Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, May 5, 2016

Suntikan Gonal-F

Salam Khamis, :)
 
Semalam 4.05.2016, pukul 10mlm, aku mencuba ubat baru iaitu ubat cucuk kat perut plak. Doktor di LPPKN bekalkan clomid untuk makan dan ubat cucuk ni sebagai persediaan sebelum melakukan iui.
 
So sbb aku takut nak cucuk, jadi aku mintak tolong suamiku yang tersayang untuk cucuk. Aku ngeri lak nak pegang picagari tu, altho jarumnya halus je.
 
So aku bancuh siap2 ubatnya, dan kemudian sedia untuk dicucuk. Rupa peralatan cucuk adalah seperti di bawah :

Jarum yang halus

Jarum yg besar dan panjang ni tujuan untuk bancuh ubat dan sedut masuk balik dalam picagari tu.

Ini set lengkap Gonal-F, 1 jarum cucuk, 1 jarum bancuhan ubat, 1 ubat serbuk, Alcohol pad untuk sapu sebelum cucuk di perut.
H cucuk perut aku dengan keadaan tegak,kena 90 darjah. Jarak tempat nak cucuk tu dalam lingkugan 2 jari dari pusat, so boleh cucuk sekitar itu. Lepas jarum dah masuk, then masukkan ubat, selepas itu dalam kiraan 10 saat, baru keluarkan jarum.
 
Sakit ke tak? Ermm.. serius tak sakit. Pandai tul doctor H saya. Tq Hubby.. love u till Jannah.

No comments:

Post a Comment