Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, June 15, 2013

Penang 150613

Short trip ke Penang, aku ada meeting and dtg awal sehari untuk jenjalan. Dah lama teringin nak mkn nasi kandar kat Penang. Terus la tadi sampai je Penang terus ke Georgetown cari nasi kandar line clear, sesat skit nak sampai.. Tapi at last jumpa dulu. Makan beria.. Puas hati. 

Pas makan terus pi check in hotel. Kali ni aku book kat gurney hotel. Tepi pantai. Nasib ada kosong, last 2 days call semua hotel kat penang penuh manjang.. Nasib la dpt bilik ni. Altho mcm menyampah skit masa check in tadi.. Sistem diorang slow kot.. Penat berdiri nak check in. Huh. Tapi pape syukur sbb dah leh rehat ni.
                           

Sambil2 tgu time nak kuar mkn malam ni.. Aku merajinkan diri menulis blog ni. Tak tahu nak wat pape.. h tgh layan maharaja lawak yg lama.. Penat drive tadi..hehehe.. So aku layan je game2 kat i pad ni. Mlm ni tgu adik ipar aku dtg amik kat hotel. She stay at bayan lepas.. So leh la pi jenjalan tanpa gps.. Hehe.. Kalau tak, sesat je nak bertekak ngan H.. ;)

Ermm tetiba nak caramel ice blanded.. Eeeee... Turun bawah beli dulu. Tata

Thursday, June 13, 2013

Sakit badan

Huhu lately sakit2 badan la plak.. Lenguh tu tak yah ckp la. Kul 9 da sleepy.. Apa tah yang x kena ngan badan ni. Umur 32 tp mcm da 60 thn lagaknya. Kalau kata sakit, H sure cakap aku ngada2 n over..huhu..

Last month da mula amik supplement, konon nak kasi sihat skit. Tak tahu la berjaya ke tak, tapi ikhtiar kan bgs. So aku borong la supplement dr farmasi. Gitu citernya. Masuk bulan kedua ni, so far ok la, selain ngantuk tu still ada.. 

Stress pun ye jugak.. Sometime leh buat badan x sihat. Otak asik pk yg bukan2. So kena amalkan healthynlifestyle ni.. Elakkan stress. Supaya badan sihat gitu.

Dah hampir 3 bln kawin ni... Hari tu tetiba sentap ngan sorang auntie H ni, tgh ramai org, beria lak tya aku da pregnant ke belom. Huh..tahu le anak dia yg kawin saing ngan aku da preggy. Badan org lain lain makcik oii.. Tapi aku jawab ok je la depan dia..altho in reality dlm hati ni.. Mcm kena ramas jantung je rasa. X tau y aku over sensitive.. Tapi aku ttp ngan pertanyaan2 yg aku rasa kurang happy ni.

Sebelum kawin, org semua tya bila nak kawin.. Dah kawin ni, tanya bila nak anak lak..kalau anak leh buat sendiri.. Amik beli kat mall, telah and push.. Kan senang. So sblm tiba masa Allah nak bg.. Sabar je la.. 

Mood hari ni : stress.. Huhu

Wednesday, June 5, 2013

Mood pape tah....

Hari ni terlewat bangun. Mcm lipas kudung aku bersiap. Alhamdulillah sampai dengan selamatnya kat opis yg disayangi ini.. Sayang gittew... Aku mmg mcm ni kalau terlebih sleep.. Akan jadi mengarut. Smlm, pukul 8 da sleep. Nasib sempat masak spaghetti untuk dinner. Pukul 1130 H kejutkan utk solat isyak.. Pening. Rasa mcm tanak bangkit je.. Uiii banyak sungguh syaitan yg berbisik. 

