Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, February 1, 2013

Short trip : Singapore 1 Februari 2013

Yoohooo... Singapore again. Setiap kali masuk Singapore, aku akan kata, tanak la dtg lagi.. X tahu nak buat apa pun kat sini. Tapi dalam tanak2 tu, kali ni masuk kali ke3. Last year dtg dengan Arina pi USS. Kali ni dtg sbb ayah mmg dah lama ajak pi sini. Ayah nak jalan2 kat Arab Street. So hari ni kebetulan cuti hari wilayah, so sampai la kami disini. Gerak awal2 dari kl tadi sbb nak kena sampai awal. Y nk sampai awal, sbb nak hantar judin n tirah pi USS. Aku dah beli tiket siap2 untuk diorang kat travel agency Bank Rakyat. Hotel pulak, dah tanya kak mahani, katanya Landmark Village Hotel kat Victoria Street ni best sbb dekat dengn Arab Street dan senang nak cari kedai makan. And betul, aku dah check in dan hotel ni dekat dengan Arab Street dan juga dekat dengan Masjid Sultan.

Ini pertama kali aku drive nak masuk Singapore, before just naik bas. Kami masuk melalui Tg Pelepas. Cuak la jugak, maklum kali pertama. Tapi dengan bantuan gps. Kalau takde gps, idok la aku berani nak drive sini. Jangankan Singapore, dlm Malaysia yg aku tak tahu pun aku x berani nak drive.. so thanks to gps la..

Not so bad la, mula2 kat kastam malaysia, just tunjuk passport je, them bila sampai kastam singapore, ada borang yg kena isi, kitorang isi dlm kereta je. Selesai urusan passport, pemeriksaan kereta, dan seterusnya kena stop and isi borang nak apply auto pass. Kad ini di tag kan dengan plat kereta kita, so bila lalu kat erp, akan deduct from this card. Kad ni jugak boleh digunakan untuk parking. Bayaran 10 dollar untuk kad itu, harga kad ialah 6 dollar dan baki duit dlm kad ialah 4 dollar. Untuk top up kad ini, boleh di buat di 7 eleven.

Pukul 7 ptg gerak amik judin n tirah di uss. Jalan nampak sesak, tapi moving..so ok je la. Alhamdulillah selamat sampai hotel.. Mlm plak mkn je area hotel. Malas nak drive. Huhu.. X sabar nak balik umah. ;)

Judin gigih mengisi borang nak dapatkan auto pass card. With Tirah


Masjid Sultan


Ayah bergambar berlatarbelakangkan  Restoran Zam Zam yang kitorang makan beriani dan murtabak. Best.


Ni la rupa murtabak ayam yang aku order. Ni yang paling small, SGD 6


Mak and ayah kat Arab Street


Ni la auto pass, expired 2019.

Friday, January 25, 2013

Doorgift- Bahulu Pecah 8

Supplier bahulu pecah 8 dah email draft kotak bahulu. Aku setuju je dengan design tu. H yang nak color dark grey. Aku setuju je sbb ok la. Not bad and sama theme ngan baju reception kami pun. Design mcm kat bawah ni. Kena bank in another amount then baru leh print kotak. So last week da bank in and setuju dengan design di bawah ni.



Wedding card

Hari tu aku survey kad kahwin kat pameran pengantin di sacc shah alam. Bajet untuk kad mmg aku berkira sikit. Kalau boleh nak yang palinggggg murah. So dapatla yang berpatutan and within budget allocation utk kad kahwin. Yay..

Kedai kad ni kat Pertama Complex. Banyak je pakej yg ditawarkan. Menarik, tapi aku x perlukan any doorgift box sbb dah beli siap2. Kebanyakan pakej yg ditawarkan akan diberikan sekali kotak doorgift. Juga dengan vip card hard cover. Disebabkan aku tak perlukan kad yg berkulit keras itu, so aku maintain ngan bajet aku. Aku tempah seribu kad dan kad utk 2 pihak.

Tadi aku da reply email kedai ni.. Diorang da submit 1st draft, tapi utk inlay ada pembetulan. Utk cover, just nice, no typo error or silap mana2. Kat bawah ialah design kad aku. Simple n ekonomi.. ;)

Cover Kad

Bunting

Inlay
So tadi da email untuk maklumkan takde kesalahan dah.. boleh print dan 2 minggu lagi collect kad. Settle.

Monday, January 21, 2013

Baju Pengantin

Baju pengantin aku dan H da siap. Semalam pegi fitting and alter apa yg patut di butik D Zihni bangi. Overall aku ok la dengan baju2 tu walaupun untuk recep tu.. Mcm ralat je. Suppose aku kena buat singkat kot sbb kain pun ada patching lace. So bila pakai tu, baju tu cam sarat skit. Tapi sbb aku ni jenis tak nak banyak sangat ubah2 walaupun banyak lagi masa kalau nak alter, aku decide nak maintain aje mcm tu.

Baju H pun ada yg kena alter. Minor je la, sbb kat leher sengkak. So dah ubah button, boleh la pakai. Itu pun baju recep.. Ermmm tgh pk2 lagi samada nak tukar baju recep dengan majlis akad nikah. And baju2 smlm pun mcm ketat skit, sbb aku makan tak hingat sebulan ni..huhu.. Org nak kawin makan jaga.. Tapi aku ni.. Lagi menjadi2..

