Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 10, 2012

Shopping @ Jakel Shah Alam

Sabtu lepas aku heret my bestfren ke Jakel. Nak kena carik baju nikah. Bila kira2, aku tak beli lagi kain untuk nikah. Disebabkan aku ni bersaiz yg sangat comel, so aku nak kena tempah semua baju.huhu. hazab la skit, tapi sbb bila pk2 balik, ni untuk majlis perkahwinan.. aku sanggup la mengeluarkan duit skit untuk baju2 ni semua. Kalau ikutkan, aku dah banyak berjimat la, tapi bila kira2 balik.. mahal wei beli baju nikah ni.

Aku berkenan dengan chiffon beaded, kainnya best giler, design lak, simple giler sbb aku pk, pasni aku nak pakai lagi, so tak leh la beli yg over. Disebabkan Jakel tengah sale ni, so aku dapatla beli kain dengan harga yang berpatutan, altho aku rasa cam mahal, tapi aku pejamkan mata je la. Demi kain2 yang aku berkenan. Semalam bila duk kira2, total baju aku dan baju en tunang, plus ngan tempah2, dlm RM3000. Maybe aku tak nampak sangat sbb beli secara berperingkat. Untuk baju reception kedua2 belah pihak, kami dah beli untuk dijadikan hantaran tunang. So bila nak tempah baju, aku hanya tambah lace untuk baju aku, dan beli baju nikah untuk aku dan J.

So untuk tempahan pulak, tunggu la gaji bulan 1 or 2. hehe.. hazab la jugak, tapi kena la sacrifice skit. pasni kena control makan, sbb takut baju tak muat.. huhu

Sesapa yang bajet nan hado cam aku ni yang bercadang nak buat baju nikah,reception.. better beli secara berperingkat, so tak la nampak beban sangat.

Same goes to beli barang hantaran, pun beli secara berperingkat, tak la menggeletar sangat masa nak membayar nanti. :)

My Wedding Checklist

Setelah dibincangkan, kami sepakat nak buat majlis perkahwinan ini pada :

Majlis Nikah & Kenduri dirumah aku : 22.03.2013 ( Jumaat )
Majlis di rumah H : 23.03.2013 ( Sabtu )

Pada mulanya kami nak 15.03.2013, ini sebab aku dah silap tengok jadual. I thot masa tu cuti sekolah, sekali tahun 2013, cuti sekolah dilewatkan ke hujung2 bulan 3. Apa lagi, aku terus menggelupur call Jurunikah, Catering dan pelamin untuk tukar tarikh.

Setiap tempat aku buat checklist, tapi asik lupa mana aku letak buku. So now aku nak update kat blog ni. Selagi aku ingat password aku, selagi tu aku leh guna blog ni :)

1) Prosedur
  • 1) Jurunikah : Telah maklumkan pada Ustaz tarikh yang ditetapkan : Done
  •  Urusan di pejabat agama : Borang nikah dah amik 24.12.12. : Done
  • 3) HIV test : Done (24.12.12)

2) Catering
  • Telah hubungi dan maklumkan tarikh kepada Kak Ju Catering , cuma perlu berjumpa untuk perbincangan lanjut.
  • Masakan pengantin : Telah hubungi Kak Wa ( Cousin ) Untuk lead masak pengantin.Menu telah di pilih - Done

3) Pelamin + Aksesori
  • Telah hubungi dan maklumkan tarikh kepada Kak Yati pelamin- Done

4) Baju

  • For her
Baju Nikah : Chiffon Beaded (creme ) : Done
Baju Reception (Belah lelaki ) : Lace (Peach) : Done
Baju Reception (Belah perempuan ) : Lace (Grey) : Done

  • For him
Baju Nikah : Creme : Done
Baju reception ( Belah lelaki ) : Peach : Done
Baju reception (Belah perempuan) :  (Grey) : Done


Tempahan di :  D Zihni boutique Bangi  pada
Baju nikah  & reception perempuan(8.12.2012) - 2 pasang : Done
Baju nikah & reception lelaki & perempuan (16.12.2012)- 4 pasang : Done
Note : Baju Recep,akad dan bertandang (L&P) diambil pada 19.01.2013

( Veil untuk grey dan dusty pink tak siap lagi )- Done



5) Kad Kahwin
  • 1000 kad - Tempah di My One Card ( Pertama Complex, dapat info dr Pameran Pengantin di SACC Shah Alam) - 30.12.2012 : Done
  • Deposit : RM100 - Done

6) Doorgift
  • Bahulu pecah 8 (Kotak)
Tempahan sebanyak 1000 kotak. Supplier akan hantar terus ke Dungun, dijangka sampai pada pagi Khamis 21.03.2013

Deposit untuk booking date : RM100 (Done)
Bayaran pertengahan RM1000(12.01.2013) : (Done)
Bayaran Akhir : Setelah bahulu sampai ke Dungun : Pending


  • Gelas Ikea + Paper Bag : Done
D.I.Y untuk 200 unit

Perancangan :
Gelas Ikea : Pending
Paper Bag : Done
Towel Cup Cake : Done
Kerepek : Done

