
So aku org kedua smlm. So bila dipanggil oleh nurse, aku dan H terus ke bilik belakang untuk ambik darah. Seperti yang aku takut2 la.. memang aku ada history skit nak amik darah ni. Deep vein. Ermm.. so smlm ada 3 nurse yang mencuba. Last2 dapat la jugak, Alhamdulillah. H pulak yang kena cucuk 2 kali. Kiri dan kanan. Cucuk skali tak kuar darah.. :)
 
Sebelum aku datang sini, Jumaat lepas aku ada call hospital Tawakal untuk buat temujanji HSG. So yang tu tarikh appointment ialah 25.03.2015 jam 10 pagi. Kat LPPKN takde buat HSG, so mmg kena pergi kat hospital yang ada menyediakan perkhidmatan ini. Hospital Tawakal ni pun adalah cadangan daripada Doktor di LPPKN ini.
 
So smlm harga untuk cek darah ni ialah RM96. Kat sini bil RM100 baru boleh guna kad kredit.
 
Notes : Next appointment di LPPKN ialah pada 2 April. Aku kena datang untuk ujian darah lagi. H tak perlu. Hanya isteri sahaja.
 
 

No comments:

Post a Comment