Dah letak baju dlm wardrobe ni.. Aku kena la jadikan semangat nak kurangakan berat.. Katanya.. Huuhu.. Semoga bejaya la.. Kalau tanak malu pakai baju ketat2. Semua baju aku tempah sbb badan aku yg kuwusss ni..huhu..

Kat bawah ni aku snap pic baju yang aku tempah tu..



Baju recep or akad ( x decide lagi )


Baju Majlis at H's house


Baju akad yg sepatutnya :)


Grey for H


Baju Majlis Bertandang


Baju nikah

Sunday, December 30, 2012

Pameran Pengantin di SACC Shah Alam.

Balik daripada spa dan mid valley, aku just baring2, tetiba sangap lak.. ermm apa aku nak buat ni. Memang berniat nak pi pameran pengantin nak tgk promosi2 apa yg menarik disana. Tapi lepas balik spa tu, cam malas lak. Tapi guling2 bermalas di umah lagi buat aku boring. Sudahnya aku pegi jugak SACC tu nak cari kad kahwin.

Sampai kat situ, aku just aim kat booth2 kad kahwin je. Photography, doorgift, catering banyak je, tapi tak applicable pada aku yg dah siap semua tu. Ada la beberapa booth kad kahwin disitu, ada la aku berkenan dengan design dan harga, tapi sbb H takde bersama, aku ingat hold la dulu. Hope esok dia nak pi sini. Kalau tak, pakai tak tempah lagi ler..

Aku berkenan design yg simple je. Tapi yg simple2 pun mahal. huhu.. Niat di hati tak nak spend banyak on wedding cards ni sbb org buang je pun kad ni nanti.

Note : Semua booth kad kahwin sediakan harga pakej yang menarik, cuma aku tak nak pakej kalau boleh, sbb semua dah ada, cuma kad je yang takde lagi. So buat apa membazir nak beli kad yg dtg dengan pakej. Pada bakal2 pengantin yang tak sempat beli doorgift, nak pakai box untuk isikan doorgift, boleh la pi pameran mcm ni. Kalau tak silap aku next week lak ada pameran pengantin mcm ni jugak, tapi di Setia City, Klang.

Mata da ngantuk.. sleep dulu.. esok banyak lagi aktiviti aku ni. Hope H nak pi Shah Alam..

Manjakan diri di The Bunga Spa, Setiawangsa

Hari ni aku pegi spa di setiawangsa. Arina dah book kan tempat untuk kami memanjakan diri kat situ. Pukul 10am sampai kat situ. Kami book pakej dlm promosi, Pakej chocolate gitew. Pakej ni termasuk :
  1. Foot bath
  2. Sauna Herba
  3. Body Massage
  4. Lulur chocolate
  5. Normal Facial
Semua ni dapat dengan harga RM170, katanya harga asal dlm RM260. So pukul 2.30ptg baru selesai. Agak lama la kami duk situ. Daripada staff situ makan pagi, kitorang nak balik, dia da nak makan tengahari lak. overall treatment badan kat situ aku berpuas hati. Untuk facial pulak, normal facial ni, aku rasa biasa-biasa saja.

Staff yang mengurut kami tadi pun friendly la.

Monday, December 24, 2012

Prosedur Ujian Saringan HIV untuk Bakal Pengantin

24.12.12 - Alang2 kat kampung ni, aku decide nak pi buat ujian HIV ni. Kalau kat KL, nanti nak kena cuti bagai, so berniat nak settle alang2 H pun balik kampung jugak.

Aku dah call Klinik Kesihatan Kerteh dan dimaklumkan ujian boleh dilakukan pada 2-3pm. So aku pi dengan H awal skit. Lunch dulu kat MC D dengan Athirah. Memang dah janji dengan Thirah nak lunch sama2 sbb lepas tu nak pi tempah kek.

Settle tempah kek, aku dan H pergi ke Klinik Kesihatan Kerteh. Huhu.. sedih nya, cannot do the test coz we did not bring the form from Pejabat Agama. Judin kata takde form, so aku gamble je la pi. Maybe prosedur dah berubah in 2 months kot. So aku dah stress. Ingat nak settle jugak by today. Kesian jugak dengan H yang sakit gigi tu.. da drive jauh2 tapi tak dapat settle.

Jam dah pukul 3pm, decide nak amik form kat Pejabat Agama Daerah Dungun. Alang2 dah tak leh buat ujian HIV tu. 3.20pm sampai Pejabat Agama, aku terus beli borang. 2 set dengan harga RM2. Dapat penerangan daripada pegawai di Pejabat Agama sedikit sebanyak. Now kat tangan aku ada borang untuk buat HIV test tu. Aku ajak H pegi ke Klinik Kesihatan Kuala Dungun. Gamble je, mana tau still boleh buat ujian tu. 

Alhamdulillah, sampai ke klinik, tengok jadual kat situ, ujian boleh dilakukan sampai pukul 5. Allah membukakan jalan untuk kami. Pukul 5pm, selesai urusan kami. Yayyy... Ujian HIV dan talassemia dah settle. Alhamulillah....

Note : Tengah tunggu kat klinik tu, H suh baca satu quote kat dinding klinik. SENYUM ITU PENAWAR... and terus aku leh senyum meleret. Stress ilang.. :)