7) Bunga Pahar
Bunga pahar = 100 kuntum : Done

8) Hantaran
  • For him : Menggunakan bakul dan hiasan bunga sebanyak 11 dulang : Pending
    • Shoe : Done
    • Wallet & Belt : Done
    • Perfume : Done
    • Watch : Done
    • Shirt & Pants : Done
    • Gadget : Done
  • For her (Barangan )
    • Handbag : Done
    • Perfume : Done
    • Shoe : Done 
    • Watch : Done
9 ) Kek
  • Hantaran : Kek bulat fondant - Done
  • Acara potong kek : Kek Fondant 2 tingkat - Done 
10) Hiasan Bilik Tidur
  • Langsir - Done
  • Bedsheet -Done
11) Pakaian Ahli Keluarga (Blue & Maroon)
  • Lelaki (x3) - Done
  • Perempuan (x2) - Done
    • Mak - Done 

Majlis Pertunangan 27.10.2012

Hari ini telah hampir 2 bulan aku menjadi tunangan J. Alhamdulillah, cinta yang aku tunggu selama ini hadir dan semakin hari hati aku kuat bersamanya. Tq sbb sudi menunggu dan bersabar dengan aku. Majlis pertunangan yang berlangsung pada 27.10.2012 (Hari Raya Qurban yang ke 2 )sungguh bermakna. Dengan kehadiran semua saudara dan rakan2.. buat aku gembira. Walaupun Puteri Lindungan Bulan tiada disisi, tapi aku tahu, dia gembira untuk aku.

Sememangnya aku gembira dengan majlis pertunangan ini. Im engaged!!

Note : J dah tukar status di FB (Engaged), aku ikut sama tukar untuk sama2 dengan en.tunang ku :)

Pemergian Permata Hati Keluargaku

Lamanya aku tak update blog. Berkurun kot. Banyak sangat yang berlaku. Keluarga aku ditimpa musibah. Adik tersayang telah pergi meninggalkan kami buat selamanya. Aku kalau boleh tanak ingat perkara ini. Tapi mati itu pasti, setiap yang hidup akan merasai mati. Tiada ubat yang boleh elakkan kematian. Semoga roh arwah adikku bersemadi dengan aman. Semoga beliau ditempatkan ditempat muslimah yang solehah..amin.. Alfatihah untuk adik. Kenangan bersama adik takkan dilupakan sampai bila2..

Adik akan sentiasa menjadi Puteri Lindungan Bulan kami..

Monday, August 27, 2012

New me

Salam Aidilfitri.. pejam celik dah abis cuti raya aku ni and now aku dah masuk opis. Lama sungguh tak datang and lost nak buat apa ni. end up aku rasa nak coretkan citer2 aku ni kat sini. Maklum lama sungguh tak update blog ini. 

Last Thursday, adik aku dah sah menjadi suami orang. :) dan aku pula? berjangkit la jugak. Lelaki yang mak aku kenalkan dulu, J. Aku dah buat keputusan untuk terima dia. Bukan paksaan, tapi bila dah banyak kali meluangkan masa bersama dia, aku rasa selesa dan tak salah untuk aku cuba. Hidup ini macam perjudian pun ye. Apa yang kita buat,pilih pada hari ini, akan datang kemungkinan akan jadi yang baik or maybe jadi yg tak baik. Tapi apa yang berlaku samada baik or not, semuanya ada hikmah disebaliknya.

So masa majlis adik, mak dan kakak dia dah jumpa aku, and aku rasa they are nice ppls.. :). Aku pulak terasa seperti diterima baik oleh mereka, sama macam mak n ayah or family aku terima J. Hope segalanya akan jadi baik selepas ini.

My ex bf pulak, sampai skrg masih mengharapkan aku. Tapi aku langsung tidak menipu Z dan J. Kedua2 aku cerita benda yang betul. Z kena terima kenyataan yang aku akan jadi milik orang lain selepas ini. J pula aku ceritakan bukan untuk memburukkan keadaan, tapi untuk cuba menjadi org yang jujur. And alhamdulillah dia matang untuk terima semuanya. 

So now aku kena start fikirkan tema dan majlis yang bakal berlangsung pada Hari Raya Qurban nanti. InsyaAllah aku akan bertunang dengan J. Semoga segalanya akan berjalan lancar. Amin.. :)

Wednesday, April 11, 2012

Update blog

Emm.. today ph. so cuti pertabalan agong. Aku bangun lambat. Bermalas2 on my bed is the best thing to do. plus pagi tadi heavy rain plak. Seronok berguling2 dalam selimut.


Semalam aku keluar lagi makan dengan J(Guy yg mak aku kenalkan). I need to know him better. So everytime dia ajak aku keluar. I'll go. So smlm we makan2 and chit chat. I told him bout my dark side of me. Aku ni garang, tak baik and rebellious. So dia kata dia the other way. Perangai sangat berbeza. Kids like him so much. Aku? ermmmm nope...


So lps makan, he hantar aku ke kereta. say bye2 and i drove. Phone ringing. Z call. Asking me y im so quiet and didnt reply his sms. So i said i tak larat coz demam. But really, pagi tu im so sick. Tak larat. And i think i need to make a move.


Today, he did not texting and call me pun. So biar la. Malas nak pk. Orang kata kalau jodoh tu ada, tak kemana. Aku serah segalanya kepada Allah. Hanya Dia yang maha mengetahui.

Tuesday, March 20, 2012

Sangap

Erm.. now sambil2 tgu citer fav kat tv, terasa nak write something. Apa ye.. ermm pasal my bf? ishk dia tu .. lembab. Just now i baru balik drpd dinner with my new friend. Guy. Mak kenalkan. Adik kawan dia. Orangnya ok2 je.. nampak baik. Tapi aku tak ska bau rokok tu.huhu. Macam2 la aku ni kan.