Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 9, 2019

Monthly Check Up DHA

28.06.2019 - Pagi-pagi kami dah sampai ke Klinik DH. Check up kali ni seperti biasa, scan baby dulu dan seterusnya jumpa doctor.

Usia kandungan ialah 12 minggu. Gambar yang atas tu yg bulan lepas. Gambar baru yang bawah tu.
Doktor seperti biasa nasihatkan cara pemakanan aku kena betul dan jaga kesihatan. Doktor memaklumkan aku akan melahirkan anak secara pembedahan dan minta aku untuk memilih Hospital. Walaupun tarikh asal untuk baby lahir around Januari, tetapi dengan option czer, tarikh di awalkan 2 minggu bermakna, End Dec aku akan lahirkan baby kami :)

Doktor masih bertanyakan supplement yang aku ambil, cuma aku perlu tambah calcium sbb aku tak amik lagi calcium tu. Folic acid pulak aku dah stop dan doctor suh aku ambil obimin saja. Dalam tu dah ada acid folic katanya.

Setakat ini perjumpaan. Jumpa doctor sebulan lagi pulak.

Ya Allah semoga dilindungi kandunganku, semoga anak yang bakal lahir sempurna sifatnya, sihat walafiat dan menjadi anak yg soleh/solehah. Amin

Thursday, May 30, 2019

Appointment DHA

27.05.2019 : Sesi Temujanji dengan DHA

Alhamdulillah, doc ucap tahniah pada kami. Sesi sebentar itu kami manfaatkan dengan pertanyaan-pertanyaan berkenaan kehamilan ini.

Scan kedua baby. Hari ini dah 7 minggu 2 hari


Doc sarankan untuk aku berhati-hati dan menjaga makan. disebabkan aku PCOS, aku perlu hati-hati dengan pengambilan gula.

Puasa pula, doc maklumkan tiada masalah untuk berpuasa, cuma tengok la keadaan diri sendiri, kalau dah tak larat sangat, berbuka la. Tapi kalau takde masalah. Teruskan je. InsyaAllah Allah lindungi kita.

Doc juga tak berikan aku apa2 ubat untuk kuatkan Rahim, tapi doc minta aku continue vitamin yang sebelum ini aku amalkan seperti vitamin C, Fish Oil. Cuma tambahkan asid folic dan seterusnya Obimin.

Pertemuan ringkas kami berakhir dan aku perlu jumpa doc balik 4 minggu daripada sekarang.

Note : Ya Allah lindungilah kandungan ku ini, semoga bayi ini akan berkembang dengan baik , sempurna, soleh dan selamat dilahirkan nanti. Amin

Alhamdulillah berkat Ramadhan

Sempena cuti Nuzul Quran, aku dan H balik ke Dungun untuk berbuka puasa di kampong. Sebelum balik, aku dah sesiap beli minyak angina cap kapak.. bulan puasa kali ini aku tak lalu nak sahur dan ada sikit rasa loya.
 
20 May 2019
 
Semalam aku dah sesiap beli UPT. Terasa nak mencuba nasib. Mana tahu ada rezeki. Subuh itu, masa semua org bersahur, aku cuba buat ujian ini. Alhamdulillah aku Nampak 2 line yang sangat terang yang mana aku tunggu selama ini. Aku join sahur dalam hati yang berbunga riang. H pun aku tak bgtau lagi.

2 lines yang ditunggu-tunggu


Selepas Subuh baru aku maklumkan H. H terpinga-pinga sbb langsung tak faham 2 lines tu apa. Bila tahu kami tak menangis, tapi hati ini tidak dapat digambarkan. Ya Allah.. terima kasih atas kurniaan ini.
 
Pagi itu juga aku terus ke klinik Zam di Dungun untuk sahkan kehamilan. Niat asal nak beli lagi UPT yang mahal lagi nak test lagi. Tapi bila fikir2 baik terus ke klinik.
 
Alhamdulillah, doctor sahkan aku telah hamil 6 minggu 5 hari. Kiranya sebulan kalau tolak 2 minggu. Kata doctor tu. Happy sungguh rasanya tgk ada kantung baby yang ada dot kecik kat dlm tu. huhu...

Scan pertama zuriat kami. 6 minggu 5 hari
Kami balik KL dan menjadualkan sesi berjumpa doc Hamid untuk appointment seterusnya. Tarikh appointment ialah pada 27.05.2019.