Mood swing lagi.. Rasa mcm tak puas hati dengan semua benda. Ishk.. Penat sungguh mood gini. Sebulan sekali jadi gini.. Hormon2!!! Camne ntah. Mcm2 benda aku. Dalam hidup ni, bukan semua yang kita nak, kita akan dapat. Keep ingat mcm tu. anasir jahat yg berbisik kat telinga ni mmg merimaskan. Kena dekatkan diri pada Allah.. Kena belajar untuk bersyukur dengan apa yg aku dpt setakat hari ini. So that boleh tempis suara2 jahat tu. 

Bismillahirrahmanirrahim... ya Allah.. Berikan aku kekuatan dan kesabaran untuk menempuh hari2 mendatang. Kurniakan aku rezeki yg halal dan tabahkan hati aku dengan segala cubaan dan dugaan. Amin..

Ok.. Nak start keje!

Tuesday, June 4, 2013

I need house...

Semenjak dua menjak ni.. Asik termimpi nak stay umah landed.. Maklum la.. Kecik2 dulu kat kg, mana la tinggal kat umah tinggi ni. Actually ok je stay apartment.. Guarded, facilities like ada swimmimg pool and kedai all. Tapi yg tak berapa ska ialah parking lot. Setiap rumah ada satu parking, altho aku ada 2 parking.. But still x cukup.. Tamak gittew.. And yg tak best bil nak ajak tetamu datang umah. With limited parking ni.. Mcm malas nak invite org dtg.ermmm..gitu la citernya.

So aku duk usha2 umah2 yg baru nak bina.. Mak aiii.. Kalau x de 600k keatas.. Tak yah la berangan. Somemoreeeee jauhnya dari kl. dah la mahal bulan 2 nak byr rumah.. Nnti mahal nak bayar tol.. Minyak all.. Ishk.. Tutup la niat ku.

Balik kg hari tu, duk sembang2 ngan biras.. Katanya try tgk rumah lama yg org nak jual. Ermm.. Betul jugak tu.. Usha2 lagi.. Mahal la jugak.. Tapi ada la yg dalam bajet. And lokasi pun x la jauh sangat. Berangan2... InsyaAllah ada rezeki can get. Hopefully dpt ler aku landed house. Aminnnn...

Kena usaha carik lagi. Bukan senang nak dpt umah kat kl ni. Yang aku nampak sekarang ni.. Mintak keje area kg la.. Build my dream house kat kampung.. Erkk.. Punya la nak umah landed.. Sanggup nak carik keje kat kg gittew.. But seriously.. I need house!!! 

Anyway aku bersyukur dengan umah skrg.. Just i need some space.. And laman..and tanah.. And ... Bla..bla yg best tentang umah landed.

Ok la.. Tu je entry hari ni.. Motip??.. I need house lerrr.. ;)

Wednesday, May 29, 2013

Dinner @ Cerana restaurant

Semalam aku dinner kat luar lagi.. Altho niat tanak makan beria..huhu. Tapi sbb malas nak masak, aku pi dinner luar jugak la. Mula2 ingat nak lepak jamil je, jamil ni kedai makan kat cheras jugak. And aku ska sbb mee hoon goreng singapore kat situ. Then H bagi cadangan, nak makan kat Cerana. Aku tak penah sampai sini. Just dengar je dari H pasal Cerana ni. So semalam sampai la aku kat sini.

Masuk je dalam restoran ni, mcm x sangka je, ada fountain all, siap ada org nyanyi2 gittew. So kami amik tempat selamat, bawah bumbung, mana la tau kot2 ujan lak kan. Smlm tak ramai org, maybe weekdays.

Sampai je menu, terus la study menu. Mula2 tanak nasi, tapi sbb terpandangkan ada asam pedas, so aku tukar fikiran. Nasi lagi lerrr smlm.. And aku sangat hepi dengan rasa asam pedas tu.. Best2. So aku leh recommend la kalau ada org nak makan situ. Sayur campur, biasa je. Semalam kami amik ayam cashewnut, tapi sbb ada asam pedas, ayam cashewnut tu tenggelam. X abis pun, kami tapau je. Hidangan besar, so kalau makan 4 org pun ok.

