25.03.2015, Tarikh appointment untuk aku ke Hospital Tawakal untuk menjalani HSG xray. Sebelum ke sana, dah banyak aku baca blog2 ttc yang cerita pengalaman masing2 menjalani HSG ni. Ada yang cakap sakit , ada yang cakap biasa je. So pengalaman aku ni lebih kurang je la.
Appointment pukul 10pagi. Selepas register aku dan H pi makan dulu. lepas makan terus ke ruang menunggu dan dalam 5 minit, aku di panggil ke dalam. Nurse bagi penerangan skit berkenaan prosedur ini dan aku tandatangan surat persetujuan.
Aku baring kat atas tempat x ray, Sejuk je rasa. Nasib diorang bagi aku blanket sementara menunggu doctor datang. Then sebentar lepas tu Doktor Fatimah datang. Cantik walaupun telah berusia. And aku suka sebab dia lembut je cara cakap dan menjalankan prosedur tu.
Masa dia duk godek2 bawah sana.. rasa ngilu mcm period cramp tu. Huhu.. tak best. Tapi bertahan. Then kena buat dua kali, sbb uterus aku retrovert.. adoii.. sad to hear. Tapi pasrah. Ermm.. Then bila dye di masukkan, belah kanan ok, tapi nampaknya belah kiri mcm tak berapa memuaskan. Aku pun tak pasti sangat dengan result ni. Nanti la aku perlu Tanya pada dr di LPPKN.
So pukul 11 aku dah selesai membuat pembayaran dan bawak balik report dan jugak film x ray. Harga untuk xray, report dan film ini ialah RM190.
And sampai rumah aku terus naik amik lappy dan pi keje. Niat nak cuti tak jadi la. So end up aku amik half day leave je. Sayang cuti .. hehehe
Ya Allah permudahkan la urusan ku dan suami untuk mendapatkan cahayamata ini. Amin...
No comments:
Post a Comment