Note : Ya Allah lindungilah kandungan ku ini, semoga bayi ini akan berkembang dengan baik , sempurna, soleh dan selamat dilahirkan nanti. Amin

Follow up di Klinik Dr Hamid

Pada 13.02.2019, aku follow up di Klinik Dr Hamid.
 
Beliau semak condition aku dan memaklumkan untuk aku continue untuk mengambil clomid dalam 3 pusingan. Doktor maklumkan sekiranya aku masih tidak hamil pada pusingan ketiga, boleh datang kembali ke Klinik. Doktor siap2 sediakan preskripsi untuk aku beli clomid untuk pusingan ke dua dan ketiga nnti.
 
Pada period selepas itu, aku terus mengambil clomid untuk pusingan pertama.
 
Pada 30 Mac, masa tu aku di London dalam mood bercuti honeymoon, Ms P datang menjengah. So clomid first cycle tak dapat membantu proses kehamilan lagi. Takpe, boleh cuba lagi kan. So ketika aku dalam mood bercuti pusing Europe ni. Aku kena mencari clomid. Nasib baik aku ada bawa preskripsi dari Doktor Hamid, kalau tak, memang tak dapat la nak beli clomid di sana. Di sini, ubat bukan sewenang-wenangnya boleh dibeli. Mesti ada surat doctor ya.  Aku Berjaya mendapatkan clomid tetapi tidak mengikut dos saranan doctor. Seingat aku hanya separuh dos. Tapi aku tetap makan. huhu

Laparoscopy di Hospital Pantai Kuala Lumpur

Pada 9 Januari (Rabu ), aku check in di Hospital.

Baik abg ni tolong Tarik luggage kita :)
Bilik untuk kita lepak 2 malam ni

Hari pertama, boleh lagi layan laptop wat keje. sihat segar bugar kan...

Dinner di Mahbob sebelum kena puasa start jam 12 mlm

Nun dihujung sana, tempat beradu H
 
Tiada apa-apa prosedur lagi dilakukan. Masih bekerja dengan lappy. Sihat kot kan. :) . Petang skit, Dr Nazri, pakar bius datang melawat dan memaklumkan beliau yang akan handle sesi bius sebelum prosedur dilakukan. Mula-mula cuak bila dia kata, susahnya nak cari urat kat tangan aku. Tapi lps tu dia kata jangan bimbang, nnti ramai yg pandai cari urat :)
 
Malam H sampai untuk temankan aku. Sempat dinner sama-sama kat Mahbob Bangsar sbb Jam 12 mlm aku kena start puasa.
 
Pada 10 Januari (Khamis)
 
Pagi-pagi nurse dah datang untuk maklumkan kena buat persediaan sblm operasi. Tukar baju, dan bagi jab untuk buat aku tenang/ mamai skit :)
 
Kemudian aku ditolak ke bilik OT.
 
Sedar2 aku dah di dalam bilik aku balik. Mak ayah pun otw mai dari Kg. Kesian tgk anak dia :).
 
Bila aku Tanya H, H kata tak lama pun aku dlm OT. Maybe simple je la prosedurnya itu.
 
Alhamdulillah aku tak rasa sakit apa-apa. Maybe sebab ubat tahan sakit yang dibekalkan.
 
Pada 11 Januari (Jumaat)
 
Pagi-pagi Dr Hamid datang melawat aku. Beliau maklumkan yang prosedur semalam berjalan dengan baik dan minta aku tunggu email daripada nurse beliau untuk emailkan maklumat cara pemakanan dan cara penjagaan selepas prosedur
 
Selepas mengambil ubat. Aku terus discaj dari Hospital. 2 Malam je kat Hospital.
 
Aku dibekalkan MC selama 2 minggu.

Sambung Rawatan di Klinik Dr Hamid di Taman Desa Medical Center

Dah lama tak masukkan entry ini.
 
14.11.2018: Aku dan H ke Klinik Dr Hamid. Kali ini bukan di Yayasan lagi sbb klinik telah berpindah di Taman Desa Medical Center. Alhamdulillah tidak jauh dari rumah dan tempat kerja kami berdua.
 
Kali pertama berjumpa dengan Dr Hamid. Setelah menyemak segala maklumat aku, Doktor sarankan untuk aku membuat prosedur Laparoscopy & D&C untuk tujuan cyst aku juga. Doktor mintak aku terus ke Damansara untuk membuat temujanji untuk lakukan prosedur.
 
Hari yang sama, aku dan H terus ke Damansara. Di situ kami membuat temujanji prosedur dengan PA Dr Hamid, Tarikh yang ditetapkan ialah 10 Januari 2019. So kami balik rumah selepas itu.