Masa makan takde nyamuk.. Dah sudah makan.. Banyak lak nyamuk.. Soooo kami terus la balik. And sleep dalam kekenyangan.. Erkkkkk

Thursday, May 16, 2013

Lai chi kang - home made

Semenjak dua menjak ni.. Panas sungguh. Nak sleep pun susah memalam.. Nak2 bilik aku mengadap matahari petang..huhu... Memang gelisah nak tido.

2 hari lepas keluar jalan2 cari lai chi kang, konon nak sejukkan badan. Satu kl pusing2 cari, end up kecewa, kedai yg kami pegi tak de plak lai chi kang.

Esoknya balik keje terus singgah Giant and beli bahan2 nak buat lai chi kang. Gigih gittew. Takpe, sanggup. Usha2 resepi dlm blog2 org. Then yakin la nak buat. Antara bahan2 yang aku dpt kat giant ialah :

1) buah kembang semangkuk ( kena rendam 24 jam )
2) dried longan
3) red dates
4) gula kundur
5) gula melaka
6) gula batu tebu (mcm gula batu biasa, just color dia brown skit)
7) barli ( direbus dulu )

Then smlm, aku pun mulakan la misi mereneh lai chi kang. Senang je nak buat.

1) isikan air sebanyak yang kita nak ke dlm periuk, masukkan gula batu tebu, gula melaka. Secukup manis la.
2) masukkan dried longan, red dates. Masak sekejap then masukkan buah kembang semangkuk, gula kundur dan barli.

Then dah boleh minum... Aku ska minum suam2. H seperti biasa la, kena ada ais. So aku buat manis skit, so that bila nak minum, aku just tambah air masak bg kurang manis, and kalau yang ska letak ais, bila tambah ais, rasa da sedang elok dan sedia diminum.. Slurppp..

Note : sepatutnya kena letak daun pandan, kasi wangi skit, tapi semalam aku lupa nak beli. So tak letak la. And satu yg tertinggal, white fungus. Next time kalau nak buat, aku nak letak yang tu..baru lagi lengkap lai chi kang. Kat bawah ni lai chi kang in progress.. ;)

Lai Chi Kang dalam proses

Wednesday, May 15, 2013

Sharing is Caring

Now dah nak masuk 2 bulan aku jadi isteri. Ayat tak leh blah. So far so good. Ermm sebenarnya better daripada dulu. Now ada teman nak bercakap, teman nak bergaduh (gaduh2 manja katanya) pendek kata dah tak seorang lagi la.
 
Mula2 memang la rasa pelik, nak kena share banyak benda, tapi perlahan2, sharing is better.. sharing is caring.. :) Dulu before kawin, H kata tak yah la rajin sangat nak masak. Weekend ok la masak. Weekdays makan je la pape yg beli kat kedai. Tapi sekarang, aku lebih ska masak. Dulu punya malas, altho masak tak la meriah dan best pun. Tapi aku happy kot.
 
Sebab aku takut nak masak dulu ialah sbb takut berat badan naik.. and terbukti la.. now berat dah naik.huhu.. takut la jugak. Tapi kena la perlahan2 start jaga makan balik. Dah citer pasal masak, skrg ni aku menyampah skit sbb aku cepat ngantuk.. pukul 9pm dah start ngantuk.. apa kes la .. huhu.. kadang2 tengah sembang, tengah tengok tv citer yang aku ska.. tetiba je zzzzzz...
 
Maybe sbb aku dah lama tak bersenam.. asyik makan je. InsyaAllah akan cuba bersenam la.. nak swimming, tapi kolam asik tutup je.. hangin....
 
Ohh lupa.. konon2 aku ni asyik melepek je.. so aku pi beli supplement untuk bg cergas skit. Untuk permulaan aku just amik Fish oil, Zinc dan Acid Folic. Harap2nya ada la perubahan skit.