Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 17, 2016

IUI pertama kali di LPPKN

Salam,

13 May 2016, pepagi pi ke LPPKN lagi. Nak kena ultrasound lagi, tengok camne keadaan telur2 ku. :) Matang ke, besar ke tak?

Berdebar2 dalam kereta. H bawak kereta aku asik dengan doa2. MIntak dipermudahkan.

7.34 sampai , aku terus naik ke tingkat 6. Nama aku dipanggil untuk ultrasound. Alhamdulillah, doctor H kata, boleh proceed untuk IUI pada Isnin depan (16.05.2016). Masa scan tadi, Dr kata telur di sebelah kanan ada 1 dan sebelah kiri ada 2 yang dah matang.

Lepas mendapat penerangan daripada doctor, aku tunggu untuk ambil ubat dan seterusnya kena belajar dengan nurse cara2 nak bancuh ubat baru plak.

So aku dapat bekalan ubat :

1) Ubat Pregnyl : Ubat ni perlu dicucuk pada 14.05.2016. Dr kata ubt ni bertindak untuk mengeluarkan telur2 yang matang nnti dan boleh la proses IUI dijalankan pada Isnin nanti. Ubat ini akan bertindak dalam 36 jam.
 
2) Duphaston : Ubat ini untuk kuatkan Rahim. So doctor pesan untuk makan bermula 20.05.2016 iaitu beberapa hari selepas IUI nanti.
 
Kos untuk lawatan kali ini ialah : RM140.70
 
16 May 2016, Aku dan H dah sampai di LPPKN pada pukul 7pagi. Kami mmg cadang nak dtg awal. So kami tunggu sampai 7.30 untuk klinik buka. Lepas daftar, H kena pergi ke tingkat 7 untuk keluarkan sperma. Aku tunggu je kat tingkat 6.
 
Selepas H selesai keluarkan sperma, kami breakfast dulu kat tingkat 2 sebelum ke tingkat 7 pada pukul 9pagi untuk IUI.
 
Jam 9 pagi aku dan H menunggu, sekejap je, aku dipanggil masuk ke bilik IUI. Kat situ ada 6 katil kalau aku tak silap, then ada langsir yang akan tutup antara katil2 tu. Aku orang pertama yang akan lakukan prosedur IUI pagi itu.
 
Naik atas katil dan tunggu doctor dating. Aku kena semak sperm yang akan dimasukkan. Mana tahu silap tag kan.. naya :). Kemudian doctor H melakukan IUI pada aku. Prosedur tak sakit, tapi perut aku cramp disebabkan ovulasi telah berlaku.
 
Sebelum keluar doctor bagitau dalam proses IUI tadi, 30juta sperma telah dimasukkan. Walaupun H kata tak banyak dia bagi tadi, tapi sebenarnya sudah mencukupi. Ya Allah... dalam 30 juta itu, harapnya ada perenang yang Berjaya dan tembusi telurku. Semoga ada rezeki kami untuk menimang zuriat kami sendiri.
 
Selepas proses IUI, aku diminta untuk baring dalam masa 20 minit.
 
Sebelum balik, nurse pesan, kalau ada masa, boleh la baby dancing selama 3 hari berturut2 kerana now tgh ovulasi. InsyaAllah.. Kami di beri MC. H keje, aku je rehat kat umah. Perut cramp.
 
Sekiranya pada 9 Jun 2016, period aku tak menjengah, so kena la ke LPPKN untuk test samada IUI Berjaya atau tidak. Ya Allah, mohon makbulkan doa kami untuk Berjaya mendapat zuriat kami ini. Aminnn.
 
Kos untuk hari ini ialah : RM350.00

1 comment:

  1. salam pn,
    harap2 puan dapat berita baik hasil rawatan iui baru2 ini.

    sy lily...sy pun dalam usaha untk buat iui jugak tp masih br peringkat 1. sy nak tanya masa sesi interview tu apa soalan yang ditanya nye? dan HSG buat kat tawakal tu doktor perempuan ke laki ye?
    terima kasih....

    ReplyDelete