Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 29, 2013

Puding roti bakar bersama sos kastard

Last week ada makan2 buka puasa with family H. So kami berbuka puasa di Kajang, umah kakak iparku. :) pk2 nak bawak apa.. Takkan nak pegi berlenggang mak limah je. So aku decide nak buat puding roti. Google2 jumpa la.. Tapi biasa la.. Aku ska alter resepi. So aku ubah skit2. Hasilnya not bad la,, eatable..

Bahan2
Untuk puding  ( bahan a )
7-8 keping roti
Butter untuk sapuan roti
*Fresh milk or full cream milk , mana2 yg suka la 450ml
*Gula 4 sudu besar
*Telur 2 biji
*1 sudu kecil Esen vanilla
*1 sudu Serbuk kayu manis 

Untuk sos kastard ( bahan b )
1 tin susu cair..ideal f&n ke.. Mana2 yg suka
1/4 tin air, guna tin susu tadi
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar gula

Cara2 :

Untuk bahan2 bertanda *, satukan. Pukul sebentar. X perlu guna mixer, just nk satukan bahan. Whisk sebentar sampai bersatu. Ketepikan sementara

Sapukan butter ke semua roti. Ala2 nak buat sandwich.
Potong roti kepada 4. 

Susun roti dlm acuan. Taburkan kismis sebanyak yg disukai. Kemudian curahkan bahan2 yg dipukul tadi. Kemudian ulang langkah yang sama sehingga habis kepingan roti. Lapisan paling atas.. Taburkan gula kasar untuk hiasan. 

Bakar selama 30 minit dalam suhu 160 darjah atau sehingga masak.

Untuk sos kastard pula,
Satukan semua bahan b. Kacau semua bahan agar tidak berketul. Setelah masak, tapis sebelum dihidangkan untuk mengelakkan ada ketulan tepung kastard yang tidak hancur.


So boleh la dimakan ketika panas atau sejuk. Gituuu.. So pic puding aku seperti dibawah :





Thursday, July 25, 2013

Buffet Ramadhan 2013

Tahun ni ada jugak buffet Ramadhan yang aku pergi. Maklumla.. time2 macam ni la semua makanan mcm semua bestttt.. maklum la puasa katanya. huhu.. so setakat hari ni aku pergi ke :
 
1) Buffet Ramadhan 2013 di TUPAI-TUPAI Restaurant
 
Aku pergi ke restoran ni bersama2 staf kat office. Kami buat gathering and sekaligus berbuka puasa bersama2 kat sini. Kat sini harga berpatutan la jugak dengan kemudahan surau yang ada. So kita makan pun bertenang la. Kat sini lauk2 melayu dan kuih2 melayu. Ada jugak ikan bakar dan jugak pasta.
 
Harga untuk dewasa ialah RM55 dan untuk budak pulak ialah RM25
 
2) Buffet Ramadhan 2013 di Kelab Komuniti Cyberjaya ( Bayou cafe )
 
Aku pergi 2 kali setakat ini. Kat sini pulak aku pegi dengan suami dan kawan2 aku. Kali kedua pulak dengan family aku.  Makanan kat sini pulak lebih kepada masakan arab dan melayu. Ada nasi beriayani, kambing bakar. Pasta pun ada jugak. Seleksi makanan.. ok la.. banyak jugak pilihan lauk.
 
Harga untuk dewasa ialah RM45nett
 

3)Buffet Ramadhan 2013 di Restoran Sultan Cyberjaya
 
Kat sini pulak aku pegi dengan family jugak. Fakhrul yang perkenalkan. Katanya dia dengar good review pasal restoran arab ni selain restoran saba di cyberjaya. so kami book tempat and pergi. Makanannya banyak jugak and pada aku, semua yang aku makan best.. ermmm... cuma semua berasas daging la.. standard la kalau masakan arab kan.
 
Harga untuk dewasa kat sini ialah RM25. and sangat berbaloi rasanya. Budak2 plak aku tak tya sbb kami tak bawak budak ari tu.. yang ada pun aqiff.. sah2 tak dikira lagi.
 
 
Tu je la citer2 buffet ramadhan kali ini.

Ramadhan 2013

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke 16 berpuasa. Lagu raya pun dah start berkumandang kat radio2. Aku plak, tahun ni berpuasa pertama kali sebagai isteri..gittew.. Perasaan? Happy semestinya. Tapi tanggungjawab lebih skit. Kalau puasa2 lepas, bersahur and berbuka puasa ikut tekak sendiri je. Kali ini dah ada suami, kena la disiplin skit. Bangun sebelum subuh nak masak sahur. Balik kerja nak masak lauk berbuka. Aku suka je masak. Tak prefer sangat dengan lauk2 kat Bazar Ramadhan, kecuali kuih2 manis. Beli kat bazar ok, tapi lauk, rasanya lagi suka masak.
 
Masak pulak tak la selalu sangat. Ada jugak yang berbuka puasa kat luar dan ada juga mak aku yang masak memandangkan mak and ayah banyak kali gak ada kat rumah. So aku tak masak la :)
 
Altho aku gembira dengan Ramadhan kali ini, tapi kat hati kecik aku ni, terasa kehilangan yang teramat. Tapi aku tahu semua itu ketentuan Ilahi. Menangis air mata darah pun, adik tersayang takkan ada kembali. Apa yang boleh aku buat ialah sedekahkan ayat2 suci Al quran untuk beliau. Perginya cukup sempurna. Dan aku redha. Al Fatihah buat adikku puteri lindungan bulan, Hanisah Muhd Shah.