Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, March 2, 2015

Kunjungan ke Klinik Kesuburan LPPKN - Kali pertama

27.02.2015, tarikh yang telah kami aturkan untuk ke LPPKN. Appointment kami pada pukul 8 pagi. So by 7.50 pagi aku dan H dan sampai ke sana.
 
Kami ke tingkat 6 untuk ke klinik. Selepas ambil nombor dan membuat pendaftaran so kami menunggu giliran untuk di panggil. Dimaklumkan kami tak akan jumpa doctor lagi, tapi akan ada sesi bersama nurse untuk temuduga dan pengujian yg tertentu.
 
So pada kali pertama ini, aku dan H di panggil secara berasingan untuk interview dan some background checks. Antara soalan ditanya berkenaan penyakit yang dihidapi, pernah buat rawatan kesuburan di tempat lain ke sebelum ini dan sejarah keluarga. Mula-mula H yang masuk bilik dan sementara aku pula di interview, H kena naik ke tingkat 7 untuk membuat sperm test.
 
Selepas H selesai, kami terus ke tingkat 2 iaitu café. Laporrrr.. :). Btw sila makan roti canai di sini. best .. hehe.
 
Selepas makan kami naik ke tingkat 6 untuk menunggu result sperm tadi. Lama juga menunggu, tapi takpe la. Kena la sabar kan. So dalam pukul 12 camtu result keluar dan aku dan H dipanggil untuk penerangan.
 
Result H ok, so lepas ni giliran aku untuk membuat ujian2 plokkk. Nurse memberi penerangan berkenaan next step yang aku perlu buat :
 
1) CD1, call hospital Tawakal untuk set appointment untuk buat HSG. Di LPPKN tiada perkhidmatan ini. Menurut nurse tu, biasanya CD9 akan buat test ni, tapi pape pun call dulu la nanti
2) CD2, aku dan H perlu ke LPPKN untuk buat blood test. Tak perlu call, walk in je. Nurse sarankan kami pergi waktu petang, sbb pagi biasanya ramai org.
3) So bila dah set ngan tawakal.. so pegi buat HSG pada tarikh yang ditetapkan, dimaklumkan result akan dapat dalam hari tersebut. Simpan filem dan result tu untuk bawa ke LPPKN nanti
4) CD21, aku perlu ke LPPKN untuk buat blood test sekali lagi. Jangan lupa bawa result HSG. Filem tu plak simpan dan bawak masa jumpa doctor nanti.
 
Bila nak jumpa doctor? Bila next cycle plak :). So sabar la ya. Usaha tangga kejayaan.
 
Sebelum balik kami buat pembayaran. Btw kat sini hanya bil melebihi RM100 boleh guna kad kredit ya. Nasib aku bawak cash :)
 
So untuk 1st visit ni. Harga nya RM90.

No comments:

Post a Comment